RESEPI-RESEPI DIET ATKINS

Thursday, October 5, 2017
Macam yang saya war²kan.. Saya masih di fasa 1 induksi.  Kononnya kali ni nak pecah rekod.  Kalau dulu saya buat sampai 54.7kg aje.  Kali ni saya berangan nak buat sampai 50kg.. hehehe.  Ideal weight saya ialah 52kg-55kg.  Saya saja nak kurangkan sikit supaya lambat sikit berat tu naik.  Hari tu masa buat sampai 54.7kg, after 6 months... dah hampir 61kg berat ku.  Parah².  Eh... diet ni senang naik ke?  Kalau badan naik tu, bukan salah diet.  Kalau dah kurus tapi masih amal gaya pemakanan mesa gumuks dulu, badan pon slowly akan gumuks balik lah.. ada faham??  Kalau nak maintain, jaga elok2 pemakanan n exercise sikit² ok.  Saya memang dah target, habis diet nak makan macam biasa balik.  Bila badan dah overweight, nak diet balik.. boleh gitu?.. hahahaha..

Cumanya entah bila hajat nak capai 50kg tu akan kesampaian.  Last week dah happy sangat sebab by Friday dah capai 55.7kg.  Kira okaylah sbb baru 3 minggu Atkins dan saya cheat every weekend!  Weekend baru ni pula, saya ingat tak nak cheat teruk² sbb sikit je lagi nak capai target.  Malangnya kedai kami pergi tu takde pulak menu² idaman.. Jadi apalagi.. jahanamlah diet ku.  Malam minggu pula saya balun coffe with milk and kerepek, kuaci dan geng²nya.

Yang paling terkujat, timbang Isnin tu... Mak Aiii.. 57kg balik.. Uuuwwaa... Tak ku sangka².  So far kalau cheat still turun 100g ke, ada juga maintain ke, kalau naik pun sekadar a few hundred grams!  Ni naik dlm 1.5kg apahal pulak?? Haduiihh.. sia² diet seminggu lepas.  Paling saya frust, berat saya sekarang berlegar sekitar 56.8kg aje!  Boleh kata takde penurunan mana pun minggu ni.  Tapi minggu ni mungkin saya terlebih ambik carb.  Saya masak mee kari, saya belasah kuah dengan tauhu pok, ayam serta tauge and bak choy.  Maybe banyak hirup santan dan tauhu pok tu buatkan carb dah lebih.  Takpelah.. teringin sangat.. blasah ajelah.

Tapi kali ni fikir punya fikir.. relaxlah.  Saya ingat cool down sikit minggu ni sbb last week saya tak selera nak makan.  Masuk sayur rasa mual² sampaikan bila nak berdiri aje rasa gelap² mata.  Saya dah agak ini akibat dia kalau saya asyik tak berselera makan.  Bukan salah diet tu, kalau ikut pemakanan yg disarankan ok aje.  Tapi saya memang jadi muak sangat.  Saya makan a few sudu aje utk lunch and dinner.  Mana taknya kan. So this week saya relaks aje.  Taklah sampai saya makan nasi, ambil gula dll tu, tapi saya mkn juga sedikit keledek goreng (untuk dinner) dan mlm ni saya makan keria kosong 2 biji as dinner juga.  So far buat mcm ni penurunan 100gm ajelah sehari, bukan 500gm mcm selalu tu.  Tunggu mood datang, nanti saya diet elok² semula... hehehe..

Ok.. saya nak share resepi² Atkins yang nampak sedap sangat kat FB KDA nun.  Saya copy paste balik kat sini as reference kita sesama ye..

Image may contain: food

Resepi chicken chop cheezy with blackpepper sauce - by fafaemimie.
atkins version (lulus fasa 1)

Ayam
(Bahagian dada belah 2 atau bahagian peha + thigh). Perap dengan lada hitam, garam, bawang putih, halia. Potong cili api. Perap lama lagi sedap.

Grill ayam guna non stick pan/ oven.. bila da masak, letak cheese atas ayam, dan terbalikkan ayam tu, dlm 3 saat cheese cair, angkat ayam letak dlm pinggan

Blackpepper sos atkins
- tumis 1/4 biji bawang besar/ holland
- letak 1 sudu serbuk lada hitam
- air 1/4 cawan, garam secubit
-last skli 3 sudu whipping cream
Kacau2. Biar sejuk sikit, blend guna blender kering. Tak blend pun xpe tp fafa blend sb x lawa nampak bawang ketul2 tu.

Coleslow atkins
Kobis cincang
2 sudu whipping cream
2 sudu mayo atkins. Gaul2


siap

Image may contain: dessert and food
Kek coklat atkins- by FafaeMimie
(lulus fasa 1 atkins)

Resepi (1 hidangan +-6g carbs, bahagi makan 2 3 hari tau..simpan dlm peti ais)

1 sudu butter anchor unsalted
3 sudu serbuk koko van hounten
3 sudu whipping cream anchor
3 titik stevia
1 biji telur
Secubit baking powder,soda bikarbonate
1 sudu kecik esen vanilla

Pukul butter, masukkan semua bahan, bakar 180c,20 minit

Biar sejuk

Topping
Coklat skinny
Whipping cream
Butter
Double boiled

Cuah topping kat atas kek, parut cheese beqa.

Sejukkan dlm pti ais utk rasa yg lebih nyummii

kek ni kecik je tau.. besar tapak tgn.. awk guna acuan mangkuk besi kecik je.. br kek naik tinggi
Image may contain: food
M
eatbal Atkins- by fafaeMimie


Bahan meatball
- daging kisar ramli separuh peket kecik
- garam
- lada hitam
- telur 1 biji
kacau sebati, rebus/ goreng

Blackpepper sos atkins
- tumis 1/4 biji bawang besar/ holland
- letak 1 sudu serbuk lada hitam
- air 1/4 cawan, garam secubit
-last skli 3 sudu whipping cream
Kacau2. Biar sejuk sikit, blend guna blender kering. Tak blend pun xpe tp fafa blend sb x lawa nampak bawang ketul2 tu.

Image may contain: foodmini muffin atkins
( untuk fasa 2/ untuk yg dah hampir berat ideal, ada badam)

Bahan utama

- 1 biji telur
- 1 petak kecil (1/8) butter anchor unsalted(tgk gambar bawah)
- 2 sudu mkn tepung kelapa (beli kat bakeri)
- 3 sudu mkn almond flour (beli kat bakeri)
- 7 titik stevia
- 1 sudu kecik esen vanilla
- 1 sudu kecik soda bcrbonate+ baking powder
- 1 sudu makan serbuk koko (bukan menggununh, sudu rata, pahit jgn byk)
- 6 petak kecik coklat skinny (hiris halus)

Campur semua adunan, kacau sebati

masukkan dlm mini papercup

Bakar 20 minit, 180c

Image may contain: foodaiskrim atkins- by fafaeMimie

Lulus fasa 1 atkins ( bahagi makan 3-4 hari)

1 kotak whipping cream
1 1/2 sudu makan ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu serbuk koko
6 titik stevia
Skinny coklat ** utk topping (pilihan)

Whipping, ovalette blh cr kat bakeri

Mix dalam 10-15 mnit.. speed sederhana

Jgn lama sgt t terpisah minyak n air trus rosak

Agak2 smpai kental

Da siap simpan peti ais dlm 4-5 jam

1 bekas ni dlm 10g carbs.. makan 3 hari okey.. sehari br 3 g carbs

Ok sgt buat lepas craving

**bila beku atas 5 jam dia akan keras tau.. so bila nak mkn korang letak suhu bilik dlm 5 mnt dia lembut smula
Image may contain: 1 person, foodAtkins falxseed bun- by Fafaemimie

( lulus fasa 1)

Atkins bun .. 
3/4 cawan flaxseed yg da blend
4 bji telur
Esen vanila
Baking powder, soda bikarbnte 1sk
Garam sikit
2 sudu minyAk
Blend /mixer smua
1 titik stevia
Masukkan sosej marina sebatang (2g carb) + isi ayam cincang yg da masak
Masuk dlm adunan
Tabur oregano, chia seed, flaxseed
Bakar 200c,25-30 mnt

Image may contain: foodKek cheese atkins version- by fafaemimie

(lulus fasa 1, bagai 3 4 hari makan)

Bahan utama

-250g creamcheese tatura (sy guna separuh je)
-stevia
-2 biji telur
-beqa cheese
-1/2 kotak whiping cream anchor kecik

cara
base kek
- blend telur dan separuh creamcheese+ 2 titik stevia

bakar 220c, 15 minit

Topping
- 1/2 kotak whip[ping cream blend bersama 2 titik stevia, 1/4 beqa cheese, blend

curah topping atas kek, parut cheese beqa, sejukkan

Image may contain: drink and food
Image may contain: food and text
ape suke makan megi goreng tomyam wajib cuba resepi ni.. mabeles 5 bintang. Sedap sgt tau.. masam2 pedas.. yang penting ketosis menten sebab konjac ni low carbs! Nyummi.
Mee konjac goreng tomyam mabeles

- 2 ulas bawang putih, sehiris bawang besar tumiskan
- masukkan 1 sudu paste tomyam (pastikan xde gula, sy guna paste tomyam mcm kat bhgian comment tu)
- masukkan ayam, udang, sotong dan apa2 la yg kite suke
-daun limau, serai ketuk, masuk air 1/4 cawan, masuk mee konjac dan kobis

Kacau2 smpai air kering, pecahkan sbji telur, potong cili api. 👍🏻👍🏻terangkat. Trus dtg selera. Masam2 pedas

Credit resepi: kak yani

Image may contain: text

Image may contain: foodImage may contain: text and food

# ROTI FLAXSEED NI CELUP TELUR DAN GORENG

Image may contain: foodHomemade burger atkins- by FafaeMimie

(lulus fasa 1 atkiins)

Bahan utk roti
-flaxseed 2 sudu blend halus (da blend jd 3 sudu
-1 sudu psylium husk
-2 bji telur
-1/2 sudu baking powder
- garam secubit

Gaul sebati sy guna garfu je kacau2.. Utk roti burger., cari bekas bulat la tau, blh dpt 4 bekas bulat ni.. buat nipis2 je. Bakar 220c.,20-30 mnt

Utk dgg burger homemde, guna ayam cincang ramly
Campurkan ayam td dgn
- 1 bji bawang kecik+1 uls bwg putih (tumbuk/blend halus)
- rempah cajun (xde pun xpe)
- garam sikit
- oregano utk bg wangi
- lada sulah, lada hitam

Grill atas non stick pan guna1 sudu minyak, smbil masak tu tekan2 bg dia leper sikit

Mcm biasa letak sos, sy guna nandos garlic, dgg burger homemde, sayur timun, tomato chery, kobis, bawang.. mayo homemade (resepi ada dlm album ni jugak)

Siapp.. 1 adunan dpt 2 ketul burger besar ni.. mmg kenyang.. total carbs burger ni dlm 3-4g carbs

**psylium dan flaxseed blh beli kat aeon/ tesco,
Tp klu xjmpe/ mls nak cari, sy ada jual.. wasap 0182583449

Image may contain: foodRoti canai sardin- by fafaemimie

lulus fasa 1 atkins

Bahan asas
-sardin masak mcm biasa kuah sardin amik 1 sudu je
-fucuk 2 helai

Basuh je fucuk, jgn rendam lembek tau.. Amik pemanggang ajaib, letak minyak sikittt je.. biar minyak panas, letak fucuk

Letak inti sardin
lapiik dengan fucuk yg kedua, dan tutup pemanggang ajaib

bila dah nampak garing, boleh angkat dan tokskan minyak. potong kecik2, cicah dengan kuah kari


Image may contain: food
Lasagna atkins- by fafaeMimie


(lulus fasa 1)


Ni bahan2.


inti daging
Bawang kecik 2 biji potong dadu
Daging kisar ramli dalam segenggam
Lada benggala
Zuchini
Cheese 1 keping
Mozarella 2 sudu


Utk sos : blend sos nandos + tomato cherri


- cairkan satu sudu butter, tumis bawang
- masukkan daging, lada hitam sikit
- masuk sos yg da blend td (sos nandos+ tomato)
- lada benggala, garam
- nak lg sedap masukkan 2 sudu whip cream anchor


Pastu pecahkan sebiji telur dan kacau2


Zuchini parutkan atau potong halus2 sbg peggnti kulit lasagna


mcm biasa lapiskan inti daging, zuchini, dan cheese.. ulang 2 layer.. dan bakar, 200c, 20 minit ( ikut oven masing2)


Siap

Image may contain: food
chicken pizza atkins- by fafaeMimie

segenggam cauliflower sagat halus
letak dalam mangkuk..
pecahkan sebiji telur
1 keping cheese
2sudu mozarella cheese
1 sudu parsley
1 sudu basil
1 sudu oregano
sehiris capsicum
setengah batang sosej ( kalau br diet, elakkan proses food, ganti dengan isi ayam)

gaul semua dan letak la atas dulang yg disapu minyak
garam sikit je

pre heat oven 200c 10 minit
sy bakar 30 minit 200c.. **depends pada oven ye..

bakar sampai keras hilang smua air..**bila nampak da masak kuarkan kejap, tabur mozarella sikit, bakar smula 5 mnit gitu utk dptkan atas2 cheese warna coklat tu haa.. siap..

nak jd pizza makan masa panas.. nak breadstik da sejuk potong.. sedap.

Image may contain: foodSate atkins by FafaeMimie

Lulus fasa 1 atkins

Ayam 500g
3 biji bawang merah,
1 batang serai,
1 inci lengkuas,
Kunyit hidup
Halia 1 inci
3-4 titik stevia, sedikit garam,
2 sudu minyak

1 sudu jintan manis, )
1 sudu jintan putih, >Sangai dulu
1 sudu biji ketumbar, )

semua ni blender dan curah ke atas ayam yg dipotong dadu

-perap semalaman.. boleh bakar atau goren


Image may contain: food and text #FUCUK LIMIT 20G SEHARI
Image may contain: foodImage may contain: food and indoorImage may contain: food
Image may contain: food

cheezy chicken ball atkins- by fafaemimie

(lulus fasa 1 atkins)

500g isi ayam
2 biji telur
1 biji bawang merah,
garam
lada hitam
lada putih
blend ( xyah tambah air)

tabur daun bawang

bulatkan adunan, masuk cheese kat inti bebola tu

didihkan air, masukkan 1 sudu minyak masukkan bebola, tunggu bebola timbul

angkat dan sejatkan

salutkan bebola dengan telur, gorengkan

Image may contain: text and food
Image may contain: foodNuget hoomemade atkins - by fafamimie

(lulus fas a1 atkins)

Bahan utama

Dada ayam
2 biji telur
3 ulas bwg putih
Cili
Serbuk lada sulah
Garam
Oregano**pilihan
2 sudu psylium husk**pilihan, nk bg kenyal sikit
Daun sup

Blend smua kecuali daun sup dan psylium, xyh tambah air, telur blh gerakkan blender.

Cmpur paylium dan daun bwg

Psylium ni sumber fiber, sape sembelit elok mkn ni

gaul, dan kukus 15 minit

buang air yg bertakung (kalau ada)

sejukkan, dan bentukkan guna acuan/ potong petak je

salut dengan flaxseed, goreng
Image may contain: foodLempeng kelapa atkins, by fafae mimie

Hampas kelapa segenggam
Stevia
Psylium husk 3 sudu
1/2 kotak santan kara

sangai hampas kelapa hingga coklat muda

Blend hampas kelapa smpai halus,
Gaul sebati
-1 cawan hampas yg da blend
-garam,
-3 sudu psylium husk,
-stevia( setitik stevia dlm 1/2 cawan air, tuang sikit je nk bg ada rasa manis),
-1/2 kotak sntan kara

tambahkan sedikit air pd adunan, ( tak banyak, smpai boleh kepal je)

Tempekkan kat kuali, xyah mnyak

Dah..boleh makan ngan kari/sambal bilis

Image may contain: food
Keropok lekor atkins- by ffae mimie

(lulus fasa 1 atkins)

Asingkan isi dan ikan mentah. * saya guna 10 ekor ikan sardin. Lg fresh lg sedap.

2. Blender tanpa air ( isi ikan +2 ulas bwg putih+ secubit garam+ 1 sk lda hitam , sedikit serbuk lada putih) gaulkan bersama 2 cubit soda bikarbonat * utk kembung.. tak letak pun x pa

3. Letak sedikit minyak kat tangan, bentuukan keropok lekor

4. Didihkan air bersama 1 sudu minyak ( supaya bebola x melekat) , masukkan keropok ke dalam air

5. Bila keropok lekor dah timbul boleh tutup api ** jgn risau kopok ni x kan lerai..elok je bulatnye..

6. ok sekarang dah siap, toskan dan goreng

Image may contain: food
Roti flaxseed atkins- by fafae mimie

Roti diet homemade tanpa tepung -diet atkins fasa 1..roti ni sedp kalau follow betul2 resepi.. Then pastikan dalam tu ckup masak dan x berlendir..esen vanilla wajib utk hilangkan bau flaxseed..
Kalau still belendir awak potong je dulu pastu masuk smula dalam oven smpai masak..

Bahan utama
1. 1 cawan flaxseed (blend kering)
2. Secubit garam & 1sudu kecil
3. 1 sudu teh baking powder
4. 1/2 cawan air masak
5. 1/2 cawan minyak/butter yg dicairkan
6. 1 sudu oregano (xletak pun xpe)
7. 1 sudu kecil esen vanilla
8. 5 biji telur greb B

Blend bahan nombor 4-8

Blend

Sementara tu sebatikan bahan 1-3

Canpurkan bahan kering dan bahan blender..gaul hingga sebati

Bakar 180c, 1 jam **bergantung pd oven

Ok sblm kluarkan cucuk dulu, klu da masak kluarkan dr oven dan sejukkan **kalau dalam berlendir, flaxseed tak ckup masak

buat guna tin roti.. adunan ni mmg tak naik tinggi.. so nk bg dpt brntuk 4 segi roti, roti ni dibelah 2, kemudian hiris nipis.. rujuk komen
Image may contain: foodcucur udang atkins- by fafae mimie

(lulus fasa 1 atkins)

Cucur Udang atkins 

- tauhu 2 keping (carbs 1.9g)
- telur sebiji
- udang ikut suka byk mana
- kucai
- taugeh
- cili padi/cili besar
- bawang merah mayang
-garam

1. blend/ramas tauhu ngn telur, serbuk kunyit & garam
2. masukkan sume bhn2 lain. Gaul sebati
3. Bentukkan bulat2/leper ikut suka. Goreng api sederhana.(pastikan minyak betul2 panas)
4. biar garing baru balikkan.. Siap
Image may contain: food
Cekodok ayam atkins

1 biji telur
isi ayam
1 biji bawnag merah
cili api
garam
lada hitam
lada putih
blend semua bahan

jemputkan dan goreng

Image may contain: food and textmurtabak atkins- by fafae mimie

sardin kecik 
amik isi dan satu sudu kuah
pecahkan 2 bijik telur
kacau2 sebati.
goreng dalam minyak sikit or non stick pan sb dia serap minyak.

Image may contain: foodBubur bunga kobis- by fafae mimie

bunga kobis segenggam rebus.
blend bunga kobis bersama 1 biji bawang besar. isi ayam sikit. lada putih bersama sedikit air.
amik periuk panaskan 1 sudu minyak.
tumis bawang merah. halia dan serai dan cili api.
masuk ayam or udg or dgg.
dah naik bau masuk bhn blender.
seimbangkan rasa masin.
mkn dgn ikan blis goreng
tambah lada sulah sikit

Image may contain: text and food

Image may contain: foodSubway atkins by FafaeMimie
(lulus fasa 1 atkins)

1/4 cawan flaxseed
2 sudu air
2 sudu psylium
Secubit garam
1 sudu kecik esen vanila
1 sudu kecik baking powder
2 biji telur
Kacau guna garfu bg sebati
Chia seed tabur kT atas

Bakar 220c api atas bawah 20mnt

Isinye : ayam grill, salad, mayo homemade, cheese

Image may contain: food"pisang" goreng diet atkins.. by fafaeMimie

try la sbijik rasa pisang goreng walaupun dia bukan dr pisang 😜

**lulus fasa 1 atkins (1 hidangan 7.5g carbs - termasuk dlm carbs sayur)
Kredit: tq ain zaki utk resepi yg sedap ni

rebus 100g labu, lenyekkan

campurkan labu dengan 2 3 titik stevia, ikut kemanisan yg korang suke , + psylium husk 2 sudu atau sehingga adunan agak kental.. bentukkan leper mcm pisang.. jgn buat bulat nanti dalam susah nak masak..

salut adunan td dengan flaxseed yg telah dikisar, gorengkan..sedap sgt rasa mcm pisng goreng
Image may contain: foodBubur anak lebah- by FafaeMimie

Ramai request bubur atkins..mentang2 musim hujan..kena sgt mkn bubur panas2 ni.. mak ckp ni namanya bubur anak lebah atkins 😂

Resepi ni dpt seperiuk ye,dlm 4 mangkuk..nk mkn sorang kurangkn kuantiti jd half pun ok..

Konjac nasi 1 bungkus
Chia seed 2 sudu
Santan kara 1 kotak
Stevia 4 titik **ikut tahap manis korang nak
Garam secubit
Daun pandan selai
Sy tambah sikitttt pewarna hijau nk bg ada warna

Seperiuk ni 8g carbs total

Msuk smua dalam periuk, tambahkan air sikit.kacau sampai didih..sjukkan..

Ni kalau mkn sorang2 mmg trlebih carbs..kalau nk mkn sorang2 kurangkan kuantiti santan tu okeyy..slmat mencubaa

Image may contain: dessert, food and indoorPancake atkins with chocolate leleh 😜

2 biji telur blend dengan 2 sudu tatura cream cheese

Masak nipis atas non stick pan

Lipatkan. (Dapat 4 ktul pancake)

Coklat tu skinny coklat 6 bar kecik+ 3 sudu whipping cream anchor, double boil.

Skinny blh ganti dgn serbuk koko van hounten/ delfi + stevia + whipping..tp ofkosla x selemak skinny coklat rasa dia..

Siap.

Kalau nk letak inti coklat sblm lipat tu pun boleh..

INI ANTARA RESEPI YANG SIS FAFAMIMIE NI SHARE.  NAMPAK SEDAP KAN?  OK.. BOLEH SAMBUNG DIET.. BANYAK RESEPI NAK KENA TRY NI.. :p

OH YE.. NAK TENGOK POST NI, BOLEH MASUK LINK NI YE 

Selamat berdiet!!

0 comments:

Post a Comment