Sorry.. Rupanya termiss lagi satu jenis resepi biskut raya kami hari tu... Saja je pilih biskut ni sebab diorang sibuk sangat nak makan biskut aiskrim. Pastu kononnya fun sikit sebab semua orang boleh contribute. Ila pun join sekaki tau... heheheh.. ;P
Biskut yang dah dibakar... |
Tiha terap & bakar, Ieqa celup coklat & Misha tabur manik. Ila??? |
Oooo... Ila jadi QC.. yang mana tak lepas, masuk perut dia... hehehe.... |
Meh kita tengok resepinya dari FB ni ye :
Bahan-Bahan;
Resepi biskut ais krim sedap rangup
- 1 Buku Buttercup (250g)
- 1 Cawan Gula Kastor
- 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 3 Cawan Tepung Gandum
- 1 Cawan Tepung Jagung
- 1/2 Sudu Teh Baking Powder
- 1 Sudu Teh Esen Vanilla
- 1 Biji Telur
- Coklat Compound / Masakan
- Coklat / Rainbow Rice
Resepi biskut ais krim sedap rangup
Cara-Cara;
Resepi biskut ais krim sedap rangup
1. Pukul buttercup dan gula kastor hingga kembang. Tapi tak lah sekembang kita nak buat kek tu tau, separa kembang je la kot ;)2. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi hingga kembang dan sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi hingga kembang dan sebati.
4. Pastikan ianya menjadi doh bila kita genggam, kalau lembik, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli lagi sehingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.
5. Leperkankan doh menggunakan roller dan tekap menggunakan acuan berbentuk ais krim.
6. Susunkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 selama 10-15 minit.
7. Coklat compound atau coklat masakan dicairkan secara double boiler.
8. Celupkan coklat dibahagian atas biskut sahaja supaya cepat kering.
9. Taburkan coklat rice atau rainbow rice diatasnya sewaktu coklat masih cair.
10. Pastikan coklat betul-betul kering sebelum dimasukkan kedalam telap.
2 comments:
sedap...keci2 dah pandai buat biskut...
Macam ni lah Auntie kalau ggurl semua.. Jenuh Mama nak agihkan tugasan tu.. Hehe..
Post a Comment