Miri - Day 5 (Bye Miri)

Monday, October 26, 2009 0 comments
Last day pegi Taman buaya je.. lepas tu shopping sket kat e-mart (pasar basah yg best sbb bersih & byk sayur² & buah segar). Sebelah ptg just relax & packing brg sblm bertolak ke Miri Airport lepas Maghrib (time kat s'wak ni 1 hour earlier dr semenanjung). Time solat pon 1 hour earlier.


Crocodile Farm - 15 mins from Miri. Rm12/person (adult), RM6 for child. Horse Riding ticket RM6. Haa.. teringin nak try daging buaya or croc parts, ada jual gak.. heheheh. Yg best animal kat sini jinak², boleh feed dorg gak. Better pegi waktu pagi sbb animal tgh aktif (maybe tunggu visitor bagi makan). By the time we all habis round, byk binatang dah mula tido (maybe kekenyangan / kepanasan). Nasib baikle dtg awal tadi.
Antara burung yg ada.. tiong ni bleh becakap. U can feed them with banana if u want to. Seplastik /sesikat RM1 je (lagi murah dr pasar mlm m'wati ooo..)
Feeding time.. buaya ni tgh mengunyah ayam... dorg feed buaya every 1 hour starting at 10.30a.m & seterusnya

Bear jinak.. bleh usap² & suka menjilat. Kena bayar each snap RM5 so.. x jadi nak posing sebelah dia. Sempat gak usap² tapi geli laaaa asyik nak menjilat je.

Animal sini mmg jinak.. maybe dah biasa dgn visitor, mostly kalau pegang plastik pisang. Berkali² gak beli pisang sbb tiap kali animal request, mesti x sampai ati, kejap je abis.
Turkey.. buat lauk sedap ni.. nyum..nyum..
Kuda & kambing.. si Tiha & Sofea (cousin) jadi pemerhati je la.. dua² takut nak feed animal. Tapi masing² xcited sungguh.
Monyet, tupai & kelawar. Kesian sungguh tgk kelawar makan, mana nak begayut lagi, nak kopek kulit lagi.. pastu nak mkn dlm keadaan tebalik lak tu.

Feeding time lagi..

5 days completed. So.. sapa² yg stranded at Miri boleh la try pegi tpt² ni. Most recommeded Lambir National Park & Croc Farm ni. If ada xtra time lagi bleh lajak ke Niah National Park (ruginya x sempat nak pegi). If ada passport, boleh masuk Brunei. Around 20-30 minutes je.

Miri - Day 4 (nature)

Sunday, October 25, 2009 0 comments
Lambir National Park.. aktiviti yg paling ditunggu².. jungle trekking!! Bestnya.. lama x masuk hutan mcm ni. We all sampai quite early.. before 9 n terus register. From Miri it takes about 1/2 an hour by car. RM10 perperson.. utk sampai ke Latak waterfall, ambik masa 20 minutes walking (tapi perut besar mcm aku ni.. mmg terlebih2 la masa yg diambil).


Mula² trekking.. kene dukung si kecil (akupon terkial² nak turun kawsn curam), kang tergolek dlm hutan ni x ke haru. Masa mula² masuk hutan bimbang gak sbb 3 beranak je redah hutan tebal dahle sunyi sepi just dipenuhi bunyi unggas.


Tapi makin lama makin enjoy dpt cuci mata tgk well preserved nature camni.. my daughter memula agak takut² tapi lepas tu, laju je dia jln dlm hutan. Ni antara anak² sungai yg dilalui sblm sampai ke Latak Waterfall.

Sampai² je terus isi perut dulu.. Sambil² relaks tgk pemandangan sekitar Latak Waterfall ni.. paling best.. x de satupun sampah sekitar kawsn ni. Lepas makan... trus berendam, dahle x de org.. bolehla berendam sesuka hati. Air dia punyala sejuk.. nak basuh tangan pun sejuk semacam.

Cuma yg aku rimas tu.. byk sgt anak² ikan & udang sibuk kerumun kaki (bukan takat kerumun, siap catuk² lagi kulit kaki.. geli). Sampai aku x tenteram nak swim ke tgh, sbb nampak makin byk ikan besar nak dtg dekat.. Maybe kalo org ramai ikan² ni xle seberani ni. Air kat tgh tu mmg dlm gila & ada pusaran (ada tanda amaran & tali utk bg guide), so x nak ambik risk swimming jauh ke tgh, dahle aku ni jenis senang cramp kaki time pregnant (tapi frustnya toksah ckple, gian sgt nak swimming).

Ok.. dah mandi (tadi satu fams x mandi before dtg.. heheheh).. baru bleh possing. Tiha dgn baju punjab dlm hutan sbb x de baju yg sesuai. Elok je dah siap mandi semua.. barula tourist lain sampai. Trus ambik kesempatan mintak dorg ambik kan gambar satu fams.

Tiha dah x panik naik jambatan gantung, sblm ni slow je jln atas tu.. skrg dah bleh joget² & lompat² atas jambatan lagi. Journey keluar dari hutan elok je 20 minutes.. then trus lajak ke pantai lak.

Esplanade Bay



Luak Bay.. kawasan ni digelar Esplanade.. Bersih pantai ni.. tapi aku x stay lama kat sini sbb time panas terik.. mmg x leh nak main pantai. But we all x berminat sgt nak main pantai kat sini.. setakat dtg cuci mata & relaks okle. Just singgah & isi perut lagi sekali... hehehehe.. Nak betul² main pantai best kene pegi pantai timur or Sabah le.. island kat sana baru cun.

Miri - Day 3

0 comments
Skip day 2.. X de pegi mana².. the 3rd day pegi Muzium Petroleum.


Boleh le try pengalaman Earthquake dr atas kereta ni.. Nothing much dkt sini, masuk pun free je.. Boleh nampak bandar Miri dari atas ni & the first place minyak dijumpai di Miri


The Grand Old lady - dulu & sekrg. Tpt pertama minyak dijumpai since that Miri mula berkembang dgn hasil minyak
Bandar Miri dr Muzium Petroleum.. cantikkk!!


Souvenir yg biasa didapati di sarawak.. ada byk lagi.. ni just sbhgn le..


Durian Isu & Tutong (kulit warna merah)

First time tgk durian ni.. Ni durian hutan kat sini, my sis in law ckp local people gelar Maduri & durian ni x berasid mcm durian biasa. Bau dia.. mak aaii.. menyengat!!.. Tapi ala2 bau cempedak lak. Saiz dia pon kecik je..

Welcome to Miri - Day 1

0 comments

Sepang to Miri 7.25a.m & arrival by 9.40a.m. Last time dtg Miri (1999) by bus from Kuching (almost 12 hours journey). This time terus je by plane.

Taman Awam Miri


Taman Awam Miri.. Petang² bawak Tiha jalan².. masuk free je.. sygnya park yg atas air ditutup atas faktor H1N1. Yg best kat sini park dia really clean & well maintain. Toilet pon.. bersihhhh!!!

Chicken Chop

Friday, October 9, 2009 0 comments
Dah lama x update blog, mula la rasa kemalasan.. heheheh.. Pastu.. asyik lupa je nak ambik gambar. Dah siap makan baru teringat. Sometimes bila tgh masak, nak rushing, x sempat plak nak begamba. Ye la.. kdg2 ada tetamu, nak masak cepat2, sibuk lak nak buat photo shoot. Dahle memori kad hp tu mcm nak melingkup je.. asyik² xleh nak read. Boring..boring...

Kayla.. tambah lagi satu resepi mudah utk dibuat & bahan yg sng dicari..

Bahan²

4-5 ketul peha ayam
1 biji telur dipukul
3-4 sudu tepung jagung
10 kpg biskut Hup Seng/lemak masin dihancurkan (or breadcrumb secukupnya)

(Ambik keseluruhan peha, yg ni dah kira cacat sbb peha dah kene potong)
Debone peha ayam.. sesetengah peniaga ayam dia akan buatkan if kita request. ckp je nak buat chicken chop. So far x taula ada special teknik ke apa, biasa aku buat just toreh & keluarkanla tulang tgh dia tu. Haa.. part ni je paling sesuai utk buat chicken chop sbb isi dia basah² & lembut.


Rupa bentuk peha yg dah dibuang tulang. Part peha yg aku beli ni kecik sket.. biasa besar dr ni. Seketul tu mmg kenyang la.. this time, kene makan 2 ketul baru cukup.


If nak, marinade kejap dgn paprika, black pepper & garam. Biasa kat restoran tu dorg x letak apa² pon sbb chicken chop ni dah ada rasa even kalo kita x letak apa².


Celup ayam tadi dlm tepung jagung, telur & biskut yg dihancurkan tu. Biskut ni pengganti breadcrumb. If ada breadcrumb, guna je la terus. So far bila masak, sama je rasa dan rupa bentuk dia.


Rupa ayam yg sudah diap dicelup dgn semua bahan. Sedia digoreng.


Goreng dgn minyak yg byk. Ambil masa sikit utk masak (ada 3 salutan), aku suka masak bg garing sket supaya isi dlm betul² masak & salutan rangup.

Kuah chicken chop ni biasanya gunakan brown sauce instant (ada byk brand). Brown sauce ni biasa dlm bentuk serbuk or cari kuah utk beef/chicken/mushroom yg dah sedia ada. Then masak atas api, tambah button mushroom & tambah black pepper jika nak pedas. Aku penah makan kat Vistana, rilek je served C/chop dgn sos cili.. dah la mahal.. cett!!!

Biasanya hidang chicken chop dgn french fries/potato wedges, salad (tomato,salad, timun), coleslaw. Or bleh gak ganti dgn bun & jagung.. (cthnya mcm aku buat ni, stok sayur x de dlm peti ganti dgn jagung).

Haa.. nak buat coleslaw sng je.. gaulkan mayonnaise dgn mix vegetables or sagatan carrot & kobis. If nak ada rasa manis² sket tambah gula sket masa menggaul. Aku prefer rasa ori mayo tu je...