Resepi ni boleh digunakan utk memasak ketam & nanas ataupun ikan masin & nanas. Cara masaknya sama, cuma boleh pelbagaikan cara masakan ikut citarasa masing².
Bahan²
1 bungkus rempah seafood / ikan masin
Bawang merah 3 ulas
Ikan talang masin
Asam keping 1-2 kpg
Air
Santan 1 paket / 1/2 kotak kecil
2 biji terung
Garam & perasa
 |
Rendam ikan talang masin - saya guna bahagian tulang |
 |
Tumbuk bawang |
 |
Gaulkan dgn rempah dgn 1 cwn air |
 |
Rebus rempah tadi & masukkan ikan talang. Rebus lagi sampai lembut |
 |
Masukkan santan (boleh letak 1 kotak kecil jika suka pekat), tambah air jika perlu, masukkan terung & tunggu sehingga separuh masak. Tambah 1 kpg asam keping & garam (rasa dahulu sblm letak garam kerana masin ikan akan meresap ke dlm kuah). Tutup api sebaik terung empuk.
|
0 comments:
Post a Comment