ALMOST FAMOUS CHOCOLATE CHIP BY CHEF AMIR

Wednesday, August 31, 2016 2 comments
Ini antara kuih raya kami tahun ni.  Memang banyak adunan tiapkali membacuh.  Ada yg saya ganda 3, ada sampai ganda 4.  As usual, Asst Chef saya iaitu Tiha yang handle urusan membentuk, membakar & menyimpan.  Slowly saya tgh train dia bancuh sendiri skrg ni.  Cuma untuk kuih raya agak sukar sebab bancuhannya banyak sgt, sampai nak terbalik miexer dibuatnya.  Tu yg saya tak jadi bagi dia buat sepenuhnya.  

Mula² Tiha gentel macam ni
Inilah hasilnya.. saya kurg suka cookies nampak bulat² macam ni... Jadi saya suruh aje dia cedok dengan sudu & letak dalam loyang (ada sisa 3 biji tart nenas yg dibakar bersama... hehehe)...

Haa.. inilah hasilnya bila doh tu tak digentel bulat²... Tapi saiznya mmg huru hara lah jadinya.  Biasalah.. hasil tangan bebudak kan...
Biskut ni agak banyak bahan dalamnya.  Tapi rasanya memang sedap.  Saya buat 2 balang yg paling tinggi tu, sekejap aje habis.  Untuk resepi masuk ke blog Kak Wan ye.  Takleh nak copy paste plak jadi saya bagi link ajelah.



CHURROS

0 comments
Banyak kali dah buat churros tapi tak pernah tempek kat sini.  Saya guna resepi dari Martha Stewart... Tapi size churros saya ni luar biasa sikit sbb takde acuan yang proper size.  Churros kali ni Tiha yang picit & saya goreng.  Cara saya nak senang simpan churros ni... Paipkan churros atas baking paper then bekukan sekejap.  Bila churros dah mengeras bolehlah alih ke bekas.  Kalau ada lebihan, boleh bekukan aje...

Churros sedang digoreng.  Sedap tau.  
Biasanya kami cicah dengan chocolate syrup Hersey's and sos butterscotch.  Memang favourite anak² ni...
Churros yang bakal dibekukan... Nak makan, terus goreng aje...
Resepinya macam kat bawah ni ye and boleh klik sini untuk ke blog asal.. :


INGREDIENTS

1/2 cup (1 stick) unsalted butter (separuh buku butter saiz yg kita biasa pakai)
2 tablespoons granulated sugar
1/4 teaspoon coarse salt
1 cup all-purpose flour
3 large eggs
Vegetable oil, for frying


DIRECTIONS

In a medium saucepan, combine 1 cup water, butter, sugar, and salt; bring to a boil over medium-high heat. Reduce heat to low, and sift in flour, stirring for 1 minute.


Transfer flour mixture to bowl of an electric mixer fitted with a paddle attachment. On low speed, add eggs, 1 at a time, beating until incorporated after each addition; spoon mixture into a pastry bag fitted with a large open-star tip.


Heat 4 to 5 inches oil in a large Dutch-oven until it registers 325 degrees.on a deep-fry thermometer. Holding pastry bag a few inches above the oil, squeeze out batter, snipping off 4-inch lengths with a knife or kitchen shears. Fry, flipping once, until deep golden brown all over, about 4 minutes. Using a slotted spoon, transfer churros to a paper towel-lined baking sheet to drain.


Roll churros in confectioners' sugar. Serve immediately with Chocolate Dipping Sauce.

Selamat mencuba!!!

DIY - RAK TV

Thursday, August 25, 2016 2 comments
Ni kisah beberapa hari lepas.. Nak dijadikan cerita, tv kami telah pun tamat riwayatnya beberapa minggu lepas.  Lepas dihitung², kami decided nak beli tv offer kat Senheng.  Mula² nak ambik yg 32" Samsung (Harga offer RM699) tapi last minutes 'terambik' Panasonic 43" for RM999 (harga asal RM1,700).  Lepas tolak point ct card etc, bayar dlm RM600 .. :).  

Bila dah beli tv, raknya pun nak kena ubahsuai.  Dulu saya pernah cakap, bila beli tv baru barulah kami get rid rak IKEA lama kami tu kan.  Tapi kalau dah namanya sayang barang... memang sayanglah nak let go.  A few hours sblm tv baru sampai, Baba bertungkus lumus siapkan rak.  Cayalah Baba...

Rak lama yang muatkan tv 21" kami yang seusia dengan perkahwinan kami... hehehe... Kalau dulu tv tu kami letak dlm rak ni..

Nak siapkan rak taklah lama sgt.. Nak clearkan rak tu yang leceh.  Nasib baik Baba memang tak kisah buat² keje macam ni.  Bab² susun bende² macam ni mmg Mama surrender.. 

Ehh.. terror jugak Baba ni bleh terfikir nak adjust jadi macam ni ye.  Tak sia² la suka main Lego masa kekecik...

So... dalam beberapa jam dah siap rak untuk tv baru ni.  Tapi susun atur ni utk sementara aje.. Masa siap ni dah malam, Baba nak tido jadi dia susun ajelah semua barang tu atas ni.  Next time la kalau nak rearrange balik ke kan.

KE IKEA

0 comments
Assalamualaikum... Lama sangat tak menjengah blog.  Komen² pun banyak yg saya tak belek lagi.  Maaflah ye.. saya sekarang ni boleh kata fulltime di Kina Kitchen.  Baru seminggu dua ni aje saya boleh relax sikit sbb staff lama dah masuk keje.  Tapi banyak sangat saya nak kena rombak & banyak juga menu baru yang saya tambah.  Nampak customer dah macam kebosanan dengan menu sama.  Tapi Nasi Lemak & Nasi Ayam still lagi pilihan utama customers.  Menu baru hanyalah sebagai pelangkap dan pilihan kepada pelanggan.  Tak disangka menu² baru kami mendapat feedback yang sangat baik.  Malahan dah boleh nampak setiap lauk tu ada peminat yang tersendiri, contohnya Asam Pedas Ikan Pari kami semakin hari semakin mendapat sambutan & tak kurang juga yang memuji².  Alhamdulillah.. kami akan cuba buat yang terbaik untuk kepuasan pelanggan... Kalau nak cuba, jemputlah ke Kina Kitchen Bangsar Utama ye.

Kelmarin kami ke IKEA sebab nak mencari barang (nak cari kain lap meja dengan pengasah pisau aje pon... heheheeh).  Tu alasan kukuh kami untuk ke sana kali ni.  Sebenarnya dah berbulan² kami tak ke mana² kerana saya membuat kawalan kewangan yang amat ketat & juga kawalan masa!  Sekarang ni nampak keadaan semakin terkawal, jadi pelan² lah kami arrange balik apa yang perlu.  Kesian juga anak² yang terpaksa faham dengan situasi Mama & Baba.  

Bila nak ke IKEA, kami pun taklah menjamu selera di Kina Kitchen dulu.  Dah target nak order memacam kat sana... Tup.. tup bila sampai aje... Laaaa Restoran tutup!  Dibuka untuk set Buffet Crayfish aje.  Kat depan restoran ada pekerja yang menawarkan crayfish untuk dirasa.  Tak ramai pun yang berminat,  Saya just ambik 2 ekor sebab Tiha & Baba nak try.  Since tak ramai yang berminat, jadi diorang tak kisah pon kalo nak ambik lebih.  Kalau kat tempat buffet tu pon macam takde orang.  Saya belek menunya pun langsung tak menarik perhatian.  Thats why takde yang berminat.  
Tiha si kaki seafood, excited nak try crayfish...
Pusing sana, pusing sini... Tak reti nak kopek.. hehehe.. Last² Mama jugak yang tolong. Rasanya biasa aje & ada rasa terlajak masin sikit. Kalau saya memang tak suka sbb kuat betul lekat bau hanyir kat tangan lepas kopek crayfish ni. Tiha pun taklah enjoy sgt... Dia ckp lagi sedap ketam or lobster..

Dengan kecewanya kami ke The Curve untuk makan. Mula² nak try Hadramawt, tapi tengok harga dgn portion tak berbaloi. Mandy Lamb dengan nasi RM29 (kalau kat Saba' baru RM17). So memang tak berbaloi sangat sbb makanan Saba dah pasti sedap. Arabic Tea pun dah RM13 (kat saba' baru RM4.. huhuuu..). Sorry lah Hadramawt. Harga anda boleh bikin mautlah.. Kami pun layan Secret Recipe aje. After 3.00pm boleh dpt free drinks untuk setiap slice cake kan?... hehehehe... Kami ambik 4 slices of cake & 3 meals dapat 4 drinks baru RM79+.... Okaylah tu kan.


Sepanjang kami berjalan kali ni... Shumaila lah yang paling over. Berlari sana sini macam rusa masuk kampung! Ya Allah.. Non stop dia berlari sambil tersengih². Kesian anak Mama... dah lama tak merasa berjalan macam ni. Tu jakun semacam aje...








Asal jumpa toilet nak singgah Ukkk kejap.. Nampak showr plak kena bagi take bath seround. Adehh.. Siksa nak habis satu showroom tu... Tu belum lagi dia tolong susun kalau nampak barang bersepah. Ila ni mcm Ieqa, tak boleh tgk brg yang tak tersusun, pasti dia berenti & tolong simpan.. (penat Mama menengoknya). Tapi kat rumah barang berterabur mcm tong sampah tu korang tak nak tolong susun ye Nak? 
Itu ajelah gambar² yang ada pun. Lepas tu dah tak kuasa nak amik gambar sakan. Letih dah Mama. Oh ye.. saya nak masukkan resepi² biskut raya & juga jahitan baju² raya. Tapi asyik tak keluarlah gambar² tu. Ni mula hilang mood nak buat entry banyak². Gambar pun takde... :(