KE IKEA

Thursday, August 25, 2016
Assalamualaikum... Lama sangat tak menjengah blog.  Komen² pun banyak yg saya tak belek lagi.  Maaflah ye.. saya sekarang ni boleh kata fulltime di Kina Kitchen.  Baru seminggu dua ni aje saya boleh relax sikit sbb staff lama dah masuk keje.  Tapi banyak sangat saya nak kena rombak & banyak juga menu baru yang saya tambah.  Nampak customer dah macam kebosanan dengan menu sama.  Tapi Nasi Lemak & Nasi Ayam still lagi pilihan utama customers.  Menu baru hanyalah sebagai pelangkap dan pilihan kepada pelanggan.  Tak disangka menu² baru kami mendapat feedback yang sangat baik.  Malahan dah boleh nampak setiap lauk tu ada peminat yang tersendiri, contohnya Asam Pedas Ikan Pari kami semakin hari semakin mendapat sambutan & tak kurang juga yang memuji².  Alhamdulillah.. kami akan cuba buat yang terbaik untuk kepuasan pelanggan... Kalau nak cuba, jemputlah ke Kina Kitchen Bangsar Utama ye.

Kelmarin kami ke IKEA sebab nak mencari barang (nak cari kain lap meja dengan pengasah pisau aje pon... heheheeh).  Tu alasan kukuh kami untuk ke sana kali ni.  Sebenarnya dah berbulan² kami tak ke mana² kerana saya membuat kawalan kewangan yang amat ketat & juga kawalan masa!  Sekarang ni nampak keadaan semakin terkawal, jadi pelan² lah kami arrange balik apa yang perlu.  Kesian juga anak² yang terpaksa faham dengan situasi Mama & Baba.  

Bila nak ke IKEA, kami pun taklah menjamu selera di Kina Kitchen dulu.  Dah target nak order memacam kat sana... Tup.. tup bila sampai aje... Laaaa Restoran tutup!  Dibuka untuk set Buffet Crayfish aje.  Kat depan restoran ada pekerja yang menawarkan crayfish untuk dirasa.  Tak ramai pun yang berminat,  Saya just ambik 2 ekor sebab Tiha & Baba nak try.  Since tak ramai yang berminat, jadi diorang tak kisah pon kalo nak ambik lebih.  Kalau kat tempat buffet tu pon macam takde orang.  Saya belek menunya pun langsung tak menarik perhatian.  Thats why takde yang berminat.  
Tiha si kaki seafood, excited nak try crayfish...
Pusing sana, pusing sini... Tak reti nak kopek.. hehehe.. Last² Mama jugak yang tolong. Rasanya biasa aje & ada rasa terlajak masin sikit. Kalau saya memang tak suka sbb kuat betul lekat bau hanyir kat tangan lepas kopek crayfish ni. Tiha pun taklah enjoy sgt... Dia ckp lagi sedap ketam or lobster..

Dengan kecewanya kami ke The Curve untuk makan. Mula² nak try Hadramawt, tapi tengok harga dgn portion tak berbaloi. Mandy Lamb dengan nasi RM29 (kalau kat Saba' baru RM17). So memang tak berbaloi sangat sbb makanan Saba dah pasti sedap. Arabic Tea pun dah RM13 (kat saba' baru RM4.. huhuuu..). Sorry lah Hadramawt. Harga anda boleh bikin mautlah.. Kami pun layan Secret Recipe aje. After 3.00pm boleh dpt free drinks untuk setiap slice cake kan?... hehehehe... Kami ambik 4 slices of cake & 3 meals dapat 4 drinks baru RM79+.... Okaylah tu kan.


Sepanjang kami berjalan kali ni... Shumaila lah yang paling over. Berlari sana sini macam rusa masuk kampung! Ya Allah.. Non stop dia berlari sambil tersengih². Kesian anak Mama... dah lama tak merasa berjalan macam ni. Tu jakun semacam aje...








Asal jumpa toilet nak singgah Ukkk kejap.. Nampak showr plak kena bagi take bath seround. Adehh.. Siksa nak habis satu showroom tu... Tu belum lagi dia tolong susun kalau nampak barang bersepah. Ila ni mcm Ieqa, tak boleh tgk brg yang tak tersusun, pasti dia berenti & tolong simpan.. (penat Mama menengoknya). Tapi kat rumah barang berterabur mcm tong sampah tu korang tak nak tolong susun ye Nak? 
Itu ajelah gambar² yang ada pun. Lepas tu dah tak kuasa nak amik gambar sakan. Letih dah Mama. Oh ye.. saya nak masukkan resepi² biskut raya & juga jahitan baju² raya. Tapi asyik tak keluarlah gambar² tu. Ni mula hilang mood nak buat entry banyak². Gambar pun takde... :(







0 comments:

Post a Comment