Miri - Day 4 (nature)

Sunday, October 25, 2009 0 comments
Lambir National Park.. aktiviti yg paling ditunggu².. jungle trekking!! Bestnya.. lama x masuk hutan mcm ni. We all sampai quite early.. before 9 n terus register. From Miri it takes about 1/2 an hour by car. RM10 perperson.. utk sampai ke Latak waterfall, ambik masa 20 minutes walking (tapi perut besar mcm aku ni.. mmg terlebih2 la masa yg diambil).


Mula² trekking.. kene dukung si kecil (akupon terkial² nak turun kawsn curam), kang tergolek dlm hutan ni x ke haru. Masa mula² masuk hutan bimbang gak sbb 3 beranak je redah hutan tebal dahle sunyi sepi just dipenuhi bunyi unggas.


Tapi makin lama makin enjoy dpt cuci mata tgk well preserved nature camni.. my daughter memula agak takut² tapi lepas tu, laju je dia jln dlm hutan. Ni antara anak² sungai yg dilalui sblm sampai ke Latak Waterfall.

Sampai² je terus isi perut dulu.. Sambil² relaks tgk pemandangan sekitar Latak Waterfall ni.. paling best.. x de satupun sampah sekitar kawsn ni. Lepas makan... trus berendam, dahle x de org.. bolehla berendam sesuka hati. Air dia punyala sejuk.. nak basuh tangan pun sejuk semacam.

Cuma yg aku rimas tu.. byk sgt anak² ikan & udang sibuk kerumun kaki (bukan takat kerumun, siap catuk² lagi kulit kaki.. geli). Sampai aku x tenteram nak swim ke tgh, sbb nampak makin byk ikan besar nak dtg dekat.. Maybe kalo org ramai ikan² ni xle seberani ni. Air kat tgh tu mmg dlm gila & ada pusaran (ada tanda amaran & tali utk bg guide), so x nak ambik risk swimming jauh ke tgh, dahle aku ni jenis senang cramp kaki time pregnant (tapi frustnya toksah ckple, gian sgt nak swimming).

Ok.. dah mandi (tadi satu fams x mandi before dtg.. heheheh).. baru bleh possing. Tiha dgn baju punjab dlm hutan sbb x de baju yg sesuai. Elok je dah siap mandi semua.. barula tourist lain sampai. Trus ambik kesempatan mintak dorg ambik kan gambar satu fams.

Tiha dah x panik naik jambatan gantung, sblm ni slow je jln atas tu.. skrg dah bleh joget² & lompat² atas jambatan lagi. Journey keluar dari hutan elok je 20 minutes.. then trus lajak ke pantai lak.

Esplanade Bay



Luak Bay.. kawasan ni digelar Esplanade.. Bersih pantai ni.. tapi aku x stay lama kat sini sbb time panas terik.. mmg x leh nak main pantai. But we all x berminat sgt nak main pantai kat sini.. setakat dtg cuci mata & relaks okle. Just singgah & isi perut lagi sekali... hehehehe.. Nak betul² main pantai best kene pegi pantai timur or Sabah le.. island kat sana baru cun.

Miri - Day 3

0 comments
Skip day 2.. X de pegi mana².. the 3rd day pegi Muzium Petroleum.


Boleh le try pengalaman Earthquake dr atas kereta ni.. Nothing much dkt sini, masuk pun free je.. Boleh nampak bandar Miri dari atas ni & the first place minyak dijumpai di Miri


The Grand Old lady - dulu & sekrg. Tpt pertama minyak dijumpai since that Miri mula berkembang dgn hasil minyak
Bandar Miri dr Muzium Petroleum.. cantikkk!!


Souvenir yg biasa didapati di sarawak.. ada byk lagi.. ni just sbhgn le..


Durian Isu & Tutong (kulit warna merah)

First time tgk durian ni.. Ni durian hutan kat sini, my sis in law ckp local people gelar Maduri & durian ni x berasid mcm durian biasa. Bau dia.. mak aaii.. menyengat!!.. Tapi ala2 bau cempedak lak. Saiz dia pon kecik je..

Welcome to Miri - Day 1

0 comments

Sepang to Miri 7.25a.m & arrival by 9.40a.m. Last time dtg Miri (1999) by bus from Kuching (almost 12 hours journey). This time terus je by plane.

Taman Awam Miri


Taman Awam Miri.. Petang² bawak Tiha jalan².. masuk free je.. sygnya park yg atas air ditutup atas faktor H1N1. Yg best kat sini park dia really clean & well maintain. Toilet pon.. bersihhhh!!!

Chicken Chop

Friday, October 9, 2009 0 comments
Dah lama x update blog, mula la rasa kemalasan.. heheheh.. Pastu.. asyik lupa je nak ambik gambar. Dah siap makan baru teringat. Sometimes bila tgh masak, nak rushing, x sempat plak nak begamba. Ye la.. kdg2 ada tetamu, nak masak cepat2, sibuk lak nak buat photo shoot. Dahle memori kad hp tu mcm nak melingkup je.. asyik² xleh nak read. Boring..boring...

Kayla.. tambah lagi satu resepi mudah utk dibuat & bahan yg sng dicari..

Bahan²

4-5 ketul peha ayam
1 biji telur dipukul
3-4 sudu tepung jagung
10 kpg biskut Hup Seng/lemak masin dihancurkan (or breadcrumb secukupnya)

(Ambik keseluruhan peha, yg ni dah kira cacat sbb peha dah kene potong)
Debone peha ayam.. sesetengah peniaga ayam dia akan buatkan if kita request. ckp je nak buat chicken chop. So far x taula ada special teknik ke apa, biasa aku buat just toreh & keluarkanla tulang tgh dia tu. Haa.. part ni je paling sesuai utk buat chicken chop sbb isi dia basah² & lembut.


Rupa bentuk peha yg dah dibuang tulang. Part peha yg aku beli ni kecik sket.. biasa besar dr ni. Seketul tu mmg kenyang la.. this time, kene makan 2 ketul baru cukup.


If nak, marinade kejap dgn paprika, black pepper & garam. Biasa kat restoran tu dorg x letak apa² pon sbb chicken chop ni dah ada rasa even kalo kita x letak apa².


Celup ayam tadi dlm tepung jagung, telur & biskut yg dihancurkan tu. Biskut ni pengganti breadcrumb. If ada breadcrumb, guna je la terus. So far bila masak, sama je rasa dan rupa bentuk dia.


Rupa ayam yg sudah diap dicelup dgn semua bahan. Sedia digoreng.


Goreng dgn minyak yg byk. Ambil masa sikit utk masak (ada 3 salutan), aku suka masak bg garing sket supaya isi dlm betul² masak & salutan rangup.

Kuah chicken chop ni biasanya gunakan brown sauce instant (ada byk brand). Brown sauce ni biasa dlm bentuk serbuk or cari kuah utk beef/chicken/mushroom yg dah sedia ada. Then masak atas api, tambah button mushroom & tambah black pepper jika nak pedas. Aku penah makan kat Vistana, rilek je served C/chop dgn sos cili.. dah la mahal.. cett!!!

Biasanya hidang chicken chop dgn french fries/potato wedges, salad (tomato,salad, timun), coleslaw. Or bleh gak ganti dgn bun & jagung.. (cthnya mcm aku buat ni, stok sayur x de dlm peti ganti dgn jagung).

Haa.. nak buat coleslaw sng je.. gaulkan mayonnaise dgn mix vegetables or sagatan carrot & kobis. If nak ada rasa manis² sket tambah gula sket masa menggaul. Aku prefer rasa ori mayo tu je...











Adeehh.. Kopak kaki aku!!!

Thursday, October 8, 2009 0 comments
Selasa, 15hb Sep 2009 jadi kenangan bersejarah. Dlm sibuk2 dekat nak raya.. bz dgn kedai.. x pasal2 kene masuk spital. Ni gara2 dua sahabat baik kat bwh ni.. eeeii.. geram tol aku!!!

Cite dia amatla sadis.. aku tgh xcited jahit manik baju anak. My mom in law buatkan dia baju punjab.. so aku plan nak tambah manik sket. Dah siap tu aku gih dapo nak tunjuk kat adik aku. Nak mintak idea dia la.. dah ok ke or nak tambah pape lagi.. pastu decide okla dulu kot sbb letak byk2 pon mcm la x kene cabut dgn si Tiha.

So.. akupon kemaskan seme peralatan menjahit tu. Mmg semua aku letak atas meja sbb mmg aku careful gak bab2 jarum ni. Bila dah clear aku trus la bangun nak g masak lak kat dapo.. a few langkah dr situ, tiba2 terasa kaki tertusuk something and bunyi benda patah (aku tersepak dgn kuat). Aku angkat je kaki.. meremang bulu roma tgk ada separuh jarum yg masih berbenang kat bwh ibu jari.. mana the other half?? Aku mmg suspek jarum tu masuk, tapi belek2 mmg x nampak byg pon. Adela darah sikit bekas tertusuk jarum. Spjg ptg tu aku dgn fams sibuk mencari baki jarum.

Aku mmg yakin la keje si putih (anak aku panggil whitey) ni sbb sblm tu aku mmg dah luku dia berkali2 sbb asyik dok kacau time aku mjahit.. dok tarik2 benang & jarum tu. Tapi lepas jenuh kene luku.. dia dah blah gih main ngan si kiki. Agaknya time aku gih dapo.. dia ambik peluang main kat situ. Aku langsung x terpk dorg dah buat onar masa aku tinggal tu sbb kejap sgt. Lepas dah tersepak jarum baru aku teringat. Mmg time kemas tadi x de jarum.. Pastu nampak si penjahat ni lepak dkt area aku tsepak jarum (aku mjahit kat tpt lain). Adeehh.. mlg sungguh!!!

Mlm tu decide g klinik. Klinik suh aku gih poliklinik. Dia suh pakar xtray yg handle... plus aku ngandung. Pegi poliklinik.. kelam kabut dr tu.. suh aku gih hospital jengka lak.. haa.. kat sana pon kelam kabut temu ramah aku.. seme org ckp maybe jarum tuh hilang je. xtray je.. mmg sah2 nampak.. nun jauh ke dlm.. position dah bawah kuku sana.. uuwwaaa... jenuhla kaki aku kene korek nanti.

Pastu dorg suruh aku bwk rekod xtray semua ke hospital temeloh lak. Pegi sana kene jumpa pakar ortopedik.. then tunggu operation theater (OT). UUwwaa... org nak beraya.. aku dok wad!!


Si putih.. teramatla hyper active. Semua bende dia nak main


Rakan subahatnya!! X pasti la si hitam (anak aku panggil kiki) yg dah jadi bestfren dia (asalnya adopt dr web utk anak aku) ni besubahat x.


Sempat snap gambar time lepak kat wad. Boringnyee.. x target kene masuk wad, so mmg langsung x prepare apa2. Dahla xleh nak tinggal kedai.. so aku decide lepak je la kat wad sehelai sepinggang. Husband ngan anak aku, aku halo je balik dulu (time ni kat kg). Bimbang gak kedai tgh sibuk, sbbkan aku kelam kabut lak bisnes kang.


Mlm 9.30 camtu OT panggil. Aku bersiap2 masuk ke OT.. bimbang xyah ckpla.. berliang2 ubat bius dorg suntik. Bleh tahan la sakitnyaa.. mgigil2 gak tahan sakit. Pastuh Dr tu start la mengorek kaki aku.. Lama Sungguh!!! Aku keluar dr OT tuh dlm kol 10.40 camtu. Lega rasa dah tau jarum dah keluar.. x sanggup dah nak go through operation lagi. x nakk!!!!

Haa.. ni la hasil keje seni Dr tu. Tiap2 hari aku kene g cuci & tukar bandage kat klinik. After a few days aku request cuci sendrik kat umah je. Kat KL lecey nak g klinik2 ni. Jln la mcm org cacat (sakit ooo).. dahla bdn tgh berat.. Tapi time ni mmg tgh bz sgt.. so kluar je spital trus gih beniaga. Mmg bhati2 sgt takut org tpijak kaki.

Lepas 2 minggu bukak jahitan.. tapi still sakit kalo berpijak & nyilu sgt kalo disentuh. Until now tgh mncuba utk jln proper.. jenuh la nak jln tjengket2.. mostly kalau naik/turun tangga. Hopefully by next week dah boleh jln mcm normal 100%. Hhhmm.. mcm2 hal!!! :)