Mandy Chicken & Rice

Tuesday, June 12, 2012 0 comments
Hari ni saya try masak mandy chicken sekali dgn nasinya.  Saya guna beras Basmathi Moghul Faiza, panjang sungguh berasnya.  Dulu² saya tak tau beras ni kena rendam dulu, patutlah lerai je nasi yg saya masak tu & tak berapa nak panjang.  Rupa²nya sifat shortcut saya tu memakan diri pula.. hehehe..

Gambar ini aje yg lekat.. lately phone saya tu makin slow.  dah makin tua agaknya.. macam tuannya juga.. hehehe


Resepi nasi ni boleh dirujuk di sini ye.

Caramel Custard Pudding

Monday, June 11, 2012 0 comments
Tak puashati dengan pudding caramel sebelumnya (bagi saya rasanya agak muak & ala-ala tofee).. Saya suka yg light aje.. so saya try pula resepi ni  . Saya copy paste balik kat sini ye in case saya nak refer semula

Ingredients (makes 6):
Caramel:
40g sugar
10ml hot water
Custard:
200ml fresh milk
10g sugar
½ tsp vanilla essence
1 whole egg
2 egg yolks
30g sugar

Methods: Please refer to step-by-step pictorial guide here(updated on 15 Sep 2010)
  1. Caramel: Melt sugar in a sauce pan, stir until golden brown. Once it starts bubbling, stir in hot water then remove from heat.
  2. Lightly grease the moulds, then fill each mould with about 1 teaspoon of caramel. Swirl the mould to coat bottom of mould when the caramel is still hot. Set aside for later use.
  3. Custard: Bring together milk and sugar, bring to boil on low heat then stir in vanilla essence. Turn the heat off and set aside for later use.
  4. In a mixing bowl, lightly whisk eggs with sugar. Then pour in milk in stream, whisk rapidly until well blended.
  5. Strain the mixture then fill each mould with mixture, and steam on low heat for 15-20 minutes. If using oven, place moulds in a tray then fill tray with water. Cover tray with aluminium foil. Bake at preheated oven, 140ÂșC for 25-30 minutes.
  6. Turn the heat off, let puddings stay in the steamer or oven for further 10 minutes.
  7. Chill before serving.
Tips:
To produce smooth texture custard, the mixture must be strained to remove bubbles then pour into mould gently.

Seperti biasa, saya kurangkan kandungan gula di dalam resepi setiap dessert yg saya masak.  Itupun saya rasa masih manis.  Next time saya plan nak kurgkan karamelnya & tebalkan sikit pudding tu.  Satu adunan maybe saya akan jadikan 3 je instad of 6.
Rupa sebaik masak (saya kukus 8 minit aje sbb yg sblm tu overcook, jadi berlubang-lubang). 

Yummiesss.. Okla.. terubat sikit rasa nak makan Puding Karamel.  Tapi saya akan mencuba lagi resepi lain plak sbb saya kurg suka rasa 'telur' dalam dessert.  



Caramel Pudding

0 comments
Kat IKEA saya suka betul dengan Caramel Pudding dia tu.. RM1 je sebekas.  Jenuh saya mencari resepi yg ala-ala macam tu tapi tak berjumpa.  Since teringin nak makan dessert berkaramel, saya usha la a few resepi.  Ni salah satu yg saya try buat.  Senang je.. resepinya saya tiru kat sini  .  Tapi saya tak berapa enjoy dgn rasanya.. nak yg kat IKEA tu jugak!!

Grill Chicken

Monday, June 4, 2012 0 comments
Minggu lepas saya teringin nak makan ayam panggang.  Mula-mula nak bakar seekor je terus tapi bimbang pula bahagian isi takde orang yg nak makan.  Jadi saya panggang 2 whole legs & 2 wings (termasuk sedikit bahagian dada).  Saya agak suka hidangan ni terutamanya tang kentang tu.  Sedap sangat!! Tapi my kids makan macam dalam keadaan terpaksa je.. Bab-bab ni lah yg buat saya lemah semangat sikit nak masak menu macam ni. Si Tiha asyik dengan any noodles/pasta or nasi kicap & Ieqa pula nasi putih kosong tanpa lauk or kuah. Fenin saya nak suruh budak berdua ni ubah selera sikit..  

Potato saya slice nipis-nipis (1/2 inch) & susun atas loyang yg disapu minyak. Renjiskan garam & blackpepper sebagai perasa  

Saya dadu 1 biji bawang besar & tabur atas kentang tadi.  Kemudian susun ayam yg diperap bleckpepper & garam.  Hasilnya nanti kentang tu akan menyerap rasa bawang & ayam (sedap tau)

Sementara menunggu ayam masak saya susun salad

Saya bakar ayam pada suhu 250c selama 45 minit (ikut saiz ayam )

Dah siap.. yg ni hidangan utk budak-budak

Ni pula hidangan utk mak & bapak budak.. salad tu saya makan dengan thousand island aje

Merayau aje Kerjanya...

0 comments
Dua minggu kebelakangan ni boleh dikatakan minggu jalan-jalan untuk kami sekeluarga.. mana tidaknya selepas ke Gerik - Tasik Banding, kami ke Kuala Kangsar menghantar kereta yg kojol di Lawin.  Hari Selasa berikutnya kani menaiki ETS ke Ipoh dan kemudian ke Kuala Kangsar untuk menjemput kereta di bengkel.

On the way ke KL menyinggah pula di Tasik Gunung Lang berdekatan Ipoh.  Sempat juga bagi makan ikan dan menaiki bot menyeberang tasik.  Tak cukup dengan tu, kami lajak naik ke Cameron Highland pula.  Esoknya (Rabu) bergegas ke KL ambil stok toys untuk pasar malam Jengka coz petangnya nak bertolak ke Jengka pula.

Khamis pagi kami ke Terengganu pula.  Sempat menyinggah di Cherating, Kemaman, Kuala Kemaman (membeli sata, keropok dll) dan ke Pantai Kemasik (sessi bermain layang-layang).. malamnya balik semula ke Jengka.  How's that?  Itupun bergegas ke Jengka semula sebab adik saya nak bertunang esoknya, kalau tak.. merayau lagilah jawabnya!!  Misha dah sampai ke Perak, Terengganu, Pahang & Selangor! Dah besar mesti dia claim nak dtg tempat-tempat ni semula!!.. Ye la sekarang ni dia langsung takleh enjoy semua ni.  Terkebil-kebil ajelah dalam carseat tu!!