Merayau aje Kerjanya...

Monday, June 4, 2012
Dua minggu kebelakangan ni boleh dikatakan minggu jalan-jalan untuk kami sekeluarga.. mana tidaknya selepas ke Gerik - Tasik Banding, kami ke Kuala Kangsar menghantar kereta yg kojol di Lawin.  Hari Selasa berikutnya kani menaiki ETS ke Ipoh dan kemudian ke Kuala Kangsar untuk menjemput kereta di bengkel.

On the way ke KL menyinggah pula di Tasik Gunung Lang berdekatan Ipoh.  Sempat juga bagi makan ikan dan menaiki bot menyeberang tasik.  Tak cukup dengan tu, kami lajak naik ke Cameron Highland pula.  Esoknya (Rabu) bergegas ke KL ambil stok toys untuk pasar malam Jengka coz petangnya nak bertolak ke Jengka pula.

Khamis pagi kami ke Terengganu pula.  Sempat menyinggah di Cherating, Kemaman, Kuala Kemaman (membeli sata, keropok dll) dan ke Pantai Kemasik (sessi bermain layang-layang).. malamnya balik semula ke Jengka.  How's that?  Itupun bergegas ke Jengka semula sebab adik saya nak bertunang esoknya, kalau tak.. merayau lagilah jawabnya!!  Misha dah sampai ke Perak, Terengganu, Pahang & Selangor! Dah besar mesti dia claim nak dtg tempat-tempat ni semula!!.. Ye la sekarang ni dia langsung takleh enjoy semua ni.  Terkebil-kebil ajelah dalam carseat tu!!

0 comments:

Post a Comment