MEETING UNCLE STEPHEN AND THE FAMILY.. AGAINN!!!

Friday, April 22, 2016 0 comments
Rutin Uncle Stephen tiapkali datang ke Malaysia, pasti tak lupa melepak dengan bestfriend nya or Baba.  Kalau dah jumpa, pasti aje ada ole² dari Stephen & Inez.  Naik segan juga dibuatnya.. Memang tak terbalas kami...  Moga² makin bertambah rezeki Stephen & Inez yang amat pemurah ni!

Pagi tu Stephen datang melepak & sarapan dengan Baba di Kina KItchen.  Bila Baba sampai rumah... Waahh!!  Ada ole²... Memang terlompat² macam beruk kena belacan lah kan.  Maklumlah.. hadiah² pilihan Auntie Inez ni biasanya memang 'a dream come true' untuk budak² ni.  Mujur masa ni Ieqa & Tiha tak balik sekolah lagi... hehehe...

Misha bukan main seronok.. tersengih² non stop.  Pandai betul Auntie Inez teka apa favourite cartoon Misha.. Hebat betul!

Misha dengan hanphone Peppa Pig!!  Kalau nak tau, memang inilah kartun favourite dia dari dulu... Ila tu tak la gilakan sangat Peppa Pig, tapi tetap nak rampas toys Kakaknya.  Ila pula dapat toys ala² carnival.  Tiha & ieqa pula??? SHOPKINS!!!  Haa... ini memang toys idaman Tiha dari darjah 1.  Katanya ramai kawan²nya ada.. Tapi Mama & Baba buat² tak dengar.  So bila Mama tengok Auntie Inez belikan shopkins ni, tak dapat Mama bayangkan macam mana happy nya dia.  Sekali lagi Mama kagum dengan Auntie Inez yang somehow terror baca fikiran budak² ni.  Tiha punya excited, sampaikan dia buatkan rumah dari kotak untuk shopkins nya tu.  Boleh tahan cantik tau.  Dia mintak permission untuk ambik kotak kasut.. Tup.. Tup.. Siap dah rumah untuk Shopkins tu.  Saya nampak Tiha memang ada talent buat kerja² DIY.  Dia memang ada imaginasi tinggi... Mama boleh tabik kat Tiha dalam bab ni.

Sebelah petangnya pula sessi anak² berjumpa Uncle Stephen sekeluarga.  Kali ni diorang stay dekat aje denga Kina Kitchen.  Senanglah kami nak bertandang!..

Maka... Bergeraklah kami ke The Garden Residence, Mid Valley... 
Kembar tak seusia...
Ila memang close dengan Ieqa & Ieqa pun pandai layan dia... Elokla tu, perangai & rupa memang serupa!

Ini pula kembar tak seusia juga... Perangai dua orang ni sebijik² & rupa paras pun boleh nampak sama acuannya... 

Uncle Stephen yang sempoi.. 
Kali ni Stephen & Fams bercuti bersama kawan diorang dari Hong Kong.  Dulu kawannya ni pun tinggal di Australia & belajar sama² dengan Stephen & Inez.  Memang ramai rakan² Stephen & Inez ni.. Diorang ni memang jenis friendly, so meestilah ramai kawan kan...
Si Gemuk ni paling excited!  Cuma Mama geram, kerjanya asyik nak berebut barang dengan Cassidy.  mujurla Miss Cassy tu baik aje.. sanggup share semua barang dia.  Notti betul baby Mama ni.. 

Ieqa ni diamm & nampak toye aje... Dia memang akan jadi macam ni bila ada ramai orang... Dari kecik lagi dia panik kalau bukan dengan family... 

Masing² tekun dengan projek yang Auntie Ling bagi...

Auntie Ling & Inez yang sentiasa friendly 

Misha dengan hasil tangannya.. Boleh tahan tekun dia sebab berjaya siapkan projek ni tanpa bantuan!  Auntie Lin pun kagum tengok dia tak give up mengadap benda rumit ni (Mama pun tak jangka dia boleh buat... hahahah..)... Muka dia masam habis masa ni sebab Ila dok sibuk nak block dia dari bergambar!!
Lama juga kami melepak kat sini... By Maghrib barulah beransur minta diri...





Semua happy dengan hasil kerja masing².  Ieqa yang paling cepat siap... Lepas tu dok membatu sorang² tak tau nak buat apa.. hehehe...


Dan... Dinner lah kami di Carl's Junior... Fries & Burger kat sini memang UUmmpphh.. Cuma harganya tu yang kurang UUmmpphh.. :P



Habislah sessi melawat Uncle Stephen... Esoknya Uncle Stephen bergerak ke Bali pula selama seminggu.  Seronoknya boleh pegi vacation selalu macam tu kan?  Kita ni nak jalan² dalam Malaysia pon dok hitung² ongkos... hehehe.. 



MASAK-MASAK

Thursday, April 21, 2016 0 comments
Asyik² kisah menjahit aje... Kali ni saja nak selit pasal masak-memasak sikit.  Makanan biasa² aje...

Daging black pepper yang ditambah kentang (digoreng dahulu) dan green peas.. Rencahnya saya just kisar bawang, bawang putih, halia & blackpepper... Letak sedikit minyak & masak sekali dengan daging.  Boleh tambah sos tiram or sos blackpepper jika suka.  Kali ni saya guna daging batang pinang, jadi masak sekejap aje supaya daging tidak chewy.. 
Bawah ni pula percubaan buat donut tanpa uli.  Biasa buat donut guna Breadmaker, kali ni test resepi donut yang dikatakan sedap ni.
Yis.. kalau berbuih² tu maksudnya yis daku masih hidup...eheheh..  Yis lama ni, bertapa dalam freezer 
Dry ingredients...
Digaul sekali... Cuma yang pelik sedikit, dohnya very dry.  Kalau ikutkan resepi doh akan jadi agak lembik.  Tak tahu lah kalau saya yang tersilap... Kalau di resepi pun 1 cawan air : 4 cawan tepung 
Walaupun donut saya kali ni tak berapa naik dengan jayanya... Tapi rasanya teramat sedap.  2x goreng aje, habis!  Saya pasti akan buat lagi!  Next time saya share resepinya tu ye.. or boleh search donut tanpa uli..

Favourite anak²... Tiapkali buat pizza, memang saya buat 3 extra large pizza (13") tu pon masing² tercari² lagi esoknya tu... 
Bila tak habis saya simpan di peti (bekas berttutup/wrap dengan wrapping film) then bila nak makan saya grillkan sekejap (2 minit).. Kalau guna microwave 30-40 saat aje dah cukup!  
Beberapa minggu sudah.. Tiha ajak kawan²nya siapkan kerja berkumpulan subjek sains.  Dua orang aje yang datang..



Tiha memang suka aktiviti macam ni.  Banyak juga hasil tangan dia buat sendiri... Rumah, tabung, bekas².. So bila ada projek macam ni memang dia yang paling over...
Saya sebenarnya was² bila dia mention kawan² nak datang siapkan kerja sekolah nya tu.  Jadi takde la nak memasak sakan, tambah² kami ada jemputan ke majlis perkahwinan hari tu.  Tiha ni pula jemput kawannya datang jam 12.30 (saya memang tak tanya detail sebab assume takde yang datang!)... Tup² pukul 11.30 ada Mak kawannya call bagitau nak datang lewat sebab nak bagi anaknya lunch dulu etc.  Anaknya tu habis tuisyen 12.30... Since kami nak kena ke majlis perkahwinan dalam jam 2.00, saya mintak Mak kawannya tu hantar aje.. Takpe... biar aje dia lunch kat sini.  Makaa...
Saya siapkan lasagna... Menu instant kalau dah ada kuahnya tu.  Dessert pula saya just hidangkan baki brownie yang Adik saya beli dari kawannya.. (kami kurang boleh hadap dessert yang dibeli sebab selalunya tahap kemanisannya yg tinggi)
Bukan main berselera kawan Tiha makan.  Bertambah² lagi.. Walhal bukan main pemalu budaknya... Time nak balik saya bungkuskan sedikit lasagna sebab nampak macam dia masih tak puas makan.  Bukan main ceria dia dapat bungkusan lasagna tu. Lagipun saya rasa serba salah kalau biarkan dia balik dengan tangan kosong sebab Ayahnya bawak bukan main banyak Puff & dessert tadi!  Mungkin bimbang saya tak sediakan makanan sebab sebelum tu over the phone saya just cakap, takpe la nanti diorang makan je la apa yang ada... hehehe... Masa tu saya pun tak pasti lagi apa benda yang boleh dijamu dalam masa yang singkat tu.

Banyak lagi gambar makanan dalam phone saya ni... Tapi cukuplah ni dulu kan... Dahla semuanya makanan biasa² aje... :)





BEG SERBAGUNA

Monday, April 11, 2016 0 comments

Salam....  Minggu ni topik menjahit lagi kita.  Lately ni memang banyak projek menjahit yang dah saya siapkan.  Satu² saya share kat sini ye.  Ni projek terkini... Buat kelmarin.  Baba tolong gunting & baca tutorial menjahit... hehehe.. Bila bab lipat melipat ni Mama lemah sikit sbb daya imaginasi rendah.  Jadi baik Baba aje tolong study cara jahitnya & bgtau Mama step by step.. hehehe... Kalau Mama buat, penatlah menetas nanti kan... 

Ok.. Bag ni dah lama Mama nak buat.  Tiapkali menjahit, mesti banyak baki² benang yang kita gunting tu kan... Takkan la tiapkali nak kena bangun & buang.  Kalau letak tepi mesin nanti akan terbang & bersepah pula.  So sebelum ni Mama gunakan penutup tools menjadit sebagai bakul sampah buang jarum, benang, etc...) tapi lecehlah jugak sbb bila nak tutup bekas tu, ada pulak sampah.. Eh.. 

Ni penutup bekas tools menjahit (dapat masa beli mesin).  Inilah tempat pembuangan sisa² kecil time menjahit.  Bila dah siap, baru buang dlm tong sampah.  Kalau ada buang jarum, saya bungkuskan dulu dalam bekas lain supaya tak dikutip Ila...
Mula² nak beli satu bekas kecik comel ni di MR DIY(boleh bukak tutup).. Tapi bila difikir... Rugilah kalau tak jahit sendiri.  Boleh belajar benda baru kan... Maka tercetuslah idea ni...

Baru siap bahagian luar... dah tak sabar² nak ambik gambar.. hehehe.. Siap rampas lagi dr tangan Baba yang tengah membelek mcm mana nak attach dgn yang dalamnya... :P

Dah siap cantum.. Waaaa Comel!!!!  Sukaaaa...!!!

Bahagian dalam...

Ikut pola asal takde tali... Tapi saya tambah coz nak gantung beg ni.. Bab buat tali, saya agak gembira sbb berjaya cipta teknik supaya hasilnya kemas....
 Masa nak buat beg ni, saya cari hook di MR DIY... Mulanya nak beli yang adhesive tu (saya dah serik beli jenis suction sbb tak pernahnya melekat lama).  Tapi terjumpa pulak yang ni... Macam best aje kan... Kalau tak nak pakai boleh alih...

TADAAAA... Cute kan... 

Dah siap!!

Haa.. dah ada beg sampah baru!!!  Makin bersemangat nak buat kerja... :P
 Bila tak menjahit, saya buang sisa² jahitan & masukkan hanger tadi dalam beg ni then lipat.  Inilah rupa setelah dilipat...( Mana² pun boleh)... :)


Nak buat juga??? Haaa... ni link nya ye.  Thx to tuan blog.  Ada a few basket dalam blog tu.. boleh pilih.. Comel² sangat.  Ikutkan hati nak buat semuanya.  Tapi kena kembali ke alam nyata., Saya menjahit ikut keperluan, bukan kehendak! Lagipun banyak lagi projek menanti... Mostly pakaian anak² yang dah tahap kritikal tu... 

P/s :  Saya minta Hubby resize sedikit dari saiz asal.  Saya nak beg yang comel kecik molek aje.  Kalau nak simpan barang besar, bolehlah resize ikut keperluan ye... 

HOT AIR BALLOON PUTRAJAYA

Wednesday, April 6, 2016 0 comments
Di suatu weekend, Mak Su offer bawak Tiha & Ieqa tengok movie.  Adik Bongsu saya ni bekerja di Kina Kitchen sekarang ni.  Jadi dia memang stay kat rumah saya & weekend dia akan balik kampung or busy dengan tugasan mengandam.  Jadi bila anak² dapat tau Mak Su pegi tengok cite BoboiBoy.. semua request nak tengok jugak!..  Jadi Mama & Baba benarkan diorang follow Mak Su ke kampung & tengok movie di TGV Mentakab.  

Disebabkan kasihan dengan dua Adik yang memang tak nak ikut.  Kami bawak diorang ke Putrajaya kononnya nak tengok Hot Air Balloon.  Kami sampai dah hampir Maghrib.  Makan di Secret Recipe berdekatan masjid sambil menunggu Belon Udara muncul.  Sebelum duduk saya dah tanya pekerja SR, dia cakap boleh nampak... So laju je le kami melepak situ.


Menu biasa pilihan anak²... Prawn Mac

Muka masam sebab kena paksa duduk atas baby chair

Order 2 keping cake... yang satu lagi tu New York Cheesecake rasanya..

Mak Ayah masih kenyang, layan Salad aje..

Budak ceria tanpa Kakak
 Bosan menunggu... bayang belon pun takde.  Kedai² pun dah start closing.  Aduhh.. betullah membuang masa.  Kami decided nak round cari kalau² boleh nampak belon udara tu...
Masa on the way tadi tengok ramai orang parking kat jambatan nun di sana tu... Jadi area sana lah arah tuju kami lepas ni.  Dataran berdekatan Masjid ni memang meriah di waktu malam.  Ada yang dengan roller blade, berbasikal dan kereta kuda pun ada.  Memang happening... Tapi kami takde la suka sangat tempat terlebih meriah macam ni.  Datang ni pun just syarat nak hiburkan 2 budak kecik tu... 

Sengaja ambik gambar dengan kuda nak bagi Tiha & Ieqa jelous 

Waahh.. Ada firework!!!... Tapi sekejap aje.. Oklah tu kan... 
Lepas berpusing ke sana sini.. Akhirnya ketemu jua...
Alahai... Hot Air pun ada 2 aje.. agaknya yang lain dah pun turun...

Bolehlah.. lepas syarat... hehehe...
 Pendek kata... betul² aktiviti membuang masa.  Mama & Baba pun memang tak plan.. last minutes kami terjah ke sana.  Kakak²nya pula... bukan main lagi layan movie sampai malam.  Dua movie terus dorg hadap.. Boboiboy & Kung Fu Panda... Bukan main suka la tu..
Mak Su & anak² sedara... Ieqa & Zafran bagai merpati 2 sejoli.  Diorang ni sebaya.. tapi Zafran ni nampak keanak²an sikit..  Asal berjalan nak pegang tangan Ieqa... Kadang² puas Ieqa lari nak selamatkan diri... hehehe... Tapi memang kamceng betul diorang ni walaupun berjumpa setahun 2,  3 kali aje...

Mak Su layan aje apa korang nak ye... Mama bagi RM50 aje kat Mak Su... Habis sengkek la Mak Su korang tu... 
Oklah.. masa untuk titun... Nite!!