THE FICKLES

Tuesday, October 20, 2015 1 comments
Patutnya nak settlekan banyak kerja malam ni... tiba² mood berblog pulak datang... Biasalah kan.. time bz ni lah teringin nak update blog pon... :p... (Alasan typical untuk diri sendiri curi tulang).  Frankly... Saya penat sangat... banyak gila benda yang nak kena settle dalam tempoh terdekat ni.  Salah langkah, sentuhan kecundang akibatnya... Otak pun dah tepu, jem.. 

Then siang tadi Staff cafe call tanyakan tentang permitnya.  Adiknya meninggal di Indonesia, nangis² nak balik... Tapi macam mana dia nak keluar & masuk ke Malaysia kembali kalau permitnya takde??  Simpati saya.. ni gara² MYEG kurang asam itulah.  Dahlah diperamnya permit orang, mintak refund pun tak boleh.  Dah 8 bulan masih belum selesai.  Geram juga saya nak bawak kes MYEG ni ke court.  Kalau diorang tak boleh uruskan, kenapalah tak pulangkan duit tu supaya majikan boleh settlekan urusan dengan imegresen sendiri aje!  Tak pasal² staff saya ni tak boleh balik beraya & ada kematian pun dia tak boleh balik!  Saya memang harap sangat pihak imegresen masuk campur dalam hal ni. Jangan bagi muka dekat syarikat yang tak bertanggungjawab macam ni!

Sempena Birthday Baba yang ke 39 (lagi setahun nak masuk 4 series!!)... Mama bawakla Baba makan kat tempat special sikit.  Plan asalnya nak ke tempat lain, tapi rasa macam pricey sikit dikala kami tengah control budget ni.  Jadi last minutes kami ke TTDI di dalam missi mencari The Fickles ni.  

Tiha... Bab pilih makanan memang laju je dia.  Taste dia memang buat Mama nak jegil mata je kadang² tu.  Asalnya dia request Salmon... tapi Mama tak approve sbb Mama teringin nak rasa menu lain...hahaha.. Utk Tiha.. as long as makanan tu ada seafoods & western style... gerenti dia suka aje...

Budak gemuk yang buat Mama & Baba tak senang duduk!  Jangan harap dia boleh duduk diam kalau time makan...

Slider... sama juga macam burger, cumanya versi mini dipanggil slider.  Sedap... Cuma saladnya bagi saya kurang dressing... makan ajelah daun kosong je pon... 

Memangla nak kena cubit. Dia dok naik turun sofa tu sampai nak tercekik Mama dibuatnya.   


Linguine... Ok not bad.  Cuma anak² saya ni kalau dengan pasta diorang tak berapa excited sangat sebab dah muak kot.. heheheh... Pakat dok berebut Garlic Cheese bread tu pulak!  

Menu yang Mama trade dengan Tiha - Salted Egg Squid.  Ini antara yang famous dan disebut² kalau makan kat Fickles ni.  Sedap!!!  Saya suka sangat benda yang crispy dalam tu... tak tau pulak apa bendanya tu.  Mama yang Baba yang habiskan sebab anak² sibuk nak keluarkan sayur, jadi Mama suap diorang part yang takde sayur aje.  

Aglio yang ada sedikit sentuhan asia (cili padi).  Okla jugak.  Tapi Baba kan kurang suka kalau masakan barat di Asiakan.  Ni saja je dia try.  Tapi still sedap sebab masakan dekat Fickles ni taklah 'over' sangat.  Saya consider as comfort food jugaklah...
 Oleh kerana Fickles ni agak kecil saiznya.. seating agak limited.  Customer pun ramai coz kedainya agak dikenali kan.  Kami dapat duduk kat sofa betul² tepi pintu masuk.  Oklah untuk family, cuma tersiksa sikitlah nak makan sebab mejanya rendah... heheheh...

Cuma bagi saya harga air kat sini agak mahal... Mineral water biasa tu pun RM4, yang ni air kosong biasa je (filtered water) rasanya RM2.  Yang lain harganya semua RM9 ke atas (cold drinks, tak pasti pulak yang hot)

Baba Botak dengan Baby Gemok.. sama tapi tak serupa!! 

Ada life band.. tapi saya rasa kurang selesa sebab bunyinya terlalu kuat, nak bercakap sampai kena terpekik terlolong... dahla kedainya ni kecik aje.  Jadi bingitlah sikit suasana dalam ni sebab semua orang kena menjerit bila nak bercakap.  Patutnya pandai² le kontrol sikit bunyi speaker tu ye... 
Overall... makanannya okaylah.  Takdelah nak komplen dari segi rasa semua tu.  Cuma untuk kami travel ke sini untuk ulang makan, mungkin taklah kot.  Tak taulah kalau nanti² akan keluar menu baru yang menarik perhatian saya ke... :P

  P/s : Total bil kami malam tu RM108.65 (kami order 2 jenis air berperisa & 1 filtered water).. Satu lagi tentang status halal pula, owner nya Melayu muslim. InsyaAllah halalan toyyiban...



SUPER BUSY...

Sunday, October 18, 2015 0 comments
Seminggu dua ni & mungkin untuk berminggu² akan datang, Mama & Baba akan busy yang teramat.  Penat badan & minda.  Harap² anak² bertahan sikit coz terpaksa mengikut Baba & Mama keluar ke sana sini setiap hari.  Tiha dahlah nak final exam... Sampaikan menghafal pun dalam kereta aje.  Hopefully sempatlah dia catch up semua benda yang nak masuk exam tu.  Mama & Baba try jugak squeeze masa sikit untuk pantau Tiha Ulangkaji.  Paper paling saya bimbang dengan Tiha ni pastinya BM & Pendidikan Islam.  

Blog saya mungkin akan bersawang untuk tempoh yang lama atau di update sekali-sekala aje sepanjang tahun ni.  Miss sangat nak menjahit... Rite now saya takat menjahit perkara-perkara yang perlu aje mcm gantikan getah² seluar atau alter mana-mana baju yang rosak.  Projek² pun banyak yang menanti... Satu persatu yea... Doakan saya diberi kelapangan dan dipermudahkan segala urusan... Amin...

Sebelum berundur... saya nak share hasil karya Adik yang belajar di UITM Lendu, Melaka...  Not bad juga hasil karyanya.. Tak sangka bakat seni boleh di 'polish' sebegini.  Agak²nya kalau dulu saya serious dengan lukisan, boleh dapat skill macam ni tak??? Hahaha... Yang pastinya bukan keminatan saya ni... I love Accounting so much... So tak pernah menyesal memilih bidang tu kat UUM dulu... :)

Muka bangga Mak dengan Cucu kesayangan... 

Adik Ipar & anak... 

Eerrrkk.. apa bendanya nihhh??? Yang kita rasa pelik inilah diiktiraf antara yang terbaik... hahahaha... Adik cakap dia terpilih untuk pertandingan anjuran Jepun gara² arca pelik ni... (confused Akak Dikkk...)

 

MY TURKISH HOUSE

Friday, October 9, 2015 0 comments
Baru² ni kami bukak Waze & try cari My Turkish House di Pandan Jaya.  Kami tau tentang kedai ni lepas menonton Selera Budget dekat HypTv.  Hari tu dah try makan Roti John di Keramat, kali ni kami nak try yang ni pula.  Mujurlah ada.. senang sikit... Follow aje Waze tu heret ke mana pun kan...

Sambil menunggu hidangan, Otak² menjadi pilihan.  Saya stress sikit kalau kat kedai makan tu jual Otak², sebab takat 10, memang kejap je licin.  Tiha tu kan memang jenis kuat makan.  Anak² yg lain pun agak suka Otak² ni.  Manalah Mama tak stress, langsung tak mengenyangkan! Makan la banyak mana pun takkan cukupnya.  Mama siap warning dah.. makan apa yg ada ni je, jgn nak mintak tambah dah.  Haa... antara benda yang saya paling nak komplen, air kat sini manis Ya Rabbi.  Dah takde rasa masam, kelat, lemak semuanya tu sebab rasa mcm minum air gula aje.  
 Bila belek menu, pilihan makanan tak lah banyak sangat.  Harganya pun biasa² aje (a bit pricey untuk medan selera coz lebih kurg harga makanan kat kedai Arab jugak).
Lamb Kebab, tak ingat exact harga, below RM10 for sure... Tiha makan separuh aje, yang half lagi dia bagi Baba.  Dia ckp dia kurang gemar, maybe dia bandingkan dengan Lamb Kebab yang biasa dia makan kat Saba' tu... 

Pembuatan Pizza Turki 

Tuan kedai offer ambikkan gambar... 

Turkish Pizza... Yang ni agak sedap sebab doh pizza ni rangup.  Kalau makan satu ni memang tak cukup (untuk kami yang kuat makan ni la).  Harganya RM6 - RM8 bergantung pada pilihan daging.  

Yang dalam foil tu pula fries yang ditabur daging, cheese & dibakar sebentar.  Yang ni rasanya tak berbaloi kot kalau nak order.  

Budak notti... Memang tak reti duduk diam ni... Kalau kerusi baby tu takde belt, memang jenuhla Mama & Baba nak pegang dia... Kat rumah pun sama.. kena make sure pakai belt ketat²!

Ada je akal budak ni.  Then.. cubalah cakap.. "comelnya..comelnya..." dia punya tersengeh... tak dapat cover² lagi dah.  Kalau orang gelakkan aksinya pulak, dia akan buat benda tu berulang² selagi orang gelak.  Inilah contohnya... bila Mama talakan handphone kat dia, teruslah dia buat aksi... hehehe... Budak ni perasan comel sikit.  Agaknya Kakak² selalu dok cakap "Comelnya " tiapkali dia buat aksi apa².  Tu yang perasan habis tuh...
So overall, Turkish Pizza tu aje le yang memang kena dengan taste saya.  Masa makan tu, saya siap order pulak Nasi Goreng Kampung kat kedai sebelah sebab rasa mcm tak berbaloi pulak nak order Pizza lagi sebijik (saya rasa takkan cukup sbb crustnya nipis aje)... hahahaha... Maklumlah saya dah terbiasa makan Pizza XL kalau masak kat rumah.

Pasni kalau nak datang lagi, kami nak duduk kedai sebelah order makanan heavy then order pizza untuk kudapan tambahan aje... :P






CUTI SEKOLAH...

Wednesday, October 7, 2015 0 comments
Malam ni tak menjahit... kepenatan keluar shopping & terlajak surfing... Kalau dulu banyak surfing tentang makanan, resepi & seumpamanya.  Skrg ni... tiap² hari dok belek blog jahitan, follow group² menjahit kat Fb... Kalau keluar pula... memang gatal cari barang jahitan (tadi pun tergatal tangan beli kain flannel pulak!).  Kalau nampak baju, beg atau seumpamanya yang cantik, saya snap gambar.  Konon²nya kalau ada kelapangan, jahit je sendiri... hehehehe... Yang bagusnya, bila gatal menjahit ni, kuranglah sikit masa untuk try resepi itu ini.  Masak pun benda² simple aje.  Harap² boleh slim dengan menjahit... hahahaha... Berangan aje tu.  Jangan percaya... :p

Masa cuti sekolah aritu, kami bawak anak² ke rumah best friend Baba.  Tak lain dan tak bukan, Uncle Acai.  Ehh.. baru Mama perasan, dah lama Mama tak ambil gambar Uncle Acai dengan budak² ni kan.  Uncle Acai yang slim tu pun dah berbadan dua sekarang.. hahahaha... (takpe.. Uncle Acai tak baca blog Mama ni... Boleh kutuk sesuka hati)... 

 Masa sampai, Ila tengah tido nyenyak dalam kereta.  Jadi anak² Itik yang lain ikut Baba Itik pegi main air dulu.  Jenuh Mama menunggu dalam kete, sampai nyawa Candy Crush pun dah habis.. last² Mama gerak Ila ajak join Kakak²... (Candy Crush tu memang amat berguna di kala begini)... 
Inilah gaya budak bangun tido, then dimasukkan dalam air.... Nak angkat kepala pon malas!!! Haa.. pelampung cute ni saya beli kat MRDIY, harga below RM15 rasanya.  

Lama jugakla Ila ni beraksi macam ni (sandar badan kat kepala lembu tu)... Bolehla dia buat derk je, tak bergerak, tak berbunyi, tak sentuh air ... dibiarkan dirinya terolang oleng sana sini... ... hahahaha... 

Haa.. dah makin hilang malasnya tu... Kalau boleh nampak kat sini, Tiha dah boleh float dalam air.  Yang paling Mama tak sangka, si Ieqa penakut dah berani swimming dengan bantuan alat berenang tu (Mama tak tau namanya).  Sebelum ni memang dia tak berani nak main jauh², apatah lagi nak apungkan kakinya tu.  Pakai pelampung lengan, tapi berjalan dalam air!  Geram sungguh Mama... Baik tak yah pakai pelampung!  Mujurlah kali ni dia berani swim sana sini dengan pakai pelampung lengan & swimming aid tu.  


Ni kalau kerap dibawa ke swimming pool, memang senang untuk diorang boleh berenang.  Once dah confident & tak takut air, memang senang badan nak terapung.  Tapi kalau setahun berapa kali aje ke swimming pool, memang slow la progress nya tu.  


Punyalah main, dari sebelum Asar sampai ke malam.  Mujurlah surau & shower semuanya ada kat tepi ni. Suraunya memang besar & selesa sangat..  
Lepas mandi, makan kat Cafe Hillpark & naik ke rumah Uncle Acai.  Budak² ni dengan tak malunya request nak main xbox kat rumah Uncle Acai pulak.  Uncle Acai ni memang layankan aje.  Lagipun last sekali diorang main xbox ni 2 tahun lepas, Misha pun baby lagi masa tu...
Damainya suasana rumah yang ada view air mcm ni... 
Aksi² bermain XBox.  rasanya ramai yang tahu apa itu XBox kan?  Game yang memerlukan pergerakan badan sepenuhnya.  Game ni ada camera/sensor yang mengesan pergerakan kita... jadi kalau nak mengelak, melompat ke apa ke memang kita kena buat bersungguh².  Memang penat & berpeluh sakan dibuatnya!! Kalau yang suka main game tapi tak suka bersenam, bolehlah beli XBox ni satu.  Sama ada anda makin kurus or boleh quit main game terus!...
Baba pon sibuk nak main jugak...
Minah over... Dia yang paling banyak main... tapi jangan tak percaya, Misha yang main ikut dan tu pun berjaya beat score Tiha.. hehehehe... Mana lah dia tak puas hati.
Thanx Uncle Acai sebab rajin melayan budak² ni... Seharian Uncle Acai nak kena hadap budak² yang tak reti penat ni.  Moga Uncle Acai dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki & bertemu jodoh!!! Heheheh...

P/s :  Ramai peminat Uncle Acai ni., maklumlah jejaka berwajah pan asian.. Uncle Acai aje yang jual mahal.. :P





STEAK MEDAN SELERA BANGSAR

0 comments
Kebetulan terasa nak belek draft.  Banyak jugak koleksi draft saya yang terperam rupanya. Aduhai.. Ila pun masih baby lagi.  Yg paling tak best tu entry tentang Steak ni.  Medan Selera Bangsar ni dah pun tak wujud.  Uwaaa.. kenapa la port makan we all asyik disappear ajerrrr??







Kalau sesiapa tahu kat mana kedai steak ni dah berpindah, inform saya yer..