Patutnya nak settlekan banyak kerja malam ni... tiba² mood berblog pulak datang... Biasalah kan.. time bz ni lah teringin nak update blog pon... :p... (Alasan typical untuk diri sendiri curi tulang). Frankly... Saya penat sangat... banyak gila benda yang nak kena settle dalam tempoh terdekat ni. Salah langkah, sentuhan kecundang akibatnya... Otak pun dah tepu, jem..
Then siang tadi Staff cafe call tanyakan tentang permitnya. Adiknya meninggal di Indonesia, nangis² nak balik... Tapi macam mana dia nak keluar & masuk ke Malaysia kembali kalau permitnya takde?? Simpati saya.. ni gara² MYEG kurang asam itulah. Dahlah diperamnya permit orang, mintak refund pun tak boleh. Dah 8 bulan masih belum selesai. Geram juga saya nak bawak kes MYEG ni ke court. Kalau diorang tak boleh uruskan, kenapalah tak pulangkan duit tu supaya majikan boleh settlekan urusan dengan imegresen sendiri aje! Tak pasal² staff saya ni tak boleh balik beraya & ada kematian pun dia tak boleh balik! Saya memang harap sangat pihak imegresen masuk campur dalam hal ni. Jangan bagi muka dekat syarikat yang tak bertanggungjawab macam ni!
Sempena Birthday Baba yang ke 39 (lagi setahun nak masuk 4 series!!)... Mama bawakla Baba makan kat tempat special sikit. Plan asalnya nak ke tempat lain, tapi rasa macam pricey sikit dikala kami tengah control budget ni. Jadi last minutes kami ke TTDI di dalam missi mencari The Fickles ni.
|
Tiha... Bab pilih makanan memang laju je dia. Taste dia memang buat Mama nak jegil mata je kadang² tu. Asalnya dia request Salmon... tapi Mama tak approve sbb Mama teringin nak rasa menu lain...hahaha.. Utk Tiha.. as long as makanan tu ada seafoods & western style... gerenti dia suka aje... |
|
Budak gemuk yang buat Mama & Baba tak senang duduk! Jangan harap dia boleh duduk diam kalau time makan... |
|
Slider... sama juga macam burger, cumanya versi mini dipanggil slider. Sedap... Cuma saladnya bagi saya kurang dressing... makan ajelah daun kosong je pon... |
|
Memangla nak kena cubit. Dia dok naik turun sofa tu sampai nak tercekik Mama dibuatnya. |
|
Linguine... Ok not bad. Cuma anak² saya ni kalau dengan pasta diorang tak berapa excited sangat sebab dah muak kot.. heheheh... Pakat dok berebut Garlic Cheese bread tu pulak! |
|
Menu yang Mama trade dengan Tiha - Salted Egg Squid. Ini antara yang famous dan disebut² kalau makan kat Fickles ni. Sedap!!! Saya suka sangat benda yang crispy dalam tu... tak tau pulak apa bendanya tu. Mama yang Baba yang habiskan sebab anak² sibuk nak keluarkan sayur, jadi Mama suap diorang part yang takde sayur aje. |
|
Aglio yang ada sedikit sentuhan asia (cili padi). Okla jugak. Tapi Baba kan kurang suka kalau masakan barat di Asiakan. Ni saja je dia try. Tapi still sedap sebab masakan dekat Fickles ni taklah 'over' sangat. Saya consider as comfort food jugaklah... |
Oleh kerana Fickles ni agak kecil saiznya.. seating agak limited. Customer pun ramai coz kedainya agak dikenali kan. Kami dapat duduk kat sofa betul² tepi pintu masuk. Oklah untuk family, cuma tersiksa sikitlah nak makan sebab mejanya rendah... heheheh...
|
Cuma bagi saya harga air kat sini agak mahal... Mineral water biasa tu pun RM4, yang ni air kosong biasa je (filtered water) rasanya RM2. Yang lain harganya semua RM9 ke atas (cold drinks, tak pasti pulak yang hot) |
|
Baba Botak dengan Baby Gemok.. sama tapi tak serupa!! |
|
Ada life band.. tapi saya rasa kurang selesa sebab bunyinya terlalu kuat, nak bercakap sampai kena terpekik terlolong... dahla kedainya ni kecik aje. Jadi bingitlah sikit suasana dalam ni sebab semua orang kena menjerit bila nak bercakap. Patutnya pandai² le kontrol sikit bunyi speaker tu ye... |
Overall... makanannya okaylah. Takdelah nak komplen dari segi rasa semua tu. Cuma untuk kami travel ke sini untuk ulang makan, mungkin taklah kot. Tak taulah kalau nanti² akan keluar menu baru yang menarik perhatian saya ke... :P
P/s : Total bil kami malam tu RM108.65 (kami order 2 jenis air berperisa & 1 filtered water).. Satu lagi tentang status halal pula, owner nya Melayu muslim. InsyaAllah halalan toyyiban...
1 comments:
Assalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy sambung rumah,pasang tile,plaster siling,wayaring,waterproofing,bumbung,plumbing,mengecat,grill dan owning,porch keta,autogate,vinyl floor,wallpaper,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,kl,ampang,damansara,puchong,nilai,sepang,bndr sri putra. Hubungi sy d no 0192945175 or wssp sy di no 01129110298 (amir)
Post a Comment