Kuih Keria

Friday, March 25, 2011
Keria yg sedia disadur gula
Ni antara kuih yg sng, x payah sukat menyukat.  Cuma part utk sadur gula je mungkin x menjadi kalo gula x cukup pekat.  Tapi rasanya still sedap, cuma gulanya tu agak basah² instead of jadi berketul² bhgn tepi keria.

Bahan² ni anggaran sahaja.  Jgn bimbang, kuih ni x cerewet.. utk elak dari kuih jadi keras, kurgkan tepungnya.   Biasanya saya suka letak tepung cukup² utk adunan boleh dibentuk.  Jika keledek 2 cawan, pastikan tepungnya x melebihi 2 cawan.  If letak 1 cawan adunan dah boleh dibentuk, proceed je la ye.. lagi byk keledek, lagi manis & lembut.

Cara buat :

Rebus 3 biji keledek (potong²) bersama sedikit garam & tapis airnya
(air x perlu byk, asalkan menutupi keledek)
Lenyek keledek & tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Pastikan keledek sudah sejuk semasa diuli dgn tepung kerana keledek panas akan sbbkan adunan jadi lembik.

Sapu sedikit minyak di tangan utk elak tepung melekat dan start la bentukkan keria - bulat²kan, leperkan & cucuk jari telunjuk di bhgn tengah utk dilubangkan.

Kemudian goreng dlm minyak yg byk (deep fry).  Kadang² saya makan je keria yg belum diletak gula, sbb rasanya dah ada lemak manis.  Mostly if guna ubi keledek merah.

Utk saduran gula :

Tunggu lagi sampai berbuih & memekat.. 

Masukkan 1/4 cwn air & 10 sudu gula.. biarkan air gula ni berbuih dgn byk & pekat.  Masukkan semua keria yg telah digoreng tadi dan gaulkan sehingga gula kering & melekat pada keria.

Sukatan ni bergantung pada tahap kemanisan, if x suka manis, krgkan gula.  Cuma pastikan air gula berbuih & pekat sblm digaul dengan keria... selamat mencuba!!!

0 comments:

Post a Comment