Masak Lemak Cili Padi Rebung
Lauk favourite my husband ni.. tapi dia lagi suka guna rebung fresh. Since kat KL ni mmg susah nak jumpa rebung fresh, rebung masam tu pun rembat je la. Rasanya x sama la sbb rebung fresh mmg lemak² manis, rebung masam tu plak baunya agak kuat & rasanya dah betukar masam semasa proses penyimpanan tu..
Biasanya rebung ni saya suka match kan dgn udang, utk naikkan rasa manis. If rebung masam tu, saya bilas utk kurgkan rasa masam & kurgkan baunya. Biasanya lepas beli terus saya bilas & simpan dlm peti beku utk simpan. Kalau rebung fresh, kena sagat & rebus sekejap utk buang rasa kelatnya sblm di masak.
Okla.. cara masaknya sama je macam masak lemak cili padi lain :
Bawang merah 4 ulas
Bawang putih 2 biji
Cili padi 10 tangkai
Kunyit (serbuk / fresh)
- dikisar
Udang
Rebung
Santan sekotak (biasanya sy x habiskan sekotak, tapi kuah akan cair sedikit)
Daun kunyit (jika ada)
Tumis / rebuskan bahan kisar (jika suka cara tumis, guna sedikit je minyak). Masukkan udang, rebung & santan & daun kunyit yg dipotong. Tambah air jika nak kan kuah lebih. Perasakan dgn garam & aji jika suka. Dah siap!!
Ada sesetengah org suka tambah serai yg diketuk dlm masakan ni. Saya kurg suka rasa serai dlm masak lemak, kecuali masak lemak cili padi ayam. So terserah la pada selera masing². In fact ada juga org yg x gunakan bwg & bwg putih, pon sedap juga. Mak mertua saya pula letak sedikit halia. Mmg byk sgt cara utk masak satu² jenis makanan. Kalau rajin, cuba la satu², pilih la yg mana sesuai dgn selera keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment