Hari ni curi masa kejap utk update blog. Kesian kat blog sendiri yg makin menyepi. Ikutkan still banyak tugas yang menunggu. Ya Allah... Kuatkanlah semangat kami suami Isteri. Dah tak terkejar rasanya.. Masih ada a few weeks lagi untuk kami struggling. Semoga Allah bagi kami kesabaran & memudahkan urusan kami. Nanti² kalau ada kelapangan saya share dengan lebih detail ye. Saya tak suka nak cerita benda yang masih dalam perancangan. Dr dulu memang saya tak pukul canang selagi benda tu dah jadi realiti. Cuma saya pinta doakan saya diberi kekuatan oleh-Nya selalu ye kawan²..
Jumaat lepas saya dikejutkan dengan khabar rakan sekolah menengah yang mengalami stroke & terdapat pendarahan dalam otak. Terkedu saya bila terbaca status Suami rakan saya tu. Kesiannya Nadiah! Umurnya sebaya dengan saya & mempunyai 4 anak juga. Ya Allah.. kau berilah kesembuhan kepada sahabatku ini. Nadiah ni bukanlah rakan sekelas saya, tapi saya amat kenal dia sebab memang dia jenis yang suka tersenyum & rajin menegur. Dalam FB pun dia rajin menyapa saya. Bila dapat tahu dia dipindahkan ke HKL pada Sabtu baru ni, terus saya ajak Suami menziarah Nadiah. Sayu tengok dia terbaring lemah... Namun masih tersenyum dan cuba berbual dengan rakan² yang dtg. Sambil berbual, dia akan berhenti terlelap, kemudian bangun kembali & sambung berbual. Agaknya effect ubat untuk bagi dia rehat kot. Cuma syukurlah dia boleh kenal kesemua rakan & memorinya langsung tak terjejas. Pertuturan agak lemah tapi jelas. Cuma sebelah kiri badan tak boleh digerakkan & Dr tengah menurunkan tekanan darah dia untuk terus ke prosedur lain. Menurut family, Nadiah memang ada darah tinggi. Tapi dia On Off dalam mengambil ubat. Jadi pesan saya, mereka yang ada penyakit yang sebegini janganlah miss ubat tu ye. Yang mana perlu kita jadikan iktibar. Semoga Nadiah tabah dengan ujian darinya ini...
Kat bawah saya selit sikit antara aktiviti dengan anak². Sebenarnya kami bukanlah keluar berjalan²... Mereka ni meneman Baba & Mama menyelesaikan tugasan yang tak berpenghujung ni. Jadi sambil² tu Mama bagilah diorang enjoy sikit². Kasihan jugak diorang, kdg² dr awal pagi lagi dah keluar. Satu hari sampai 3-4 lokasi kami berkejar. Sampai rumah, Mama dah rasa mcm tak boleh angkat kaki. Tapi kena jugak proceed dengan tugasan depan komputer & tugasan rumah juga. Sabarlah wahai diri.. Kuatkanlah dirimu ye... (kena sentiasa pujuk diri sendiri yang hampir habis bateri ni.. hehehe)..
|
Ila & Misha... Ila ni memang Miss copycat.. apa pon org buat, dia akan tiru... |
|
Tugas mengejar Ila, Mama serah kat Tiha. Memang dia akan cuba lari dari Kakak².. tak nak didukung, duduk dalam stroller, malah tak nak ikut orang! Kita yang kena follow dia.. Isshh.. Mencabar betul! |
|
One of the best Ayam Goreng Kunyit... Restoran Rosdet, berdekatan International Hotel Kuala Lumpur (Chow Kit)... Menu wajib kalau ke sini... |
|
Ke Chow Kit tanpa Kakak² sebab susah jugak nak mengheret diorang melintas jalan semua tu. Kakak² happy aje sebab kebetulan rumah Wawan meriah dengan para sepupu.. |
Sejak kebelakangan ni... Almost hari² mengadap Kopitiam! Sampai saya dah tak boleh tengok lagi dah menu kopitiam. Kebetulan ini ajelah kedai yang convinient utk kami & anak² (faktor masa, lokasi, taste dll). Maklumlah anak² bukanlah pemakan nasi...
|
Noodles! Yes.. Ini menu Tiha... tak kisahlah ke mana²... dia akan cari noodles.. Adik² pulak pelbagai.. biasanya diorang share makanan dengan Tiha or makan roti & half boiled eggs. So.. Kopitiam ajelah yang boleh offer benda² ni time lunch kan? |
|
Budak ni dah expert pakai chopstick. Mama ni dari dulu tak berjaya nak makan pakai chopstick ni.. hehehe... |
|
Mama pun asyik layan kue teow/nasi lemak aje... salad tu Mama songlap yang Tiha... |
Tadi ke One Utama, saja redeem SmartTag. skrg ni lorong touchNgo makin ramai, jadi eloklah saya redeem point credit card yang berlambak² tu... Untuk redeem SmartTag, kat One U atau Maybank HQ aje yang ada. Dah berkurun kami tak ke sini...
|
Seronoklah dapat layan ikan² kat One U ni... Mama pun naik geram menegok ikan² yang gemuk & manja ni.. |
|
Boleh beli makanan ikan RM1 dekat mesin di sekitar kolam ikan ni... Bukan main seronoklah diorang kan... |
|
Lepak² kat sini sambil makan roti... Kebetulan roti Tiha terjatuh... Baba campak masuk dlm akuarium ikan air tawar ni... Haaa.. bukan main berebut ikan² dalam tu makan. dahlah besar ikan²nya.. bergelombang sakan... hehehe... Sorry lah fish semua.. itu aje roti yang ada. Takde rezeki koranglah tu... sorry... |
Ila dah buat bunyi²an... eloklah Mama pun beransur tergolek. Esok masih banyak urusan menanti.. huhuhu...
0 comments:
Post a Comment