TAHUN YANG MENCABAR

Sunday, January 3, 2016
2015 telahpun menutup tirainya.  Tahun yang amat mencabar bagi saya.  Banyak betul cabaran dan rintangan yang perlu kami harungi.  Banyak juga kematian yang amat mengejutkan dan menyanyat hati.  sebagai manusia biasa,  saya hanya mampu berserah agar kesemua insan terbabit tabah.  Di antara kematian yang mengejutkan saya pada Disember baru² ni....

* Berita kematian Kakak kepada bekas pekerja saya akibat kanser.  Beliau meninggal akibat kanser kulit dan meninggalkan 2 anak yang masih kecil.  Saya memang bersimpati kerana saya pernah ke rumah ibu bapa bekas pekerja terbabit di Kuala Besut, memang orang yang kurang berkemampuan.  Jadi saya amat kasihan dengan kedua anak yatim ini.  Semoga mereka dilindungi olehNya selalu.

* Kurang 2 minggu yang lalu, kematian Sepupu saya yang sama baya.  Saya ada 3 sepupu yang sama baya.  Seorang perempuan & dua lelaki.  Kedua² lelaki terbabit sudahpun pulang ke rahmatullah.  Paling menyedihkan Allahyarham meninggal dunia secara mengejut di hari kelahiran isteri & di hari saat menanti kelahiran bayi keempat mereka.  Bayangkan saat si Isteri bertarung untuk melahirkan anak, si Suami sedang diuruskan jenazahnya.  Sebaik sahaja keranda Suami diusung ke kuburan, lahirlah seorang bayi lelaki.... Tentu sedih si isteri tak dapat menatap & mengucup Suami buat kali terakhir. 

*  Minggu lepas kematian Bapa Saudara Suami.  Pun secara mengejut.  Rebah di kedainya secara tiba-tiba dan pergi selama²nya.  Bapa Saudara Suami ada 8 anak & yang paling kecil belum pun setahun usianya.  3 orang anak sedang menuntut di IPT.  Ya Allah... Kau kuatkanlah semangat Si isteri yang kini memegang tanggungjawab sebagai Ibu & juga Bapa. Mereka juga menjalankan perniagaan & menguruskan perniagaan bersama-sama.  Jadi sedikit sebanyak saya amat faham bagaimana sukarnya menguruskan perniagaan tanpa 'share partner' di sisi.  Hilanglah tempat bergantung, tempat mengadu, rakan bergurau... Tabahlah Che Su.  Saya yakin Che Su memang seorang wanita yang luarbiasa...

Dalam kesedihan yang melanda... Saya tidak dapat lari dalam menguruskan perniagaan yang baru saja bermula.  Memang amat sukar untuk kami menguruskan perniagaan kali ini.  Hanya kepada yang Kuasa kami berserah.  Hanya Dia yang tahu apakah perancangan di setiap ujian yang melanda.  Paling merunsingkan saya keadaan anak² yang makin membesar dan memerlukan perhatian.  Terpaksa diusung ke sana ke sini & dijadikan pekerja Kina Kitchen akibat terpaksa!  
Ila yang suka merajuk & mengamuk... Mama terpaksa dukung Ila ke sana ke sini sambil melayan customer... 
 
Budak notti yang makin membesar

Pandai nakkkan perhatian aje kejenya...


Seawal 6.00 pagi sudah meneman Mama naik Lrt... Ni tengah merajuk sebab Mama tak bagi menyusu dalam train... 

Kina Kitchen di petang hari... Kalau perasan... Ieqa lah tukang sapu sampah sambil menjaga Ila.  Tiha pula lebih ekstrem... Dialah yang tukang potong bahan, kopek telur, hantar order, prepare pinggan mangkuk, sudu garfu & clear table.   
 Tak sangka saya Tiha amat cekap menguruskan semua tugasan.  Dari awal pagi sampailah closing dia memang tak berhenti cari kerja.  Sekejap ke dapur, sekejap ke dining.  Time lunch dialah paling excited bawak order chit ke dapur & hantar makanan kepada customers.  Dia memang dah tahu tugasan dia, tak perlu disuruh.  Tapi next week dah start sekolah.. Mama dan Baba akanh kehilangan seorang pekerja yang berdedikasi nampaknya ni.. hehehe... Tugas Misha ialah jangan buat kacau or duduk diam aje cukup!  Tapi sekali-sekala adalah diberi tugasan mengelap & menyusun sudu garfu.  Bukan main seronok bila Baba & Mama bayar gaji masa last day dorang kerja baru² ni.  Misha paling over, diusungnya duit tu ke hulu ke hilir.  Nasib baiklah Ila tak reti claim gaji kan.. hehehe..

Semoga Kina Kitchen lebih success pada tahun ini... !!!



2 comments:

{ Kak Vit } at: January 3, 2016 at 11:30 AM said...

all the best and good luck Kina untuk tahun 2016 ini :))

{ Kina } at: January 3, 2016 at 4:16 PM said...

Thanks a lot Lia! All the best to you too!

Post a Comment