JAHIT SELUAR CARA MUDAH

Thursday, March 31, 2016 0 comments
Sebelum saya melalut tentang cara jahit seluar shortcut saya tu... meh tengok kejadian baru² ni...
Bekas saya simpan benang sekarang... Ada 2 bekas untuk benang belum dibuka & 1 bekas benang² yang terpakai.  
 Saya rimas sikit tengok benang tu akan terjatuh kalau kandungan bekas tu berkurangan.  Kononnya dapat idea bernas, beli benda alah bawah ni kat Daiso
CAdangnya nak potong, letak dalam bekas benang & susun benang pada duri² tu... 
Malangnya.. bila diaplikasi... hampehh!!  Memang tak membantu pun benang tu tersusun elok... hahahah... FAIL!  Terpaksa lah saya simpan dulu benda ni.  Manalah tau dapat idea untuk kegunaan lain pulak ye...

Kat bawah ni pula percubaan saya membuat seluar sendiri.  Saya jahit seluar untuk pakai kat rumah aje.  Guna kain knit cotton (RM15/m) beli dengan Sakila Yahaya (FB).  Nice seller... Saya suka berurusan dengan orang yang baik² ni... hehehe.. Sesetengah seller tak berapa friendly and layan pun acuh tak acuh aje.  Saya memang tak order dah kalau dapat seller macam tu... sometimes kita bleh rasa orang tu balas dengan ikhlas or malas... :)

Okaylah... mula² kita ambik seluar yang kita rasa selesa dipakai. Letak atas kain yang dilipat dua.  Sebenanrnya ada kesilapan saya dah buat kali ni... Patutnya bahagian yang lurus (sebelah ada jalur putih) tu sepatutnya di bahagian lipatan sini.  Jadi tak perlulah saya cantum 4 bahagian... Tapi cara ini Ok juga... Cuma step menjahit bertambah sikitlah.  

Gunting.. tambah basi (lebihan untuk dijahit).. Bahagian pinggang juga kena lebihkan 1 inci untuk diletakkan getah.  Cara malas saya, gunting terus aje.  Tapi cara yang betul ialah tekap pada kertas & tekap pula pada kain sebelum digunting.  Jadi janganlah ikut teknik malas mcm ni ye... (kalau mr husband tengok perangai buruk bini dia suka sgt shorcut, mesti tepuk dahi)... 


Bersedia untuk dicantum (bahagian dalam lah ye.. jangan jahit kat luar pulak)...

Ini rupa sebelah seluar... kena cantum kedua² bahagian ni.  Cuma bahagian kangkang agak tricky.. Maksud saya.. jangan jahit melekung, masa menjahit, pastikan bahagian kangkang ditarik lurus (jahitan di situ mesti lurus untuk elak bahagian kangkang 'berkeremot')...
 Adehh.. ni yang saya malas buat tutorial kat orang sebab saya tak reti nak explain tauu... Ayat saya terbelit² sampai saya sendiri pun jadi confused.. hahahah...

Dah siap cantum, tambah getah di bahagian pinggang pula...

Haaa.. ini gambar yang dah siap...

Eehh.. sorry.. Ada kaki kecik tengah mengamuk.. Dah bosan tunggu Mama menjahit.. (nak mintak menyusu la tu.. apa lagi...)

Haa.. ini
 
Dan ini.. CANTIK kann???... Sila jangan muntah... hahahaha...
Secara ringkasnya macam ni :

1.  Pilih seluar yang selesa dipakai, tekap pada kertas (untuk pola) dan tekap pola pada kain pula.
2.  Gunting kain dengan memberi lebihan 1/2 or suku inci untuk dijahit dan lebihkan 1 inci or 1 1/4 inci untuk atas pinggang untuk getah nanti.
3.  Cantumkan bahagian bawah kaki, masukkan kaki seluar yang sebelah lagi ke dalam seluar ni (right side with right side) dan cantum.  Pastikan di kawasan kangkang dijahit lurus ye.  Kalau tidak hasilnya memang tak awesome...
4.  lipat dan jahit bahagian kaki seluar
5.  Lipat dan jahitkan bahagian pinggang, masukkan getah...

Kelebihan kalau kita menjadit kain² jenis jersey, knitt cotton, t-shirt, lycra dan seangkatan dengannya.. kita tak perlu JAHIT TEPI.  Ini kerana kain² spesis ini tidak berbulu ye.  Kalau untuk berniaga tu supaya nampak cantik diorang jahitlah tepi.  Kalau untuk pakai sendiri, don't worry kain takkan terburai... Memang memudahkan kerja.

Oh ye.. bagi beginner macam saya, konsep right side with right side ni memang banyak membantu.  Ini ialah hasil ajaran Suami ku yang lagi terror bab potong & cantum.  Saya selalu confused bila nak mencatum... jadi dia mesti akan cepat² sound ALWAYS right side with right side.  Mula² dulu saya buat derk aje sbb saya tak faham pun apanya tu... hahaha.. Tapi lepas dia dah jarang boleh tolong saya menjahit.  Maka saya cuba fahamkan maksud ayat tu.  Oh... kain luar mestilah bertemu luar bila dijahit!  Jadi takdelah terpusing² kain tu nak cantum yang ni dengan yang mana... Jadi bila tiba² confuse, cepat² belek, kita mestilah mejahit dari bahagian dalam kain & bahagian luar kain pula mestilah bertemu sesama mereka semasa dicantum!  Faham tak?  Rasanya takat ni aje saya boleh explain... lagi banyak saya explain, makin berbelit² jadinya kang.. hahahah...

Oh ye... bila saya tengok hasil seluar ni cantik sangat kejadiannya... lepas tu saya buat pola!  Yupp... supaya saya boleh jadit seluar ni lagi dan lagi.  Pola tu pula saya dah alter bahagian pinggang dan labuhnya.  So lepas ni kalau nak jahit terus guna pola tu... (jadi jangan malas² buat pola ye)...

P/s : Memanglah saya buat pola.. tapi saya terus je gunting kain direct dari pola.. patutnya kena trace dulu.. shortcut lagi..!! Hahahah.. Kina.. Kina... kalau tak shortcut.. bukan dialah namanya... :P
      Masa jahit ni Suami takde kat rumah, tu yang sedap je saya cipta sendiri teknik jahit seluar ni.  Bila dia sampai... dengan bangganya seluar ni dah siap.  Less than 30 minutes tuuu!!!  Haa... rasa Mama lagi terror dari Baba tak... :P...


AKHIRNYA... ACCORDION WALLET

Saturday, March 26, 2016 0 comments
Meh saya show off sikit purse yang dah berusia ni.  Bukan branded pun.. Saya ni lebih suka membeli benda yang dirasakan praktikal berbanding brand... Selagi tak reput, memang saya akan terus guna.  Suami dah berkali² suruh saya tukar... Hahaha.... Sampailah di tahap ini...

Rupa luar.. Ehh.. Ok lagi ni... (hehehehe...)

Eerrr... Lama jugak saya bertahan dengan keadaan ni tau... heheeheh... 
 Nak tau kenapa saya tak nak beli wallet baru?  Haaaaa... mestilah sebab saya nak jahit sendiri.  Saya kan dah kata, kalau boleh semua benda nak jahit sendiri.. Sebenarnya dah lama pun saya jahit wallet baru TAPI... saya amat kecewa dengan hasilnya.  Dahlah ini projek jahit yang paling susah sekali... Masa buat ni pulak, saya tengah struggling dengan Kina Kitchen.  Time tu toksah cakapla tahap stress saya tu level apetah.  Tapi saya nekad  & berjaya jugak 'hampir' siapkannya selepas berjaga malam...
Frust... Combination fabrik tak cantikk... Uwwaaaaa... 

Mostly part ni... (Uuwwaaa lagikkk...)... Saya gunakan kain couldroy.. which is kesilapan besar sebab kain tu jenis tebal & bukan spesis boleh dilipat... Rasa nak guling² frust sebab dah hampir siap baru tau kesilapan² tu... UUwwaaaaa lagikk...

Akibat terlalu kecewa & dah declare yang projek ni adalah gagal!.. Saya biarkan aje Accordion wallet saya ni tersadai tepi mesin tu selama 4 bulan!  Padahal just jahit part ni.. siap!!  Tapi jiwa yang luka memang sukar untuk sembuh... huhuhu... Merajuk jappp...
Tapi lepas wallet lama ku terburai dengan dasyatnya... Saya cekalkan hati... Saya sambung jahit.... 
Tadaaa... Jangan tak percaya.. walaupun ada cacatnya.. Saya kini selesa dengan purse baru .. Terubat sikit luka sebab bila saya siapkan bahagian berpin tu.. Saya boleh tutup zip sepenuhnya.  Kalau sebelum ni zip tu seolah² tak boleh ditutup sebab tersangkut teruk.  Wallet ni jugak agak besar jadi nak slot kad ke, duit ke apa ke memang mudah sangat.  Takat handphone memang selamba je boleh masuk... 

Maka... saya pun buang purse lama yang memang dah lama layak di jadikan tukun tu... the end!

P/s :  Kalau nak cari tutorial nya boleh cari Accordion wallet ye.  Tutorial yang saya guna ni web Indonesia, memang susah sangat nak faham sampai kena translate ke English pulak.. tu pon kami berdua main belasah aje... hahaha... Seb baikla Somi ku terre bab² sambung menyambung ni... Jadi memang diala kena tolong pk macam mana sambung benda alah ni... Bininya ni memang jahit berdasarkan arahan aje... (tapi serious.. susah wooo yang ni, mostly part zip tu.. maklumlah amatur...).. 






KECOH SNAIL AKA SNAKE

2 comments
Kisah beberapa minggu sudah... Di suatu tengahari... Misha masuk ke bilik sambil menangis... Mama tanya "kenapa Misha??" Dalam sedu sedan... "Misha nampak Snail besar... dia lari laju sangat...".  Mama pelik... snail? Lari laju?  Besar??... 

Ieqa pula bila dengar macam tu.. laju je berlari ke ruang tamu sambil tanya.. "Mana?? Mana snail? Nak tengok... ".  Berlarian lah tiga² beradik tu mencari snail di ruang tamu.  Masa ni Mama dah terfikir something else dah.  Mama panggil Misha.. Mama tanya snail tu warna apa, ada kaki tak & jalan laju ke?  Dia cakap hijau & takde kaki serta lari laju.  

Isshh... Mama dah makin confident dia nampak snake, bukan snail... Jadi Mama Google gambar, minta dia tunjuk... Hah!! Saahh.. memang ular.  Tapi sebagai ibu yang gagah perkasa, Mama rilek je.. bleh lepak² lagi kat living.. hehehe... Lagipun Mama fikir, nanti Baba balik barulah cari ular tu.  Kalau cari sekarang, bimbang dia lari sana-sini lagi susah nak cari nanti.  Mesti ular lidi je pon, sebab rumah kami kan tingkat 3, sah² ular² spesis pokok punya kan.  Masa ni dok fikir ular tu besar jari kelingking je gitu... hahahah...

Bila Tiha balik, dia dok main basikal Misha yang kecik tu dengan Ila.  Ila duduk atas tu, dia sorong sambil berlari² sekitar living.  Ila memang suka main dengan basikal & juga cooking toys kat tepi pot diorang park basikal tu. Tak lama tu, Baba pun sampai.  Masa Baba sampai ni tiba² Misha menangis & jerit.. "Ularr.. Ularrr...!!!" Sambil tunding ke basikal Ieqa.  Mama & Baba terus perjati... Ehhh... besarnya... takkan kot... Kami serentak tanya each other... " Kita ada tak mainan ular macam ni??"... Sebab ular tu elok aje membelit dekat rantai basikal & tak bergerak.  Bila Baba dah hampir sentuh ular tu terus Mama jerit " Stop!!.. Sah ular... Semua orang.. pergi masuk bilik!!"  Mama halau anak² yang super excited nak tengok ular.  Diorang ingat ni Zoo ke apa, nak tonton ular.  Masa ni Mama agak panik sebab tak sangka ular tu agak besar!  So saya pesan Baba suruh perhati ular tu jangan ke mana².  Mama nak call Bomba.   
Inilah ular tu... Berlegar² di basikal Ieqa... Ya Allah.. mujurlah tak patuk Ila sebab Ila memang dok main sekitar basikal ni tadi... Thx ye ular sebab tak ganggu anak² Mama... Dont worry.. we all takkan cederakan awak... Kesian awak sesat & ketakutan kan?? Memang berderau darah Saya tadi bila nampak ular tu membelit di basikal ni... Memang dekat situlan Ila dok main² tadi.

Panjang kan?  Mana Misha tak menangis takut... Yang kesian tu.. semua Kakak² gelakkan dia sebab takutkan snail... heheheh.. Siap cakap dia ada²kan cerita lagi snail tu besar & lari laju... (Almaklumlah.. Misha ni memang daya imaginasi lebih sikit dari yang lain & alert dia pun lebih)... Mujurlah Mama boleh bezakan tipu dia dengan realiti
 Tapi sebelum Bomba datang, pekerja maintenance Apartment dah berjaya tangkap ular tu.  Berkali² saya pesan jangan bunuh ular tu .  Tangkap or halau aje.. Bila diorang dah bawa ular tu turun, kami nampak bberapa orang Bomba tengah berlegar² bawa penangkap ular mencari rumah kami.. hehehe...
Pihak Bomba yang pantas bertindak... Walaupun hanyalah kes ular daun... Masa call saya bagitau, ular ni tak bisa sangat kot.. boleh ke mintak tolong Bomba ni?  Ye la .. bimbang pula diorang ada urusan lain yang lebih urgent kan... Jadi kita terus terang lah yang kita ni takdelah emergency sangat.  Tapi laju je diorang cakap, takpe kami datang... 
Oh ye.. kalau nak tau.. Baba tu penakut ular... Errr.. pembetulan.. penakut segala jenis binatang kecuali KUCING.. Kui..kui..kuii... (Alaa.. jangan tak nak mengaku ye Baba... Rahsia Baba semua dalam poket Mama ni... Hahahahaha....)... So sikit pun Mama tak terfikir nak suruh Baba tangkap!  Hahahahah...




AKTIVITI & MAKAN-MAKAN

Saturday, March 19, 2016 0 comments
Ni entry saja² nak share gambar² yang terperuk dalam HP.  Kat bawah ni gambar di kala Mama kebosanan & takde idea nak masak apa.  Biasanya Mama akan tanya nak makan apa.. Jawapan diorang mesti la.. nak makan luar!.. Adehh.. dasar tak bleh lekat kat rumah semuanya ni.  Kalau mood Mama tengah baik, Mama ajak aje makan dekat kedai dekat rumah kami ni.  Kedai Nurjaya ni memang dah lama jadi pot makan.. saya suka dengan portionnya yang besar & harganya yang murah.  Baru² ni aje harganya dah dinaikkan sikit, tapi still reasonable la (kalau dulu teramat murah sbb sepinggan tu layak untuk 2 orang tau).  

Nasi Goreng Paprik

Tiha dengan Ieqa share Nasi & telur Bistik

Bersusah payah nak makan sendiri

Haa.. ni Bubur Ayam yang dishare oleh Ila & Misha.  Sedap betul bubur ayam dia, saya tak pernah berjaya copy.. hehehe..
 Biasanya tiapkali datang, makanan akan dibungkus sebab portionnya tu memang banyak.  Orang kedai memang dah biasa dengan kami sebab time nak ctrl budget tapi nak makan luar, inilah tempatnya.. :P.

Ni time kami try makan di Foodtruck area Melawati.  Ada 2 foodtruck kat sini... Menu hampir sama tapi 1 foodtruck aje yang buka.  Yang lagi satu tengah setup.
Beef Aglio Olio

Minuman ada mineral water & can drink aje...

Ini Foodtruck nya...

ehh.. tak ingat namanya.. rasanya 'something' slider
 Overall... yang slider itu aje rasanya special.. yang lain biasa² aje.  Maybe dah biasa sangat dengan makanan macam ni jadi tak berapa nak impress sangat.  Ada 2 lagi makanan kami order tapi takde gambarnya.

Aksi Ila & chat potato with Lemon Butter Sauce...
Habisss..

Meh Mama tambah lagi...
 Yang ni pula percubaan buat muffin.  Saya tak share resepinya sebab tak berapa sedap untuk tekak saya.

Untuk dua orang ni.... HHmm.. janji makanan tu manis & berunsurkan coklat.. tetap lazat untuk mereka berdua!... 
 Haaa.. Chat potato again... stok untuk Ila..
Chat potato yang dah direbus lembut... Lenyek dan renjis dengan black pepper, garam serta olive oil.  Bakar sekejap sampai garing & harum...

Siram dengan Lemon Butter Sauce (reneh lemon jus dengan sedikit air, masukkan butter sampai kepekatan kita nak dan adjust garam gulanya).. Jangan masak lama tau nanti butter tu jadi minyak pula... Ni resepi dari Picknik.. Kat sana diorang serve dengan Salmon.  Sayangnya Picknik dah pun ditutup... Huhuhuu.... Antara the best restaurant untuk we all... 

Lasagna.... (kalau ada banyak kuah pasa dalam freezer, inilah menu biasa kami).  Anak² memang sukakan lasagna...
 Ni di kala Mama & Baba gi dating dekat EspressoLab... Kami ni penggemar coffee.. dah lama berharap ke sini (dalam area Melawati je pong).... Lastly berjaya juga... hehehe...



 Lepas minum... hhmm... kami memang kurang minat kot.  Mostly bab manis tahap gaban nya tu.. Terkial² nak habiskan coffee kami tu.  Baba ambik Machiato, Saya pula try Ice Coffee dengan Ice Cream tu.  Mulanya coffee saya tu pahit... Sampai takleh minum... Bila aiskrim dah cair... Takleh minum jugak, sebab manisss!!!  Takpelah.. at least dah try.  Takdelah dok tertanya² lagi sedap ke tak.. hehehe...
Chat potato di gaul dengan Rosemary, black pepper, garam dan olive oil 

Dah siap... Tapi Ila tak suka.. Saya sendiri prefer chat potato yang dimasak macam kat atas tu... 

Saba Setiawangsa... All time favourite... Nampak tu.. licin pinggan ku... Datang sini mesti order Nasi arab, Mulawah with Chicken Oqdah, Sandwich Kebab, Hummus...

 Seminggu ni banyak jugak projek jahitan saya.  Moga² makin hari makin banyak projek terlaksana.  Tapi bila rajin menjahit, kurang sikitlah saya bereksperimen dengan menu baru.  Masak makanan biasa² aje... sebab tak sabar mengadap mesin jahit... :)






RAYA CINA YANG LALU

Monday, March 14, 2016 0 comments
Rasa malas aje nak share gambar perjalanan kami ke Utara masa Raya Cina lepas.  Alaa... kejap sangat perjalanannya & takdelah tempat & gambar menarik mana pun.  Nak review makanan pula, kali ni takde tempat yang betul² memikat citarasa kami.  Takpelah... Janji tercapai jugaklah hajat nak 'berjalan' walaupun hanya sekadar dari Ahad petang hingga ke Isnin petang aje... hehhe... And then kami tak menyinggah mana² sangat coz on Sunday tu kami ke Majlis Perkahwinan sepupu di Kg Sintok Bugis (Kampung Tok belah Ayah).  Kampung kami ni tak jauh dari kawasan yang teruk di landa Tsunami suatu ketika dulu.  Lepas makan kenduri terus berkejar ke Ipoh melawat Adik yang baru dapat baby.  

Time on the way ke Kedah tu kami tak menyinggah mana pun (tapi dapat lalu jalan best... hehehehe...).. then singgah makan di Tanjung Malim.  Kami try ke Lampuneon Cafe ni... memang cute aje kedainya... 








 Namun makanannya biasa² aje bagi kami.  Mungkin tak jadi tempat menyinggah dah lepas ni kot... heheheh... Tapi kalau u alls nak mencuba ok aje... still eatable makanannya.  Taklah sampai cekik darah ke apa..

Dari situ kami laju² ke Kulim coz dah jani dengan Adik² nak makan dekat Burger Boy...


Sosej...

Burger Komtar
 Ni kali keempat kot kami makan kat sini. Jadi dah mula rasa familiar dengan rasanya tu... Nak kena cari port makan lainlah pulak lepas ni.. hehhe.. Lagipun kami sekarang tengah melekat dengan Burger Mustapha Jones... Adeehh.. hari² pun teringat².  Nanti lah saya try review apa yang special sangat dengan Burger ni.  Tunggu lepas kami dah makan puas² dulu ye.. takut nanti kena serbu, susah pulak kami nak kena que hari².. hahahaha... :P

Malam tu kami semua berkampung kat rumah Adik di Kulim.  Biasanya kalau turun utara, memang rumah Adik jadi mangsa.  Lagipun bukan selalu boleh bersua muka.  Jauh kan... Lagipun anak² memang kamceng dengan semua Sepupu.  Jadi elok jugak diorang bermain puas².  Esoknya saya breakfast dengan baki Burger Boy yang kami bungkus sebelah malamnya (terlajak order sampai tak habis) dengan baki Pengat Ubi Kayu dari KL tu... heheheh... Adik² semua keluar makan.  Tapi rasa sayang pulak tengok makanan yang masih berbaki.  Lagipun lepas tu nak terjah Majlis Walimatul Urus pun kan...

Lepas Majlis, kami berkejar ke Ipoh untuk menziarah Adik di Hospital Ipoh.  Kesian Adik yang kena caesar buat kali kedua.  Kali pertama sebab Uri Bawah (Placenta Previa), kali ni baby dah stress & berak sebab lama sangat proses bersalinnya tu.  Takpelah.. janji kedua²nya selamat... Syukur Alhamdulillah...

On the way tu, sempat menyinggah di Gunung Lang Ipoh ni... Saya dah pernah ke sini beberapa tahun lepas.  Kali ni saya singgah sebab nak habiskan stok kulit roti & roti² expired yang saya bawak untuk beri makan monyet dekat Gombak haritu.  Kalau bawak budak² ni bagi ikan makan, mesti excited habis kan...
Memang banyak ikan kat sini... besar²... seronok menengoknya.  Kura² pun ada... besar bukan main... 

Bukan main seronok lah diorang dapat menyinggah kat sini.  Ila la paling happy sebab dapat sebut Fish non stop.  Fish antara perkataan yang dia boleh sebut & suka disebutnya... hehehe... 



Nampaknya Gunung Lang ni ajelah satu²nya tempat persinggahan kami untuk percutian kali ni.  Tu pun tak sempat naik bot ke apa coz bimbang tak smepat melawat Adik di Hospital.  Mujurlah budak² ni tak kisah sangat.. asalkan berjalan.. pergi mana pun diorang Ok aje... 

Malamnya kami try ke Tanjung Rambutan mencari Mee Ketam, Udang Sempoiii... Tapi nampak servisnya tersangat slow (mungkin kekurangan staff) & kami berpatah balik makan di restoran lain aje...

Semua dah frust sebab tak boleh makan mee ketam/udang... 

Boleh tahan pricey harga makanannya. Mungkin sebab suasana kedai yang agak besar & cantik, jadi harga pun kenalah sepadan kan...

Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh

Nasi Goreng Ayam Kampung...
 Tapi kami agak kecewa sebabnya makanan memang sangat tidak berbaloi dengan harganya.  Sambal pun tidak kena dengan selera.. Kesian anak² sebab semua takde selera nak makan.  On the way ke highway, kami singgah makan fast food pula.  Just nak kenyangkan anak² yang keletihan & kelaparan...

Macam Adik beradik tak?  Tiha & Izz... 
 Selang 2 hari, Adik datang ke KL.  Bukan main happy la anak²... Bila teringat Adik² sukakan talam ubi.. lantas saya keluarkan Ubi Kayu sagat yang saya bekukan tu... Mujurlah simpan stok... senang kerja.. hehehe...
Talam Ubi Kayu favourite Ayah & Adik²... Sebenarnya senang sangat nak buat talam ubi ni.. tak perlu bersukat bahannya tu.. Dulu saya ada buat entry tentang talam ni.. Tapi frankly tiapkali buat, saya memang main campak & agak² aje.  NI gambar Talam Ubi yang belum dituang kepala santannya tu... Nantila kalau berkesempata saya ajar teknik 'agak²' cara saya ye.  Tapi tak janji bila tauuu... 
 Malamnya saya ajak Adik & keluarga makan steak di Medan Selera Bangsar ni.  Tempat favourite kami kalau nak makan steak pada harga budget (daging lembut dan juicy tanpa perlu ke restoran mewah).  Chicken chop bersama brown sauce nya pun sedap.
Air buah saiz besar RM10


Steak kat sini memang lembut tapi kuahnya agak manis sedikit (cepat muak tapi still Ok untuk tekak Saya sebab dagingnya tu lembut & tidak kering)... 
P/s :  Sekarang ni memang blog saya ketandusan gambar sebab tiapkali keluar kami dua² busy nak melayan karenah 4 orang anak.  Sempat snap mana yang dan aje.... sorry ye..

Entry ni pun agak boring bunyinya sebab saya tak henti² menguap sepanjang menaip... hahahaah...