JAHIT SELUAR CARA MUDAH

Thursday, March 31, 2016
Sebelum saya melalut tentang cara jahit seluar shortcut saya tu... meh tengok kejadian baru² ni...
Bekas saya simpan benang sekarang... Ada 2 bekas untuk benang belum dibuka & 1 bekas benang² yang terpakai.  
 Saya rimas sikit tengok benang tu akan terjatuh kalau kandungan bekas tu berkurangan.  Kononnya dapat idea bernas, beli benda alah bawah ni kat Daiso
CAdangnya nak potong, letak dalam bekas benang & susun benang pada duri² tu... 
Malangnya.. bila diaplikasi... hampehh!!  Memang tak membantu pun benang tu tersusun elok... hahahah... FAIL!  Terpaksa lah saya simpan dulu benda ni.  Manalah tau dapat idea untuk kegunaan lain pulak ye...

Kat bawah ni pula percubaan saya membuat seluar sendiri.  Saya jahit seluar untuk pakai kat rumah aje.  Guna kain knit cotton (RM15/m) beli dengan Sakila Yahaya (FB).  Nice seller... Saya suka berurusan dengan orang yang baik² ni... hehehe.. Sesetengah seller tak berapa friendly and layan pun acuh tak acuh aje.  Saya memang tak order dah kalau dapat seller macam tu... sometimes kita bleh rasa orang tu balas dengan ikhlas or malas... :)

Okaylah... mula² kita ambik seluar yang kita rasa selesa dipakai. Letak atas kain yang dilipat dua.  Sebenanrnya ada kesilapan saya dah buat kali ni... Patutnya bahagian yang lurus (sebelah ada jalur putih) tu sepatutnya di bahagian lipatan sini.  Jadi tak perlulah saya cantum 4 bahagian... Tapi cara ini Ok juga... Cuma step menjahit bertambah sikitlah.  

Gunting.. tambah basi (lebihan untuk dijahit).. Bahagian pinggang juga kena lebihkan 1 inci untuk diletakkan getah.  Cara malas saya, gunting terus aje.  Tapi cara yang betul ialah tekap pada kertas & tekap pula pada kain sebelum digunting.  Jadi janganlah ikut teknik malas mcm ni ye... (kalau mr husband tengok perangai buruk bini dia suka sgt shorcut, mesti tepuk dahi)... 


Bersedia untuk dicantum (bahagian dalam lah ye.. jangan jahit kat luar pulak)...

Ini rupa sebelah seluar... kena cantum kedua² bahagian ni.  Cuma bahagian kangkang agak tricky.. Maksud saya.. jangan jahit melekung, masa menjahit, pastikan bahagian kangkang ditarik lurus (jahitan di situ mesti lurus untuk elak bahagian kangkang 'berkeremot')...
 Adehh.. ni yang saya malas buat tutorial kat orang sebab saya tak reti nak explain tauu... Ayat saya terbelit² sampai saya sendiri pun jadi confused.. hahahah...

Dah siap cantum, tambah getah di bahagian pinggang pula...

Haaa.. ini gambar yang dah siap...

Eehh.. sorry.. Ada kaki kecik tengah mengamuk.. Dah bosan tunggu Mama menjahit.. (nak mintak menyusu la tu.. apa lagi...)

Haa.. ini
 
Dan ini.. CANTIK kann???... Sila jangan muntah... hahahaha...
Secara ringkasnya macam ni :

1.  Pilih seluar yang selesa dipakai, tekap pada kertas (untuk pola) dan tekap pola pada kain pula.
2.  Gunting kain dengan memberi lebihan 1/2 or suku inci untuk dijahit dan lebihkan 1 inci or 1 1/4 inci untuk atas pinggang untuk getah nanti.
3.  Cantumkan bahagian bawah kaki, masukkan kaki seluar yang sebelah lagi ke dalam seluar ni (right side with right side) dan cantum.  Pastikan di kawasan kangkang dijahit lurus ye.  Kalau tidak hasilnya memang tak awesome...
4.  lipat dan jahit bahagian kaki seluar
5.  Lipat dan jahitkan bahagian pinggang, masukkan getah...

Kelebihan kalau kita menjadit kain² jenis jersey, knitt cotton, t-shirt, lycra dan seangkatan dengannya.. kita tak perlu JAHIT TEPI.  Ini kerana kain² spesis ini tidak berbulu ye.  Kalau untuk berniaga tu supaya nampak cantik diorang jahitlah tepi.  Kalau untuk pakai sendiri, don't worry kain takkan terburai... Memang memudahkan kerja.

Oh ye.. bagi beginner macam saya, konsep right side with right side ni memang banyak membantu.  Ini ialah hasil ajaran Suami ku yang lagi terror bab potong & cantum.  Saya selalu confused bila nak mencatum... jadi dia mesti akan cepat² sound ALWAYS right side with right side.  Mula² dulu saya buat derk aje sbb saya tak faham pun apanya tu... hahaha.. Tapi lepas dia dah jarang boleh tolong saya menjahit.  Maka saya cuba fahamkan maksud ayat tu.  Oh... kain luar mestilah bertemu luar bila dijahit!  Jadi takdelah terpusing² kain tu nak cantum yang ni dengan yang mana... Jadi bila tiba² confuse, cepat² belek, kita mestilah mejahit dari bahagian dalam kain & bahagian luar kain pula mestilah bertemu sesama mereka semasa dicantum!  Faham tak?  Rasanya takat ni aje saya boleh explain... lagi banyak saya explain, makin berbelit² jadinya kang.. hahahah...

Oh ye... bila saya tengok hasil seluar ni cantik sangat kejadiannya... lepas tu saya buat pola!  Yupp... supaya saya boleh jadit seluar ni lagi dan lagi.  Pola tu pula saya dah alter bahagian pinggang dan labuhnya.  So lepas ni kalau nak jahit terus guna pola tu... (jadi jangan malas² buat pola ye)...

P/s : Memanglah saya buat pola.. tapi saya terus je gunting kain direct dari pola.. patutnya kena trace dulu.. shortcut lagi..!! Hahahah.. Kina.. Kina... kalau tak shortcut.. bukan dialah namanya... :P
      Masa jahit ni Suami takde kat rumah, tu yang sedap je saya cipta sendiri teknik jahit seluar ni.  Bila dia sampai... dengan bangganya seluar ni dah siap.  Less than 30 minutes tuuu!!!  Haa... rasa Mama lagi terror dari Baba tak... :P...


0 comments:

Post a Comment