DIY AND MAKEOVER RAK KOMPUTER ( I HAVE MY OWN SEWING SPACE.. YEAYYY!!!)

Friday, May 13, 2016 0 comments
Selama ni ruang menjahit saya seciput sangat.  Kat atas tu la meja komputer, kat situ jugak small office, tempat longgok pelbagai barang... memang ku tunggu aje masa nak alih semua benda tu ke tempat lain.  Idea nya ada dah.. tapi masa & budget pula takde.  

Until a few weeks lepas tiba² Baba tanya baki² rak Ikea yang dulu ada lagi kan? (boleh refer sini untuk DIY rak Ikea sebelum ni ).  Saya pun tak sure sebab bab² simpan benda² macam tu tugas Baba.  Lepas dikorek², Baba cakap ada lagi 1 Island!  walaupun ada 3 aje compartment nya.. okaylah tu kan... Dp takde.  Maka... proses potong memotong pun terjadi lah... 

Dah siap, Baba pun try sumbat di penjuru bilik... Tapi Mama rasa macam ada yang tak kena....


 
 Ni yang asal... para atas dengan tengah sama lebar.  Then kami decide utk potong dua para atas tu & letak in between para tadi.  Jadi takde la nampak awkward sangat.  Then ada extra rak untuk letak barang!  Lagipun para asal tu terlalu panjang & berat, memang bergoyang².   
So.. Terpaksa lah Baba potong & pasang semula para tu....
Dah siap!!1

Ruang pc baru!  Jadi bolehlah tengok movie sambil lepak atas sofa.. hehehe... Kalau nak menaip pula, buka aje folded chair yang kat tepi tu.  Saya memang guna folded chair untuk menjahit & meja komputer.  Senang boleh lipat & selit tepi bila tak nak pakai.  Tak menyemak ruang sangat.


Tiapkali Mama & Baba buat makeover.. budak² ni la yang paling excited.  Dok terjerit² "Waauuu.. cantiknya bilik Baba"... pastu mula lah tanya bila nak decorate bilik diorang pulak... (Adehhh... jenuh nak menjawab). Haa... sekarang ni makin galak la diorang main naik turun sofa tu.  Sambil layan komputer sambil joget² & sofa tu jadi slide la, tempat melompat lah... Aduuhaaiii... 
 



Rak ni asalnya dah bergoyang teruk (dah banyak kali dismantle and pasang balik), tapi hubby dah pasangkan 2 bracket di bahagian belakang, pasangkan pula besi X yang memang sedia ada kemudian drill pula ke dinding.  Alang² dah buat, make sure binaan tu betul² kukuh ye.  Takdelah penat aje nanti, belum apa² dah runtuh.  Dari segi safety pun ye juga.  Almaklumlah, ada 4 budak yang masih lagi suka memanjat sana sini dalam rumah ni.
 Bila dah komputer tu beralih... Makanyaaa...
My sewing area!! Satu meja bedar gedabak tu Mama yang punya.  Suka betul Mama dapat space besar macam ni.  Macam² idea ada dalam kepala nak arrange area menjahit ni.  Tapi nanti² lah... Banyak lagi tugasan lain menanti tu oiii...


INNER LOOP DAN AIR TERJUN CHAMANG, BENTONG

Thursday, May 12, 2016 0 comments
Inner loop ni percubaan kedua saya menjahit inner.  Sebelum ni saya dah berjaya jahit inner magic.  Saya testing guna kain jersey dulu sebab kalau jahanam, takde la ralat sangat.  RM2/m je pun... kalau lycra... cebisan kecil pun saya simpan... (oopss!).  Jadi bila dah selesa saya akan buat pula dengan kain lycra dan pelbagaikan warnanya.  

Inner loop guna kain jersey... sekali test... Ehhh... best la pulak.. Terus tak jadi nak buat inner magic... hehhe...
 Laju aje capai kain lycra bila dah berjaya buat dengan kain jersey tadi.  Polanya pun dah menjadi (Baba yang buatkan.. ).  Actually simple sangat, tapi nak memaham kan cara nya tu yang susah.  Polanya pun sekadar cebisan kertas utk tebuk lubang kat leher tu aje...


 Bila dah siap.. terus saya capai semua tudung² yang dah takde awning untuk testing.  Asalnya saya tetas yang mana awningnya ada masalah.  Bila nak ganti awning.. alamak nak kena beli kain pelbagai warna la pulak untuk buat awning!.  Jadi saya dapat idea untuk buat inner & sarung aje tudung² takde awning tu.


 Haa... Satu awning diperaga dengan 3 jenis tudung.  Ada lagi tu.. tapi kang semua orang muak pulak tengok model tak cukup fotogenik ni... heheheh...

Bagi saya sangat ² selesa lah!  Nak buat jugak?? Boleh masuk dekat link ni . Pola dan cara buatnya saya letak semula kat bawah ni (in case link ni tak boleh nak acess dah nanti kan).  Senang saya nak refer semula nanti²...





Dah settle kisah inner, meh saya share sikit pasal Air Terjun Chamang ni.  Air terjun ni memang dekat sangat dengan bandar Bentong.  Boleh nampak signboard ke sini sebaik sahaja keluar dr Bandar Bentong, menghala ke Raub.  Ada lorong kecil sebelah kiri.  Kebetulan kami ke Toyota Bentong untuk servis kereta, 'terlajaklah' ke sini kejap.  Bab² terlajak tuh biasa la kan.. hehehe.. Actually sejak hujung tahun lepas, kami takde lagi bercuti panjang macam dulu².  Tu yang kalau ada peluang, bawa lah anak² menyinggah mana² yang patut.  Cukuplah sekadar melepas gian.  Kesian jugak bila diorang asyik ajak berjalan.  Maklumlah kalau dah semuanya spesis kuat berjalan.  Sabarlah semua anak²... Doalah semoga ada rezeki dan kelapangan...

Ni rupa air terjunnya... Cantikkk.. tapi...


Ieqa & baju ballerinanya.  Asal ajak keluar, baju inilah yang dipakainya.  Naik meluat pon ada.. hehehe.. Dulu baju Tiha ni.. Dia pun sama kemaruk dengan baju ni.  Entah berjaya sampai ke tangan Shumaila ke tak ni... 
 



 Haa... Itu ajela... Memang lawa air terjunnya.  Tapi airnya deras.  Kawasan yang cetek & tidak deras sikit aje.  Jadi tak berapa praktikal untuk mandi manda.  Yang kami nampak ada 1 spot aje, so peluang untuk mandi kat situ memang tipis lah.  Maka.. pangkah lah aje dari list kami... :(

Masa ni hari dah nak gelap.  Cadangnya nak naik ke Raub makan².. tapi masa on the way tu nampak macam banyak aje kereta ke arah sana.  Kami pun patah balik.  Lupalah.. Friday masa ni, mestilah ramai kelantanese nak balik kampung.  So kami menyinggah makan kat tepi jalan tu aje.  Makanan style seafood.  Kedai ni tak jauh dari Lemang Tok Ki.. Kalau dari Raub, kedainya selepas Lemang Tok Ki.  Makananya okaylah.. cukup utk mengenyangkan seisi keluarga.  Berpadanan dengan harga.. Alhamdulillah....

 Kami order sotong celup tepung, kembong goreng pedas, pari bakar, sup ayam & nasi putih.  Semuanya licin... Total RM60+...

Sekarang ni mudah sikit nak order nasi bila keluar sebab Ieqa dan Tiha dah pandai makan ikan bakar, sambal² etc.. kalau dulu², memang terkulat²lah diorang bila bawak ke kedai siam or dijamu nasi.  Pening Mama dibuatnya....

 

CHEESE TART... AMBOI SEDAPNYA!!

Friday, May 6, 2016 0 comments
Saya dah jarang sangat share resepi² baru.  Bila masak pun asyik lupa nak snap gambar.  Alaa... balik² ulang menu yang sama pun.  Tapi last few weeks saya teringat kan Cream Cheese yang saya beli di Bagus.  Bimbang pulak berkulat kalau tak diguna.  

Sebelum tu nak tunaikan jani kat Ieqa. Mama cakap nak letak gambar nikilan dia ni kat blog.  So layanlah gambar lukisan budak prasekolah ni ye.  Hari² pun dia melukis, tapi kalau angin Mama tengah baik, barulah Mama rajin nak ambik gambar... hehehe..
 Kembali pasal kisah cheesetart. .. Bertahun² juga saya memasang angan² nak try buat cheesetart.  Tapi entah kenapa, berat betul nak cuba sebab rasa lecehnya nak buat kulit then nak buat inti pulak... hahaha.. Saya ni memang kurang suka kalau kena masak benda yang banyak step ni.  Tapi bila dah teringin sangat, barulah saya jadi rajin sikit.  

Salah satu sebab saya 'terajin' kali ni ialah... TIHA... Haa.. Saya kan ada Asst cilik kat dapur.  Apa susah.. Saya bancuh doh pastri & biarkan dia uruskan semua.. hehehe... Tiha ni bab kerja dapur memang dia suka.  Tak perlu disuruh... dia akan sibuk datang nak buat.  Saya akan ajar caranya & tinggalkan dia uruskan semuanya.  
Dah siap masak!  Pantas jugak Chef Tiha ni buat keje.  Bila kami try sebiji kulit tart ni.. SEDAPNYAAA!!!  Rasanya nak pulun kulit tart ni sampai habis malam tu juga.  Serious... tak sangka kulit tart ni terlalu sedap.  Dah macam cookies rasanya.  Anak² menjerit2 mintak makan kulit ni.  Tapi Mama tak bagi sebab tak rajin nak bancuh lagi... heheheh... Takde kulit, cane nak buat cheese tart kan??
 Bila dah siap kulit tart, saya bancuh pula adunan cheese nya.  Memang tak sabar sangat nak rasa.  Saya buat cheesetart kosong, tanpa jem kat dalam.  Kami memang tak suka beli cheesetart sebab ada jem kat dalamnya.  Salah satunya sebab tak tahan manis & anak² memang tak sukakan jem kecuali jem dalam tart nanas.
Dah siap.. Hasil seni Tiha juga ni... Tak berapa smooth tapi rasanya tahap boleh terbeliak biji mata Ok.  Memang puashati sangat dengan resepi ni.  First time buat dah rasa terlajak sedap.  
Saya copy paste semula resepi cheesetart kat sini ye.  Pasti saya akan buat lagi ni sebab terasa-rasa kesedapannya tu... Kalau tak fikir lelemak badan yang banyak ni, mau tetiap minggu saya sanggup buat... hehehe...

Boleh ke blog ini untuk details ye :



Resepi : Kak Azita Zain

Bahan tart shell :
170 gm margerin
50 gm gula icing
1 telur C (Seri Kandi guna B)
1 st esen vanilla
290 gm tepung gandum

Cara-cara :
1. Pukul sekejap margerin dan gula icing dengan senduk kayu.
2. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul dengan senduk kayu hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan uli hingga jadi doh.

(Update : Cairan dalam telur yang berbeza mungkin menjadikan sukatan tepung tidak semestinya 290 gm. Masukkan tepung sedikit2 apabila ia hampir hendak menjadi doh. Berhenti letak tepung apabila doh menjadi lembut dan tidak melekat di jari dan mangkuk. Terus meletak tepung mungkin akan menyebabkan doh anda menjadi agak keras.)

4. Tekan doh pada acuan tart, jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal.
5. Cucuk-cucuk sedikit permukaan doh pada acuan dengan garfu.
6. Bakar dengan suhu 170 - 180 darjah selsius selama 25 minit.
7. Bila suam keluarkan dari acuan. (Cuma terbalikkan dan tart shell akan keluar sendiri, jangan cungkil)

Bahan Krim:
250 gm krim keju
50 gm gula kastor
1 telur B
1 st esen vanilla/ esen lemon

Cara-cara :
1. Pukul krim keju dan gula kastor menggunakan hand mixer.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan dalam piping bag.
4. Ambil sedikit adunan krim keju dan letakkan pewarna biru atau ungu.

5. Masukkan filling blueberry dalam piping bag, picitkan secukupnya ke dalam tart shell.
6. Picitkan pula adunan krim keju tadi sehingga memenuhi ruang tart shell.
7. Gunakan lidi yang bersih dan lorekkan adunan krim yang berwarna di atas krim keju bagi membuat coraknya mengikut citarasa anda.
8. Bakar dengan suhu 170 darjah selsius selama 5 - 10 minit. Sentuh sedikit permukaan krim dengan jari jika tidak melekat bermakna telah masak. Jika masih melekat, tambah masa 1 atau 2 minit lagi.

Selamat mencuba!




BIRTHDAY DI BORDERS TEA, SAUJANA UTAMA

Thursday, May 5, 2016 0 comments
Tiap² kali Birthday family members, Secret Recipe lah tempat arah tuju kalau Mama malas nak buat kek.  Kali ni Mama saja nak tukar lokasi makan kek.  Saya ada follow seorang pembuat kek, Kakak Lynn Hassan... lama dah.. dari zaman saya tak pandai langsung buat kek lagi.  Ada juga berangan nak join kelas buat kek dengan dia masa tu.  Tapi sampai sudah, belajar buat sendiri ajelah.. takat mana yang mampu.  So bila Kak Lynn ni ada jual kek di Borders Tea ni.. memanglah saya nak try.  Gagah la angkut sekeluarga ke Sungai Buloh yang jauh nun.  



Gambar Ila & Ieqa (kembar tak sebaya..)... Memang ngam dua orang ni sebab Ieqa pandai melayan Ila.  Boleh baca fikiran masing² la katakan... Saya letak gambar ni sebab ingatkan ni gambar perjalanan ke Borders Tea.. Rupanya bukan sebab Baju Ieqa masa makan kek tak sama pun dengan yang dalam gambar ni... hehehe...

Masa sampai tu sedikit kecewa sebab cuaca memang panas dan kedai penuh!  Langsung takde ruang kosong & bertambah tak selesa dalam kedai hiruk pikuk dengan pelanggan yang terdiri dari budak² sekolah.. Teenagers.  So faham² la kan.. memang environment tu boleh membuatkan kami frust.  Melepak & bising ramai²... Yang makan & minum nya a few aje.. tapi satu kedai jadi havoc dibuatnya.  Since bukan main jauh kami datang, saya pusing juga ke sana sini kalau² ada yang simpati dan bagi lah 1 meja ke kat kami ni.  Tapi jangan mimpilah kan... Mujurlah ada meja kecik kat luar kedai yang tak berkerusi & pekerja kat situ ada sorokkan a few kerusi plastik di belakang kaunter.  Maybe diorang spare utk 'real' customer. Kalau tak, memang kena conquer dengan teenager melepak lerr...

Memang kurang selesa sebab bahang panas, meja kecik & berkerusi plastik.  Nampak anak² pun macam tak berapa happy sebab letih dan baru bangun tido.  Meh kita tengok sikit apa kek yang kami try hari tu...
Saya try Mini Pavlova (RM3).. memang sedap.  Saya order lagi 2 lepas tu.  Then Kek pula saya ambil 3 jenis Apple Crumble, Nuttela Cheesecake dengan Mango Tango.  

Misha pun nak Pavlova juga jadi order untuk dia satu...
Kami juga try minuman dan keropok Lekor di Borders Tea ni...
Ice Tea.. Sedap!!  Anak² biasanya tak suka kalau ice tea style macam ni.  Tapi yang di Borders Tea ni memang sedap...

Saya order Coffee (lupa dah apa pilihan saya masa ni)... Frankly coffee kat sini tak rasa coffee instant macam street coffe lain yang pernah saya try.  Thickness & sweetness nya memang balance.  Biasa street coffe yang saya try terlalu manis atau terlalu cair.  

Kami order juga Lekor cheese ni sebab saya ni bila makan manis, kena ending dengan makanan masin pulak.  Nyata pilihan yang tepat.  Sedap sangat!  Somehow memang match betul keropok lekor bila dihidang macam ni ye.  Saya bayangkan mesti muak gila... 
Kat bawah ni antara kek & dessert yang Kak Lyn buat... Ikutkan nak try semuanya.  Tapi masa ni memang takde mood sebab kepanasan sangat.  Saya teringin juga nak try cheesetart, Choc Eclaire, Brownies, cream puff dll nya tu... 
Rasa rugi pulak tak tapau semua dessert ni hari tu... :P.  Harga kek kat sini RM7.90/ slice rasanya...

Elok aje kami bayar & nak beredar... Budak² 'hipster' tu pun dah beransur keluar... Tapi sedikit sebanyak kami phobia kalau nak datang lagi lepas ni.  Ye lah.. Sg Buloh dengan KL memang jauh.. kalau jadi macam ni lagi memang rasa tak berbaloi nak datang... :(.  Yang paling kesian, kami plan nak clebrate birthday Misha, so memang tak jadilah.  Takat makan kek & balik (dahla masa ni Misha nak Ukk pulak, terpaksa ke Masjid sebab kebetulan takde air pulak).
Ruang dalam Borders Tea..

I'm gonna miss the coffee but nak datang lagi tak sanggup la pulak...

Birthday Girl dengan Birthday present...
Dari segi rasa & price memang Borders Tea Saujana Utama ni very recommended... !!