DIY AND MAKEOVER RAK KOMPUTER ( I HAVE MY OWN SEWING SPACE.. YEAYYY!!!)

Friday, May 13, 2016
Selama ni ruang menjahit saya seciput sangat.  Kat atas tu la meja komputer, kat situ jugak small office, tempat longgok pelbagai barang... memang ku tunggu aje masa nak alih semua benda tu ke tempat lain.  Idea nya ada dah.. tapi masa & budget pula takde.  

Until a few weeks lepas tiba² Baba tanya baki² rak Ikea yang dulu ada lagi kan? (boleh refer sini untuk DIY rak Ikea sebelum ni ).  Saya pun tak sure sebab bab² simpan benda² macam tu tugas Baba.  Lepas dikorek², Baba cakap ada lagi 1 Island!  walaupun ada 3 aje compartment nya.. okaylah tu kan... Dp takde.  Maka... proses potong memotong pun terjadi lah... 

Dah siap, Baba pun try sumbat di penjuru bilik... Tapi Mama rasa macam ada yang tak kena....


 
 Ni yang asal... para atas dengan tengah sama lebar.  Then kami decide utk potong dua para atas tu & letak in between para tadi.  Jadi takde la nampak awkward sangat.  Then ada extra rak untuk letak barang!  Lagipun para asal tu terlalu panjang & berat, memang bergoyang².   
So.. Terpaksa lah Baba potong & pasang semula para tu....
Dah siap!!1

Ruang pc baru!  Jadi bolehlah tengok movie sambil lepak atas sofa.. hehehe... Kalau nak menaip pula, buka aje folded chair yang kat tepi tu.  Saya memang guna folded chair untuk menjahit & meja komputer.  Senang boleh lipat & selit tepi bila tak nak pakai.  Tak menyemak ruang sangat.


Tiapkali Mama & Baba buat makeover.. budak² ni la yang paling excited.  Dok terjerit² "Waauuu.. cantiknya bilik Baba"... pastu mula lah tanya bila nak decorate bilik diorang pulak... (Adehhh... jenuh nak menjawab). Haa... sekarang ni makin galak la diorang main naik turun sofa tu.  Sambil layan komputer sambil joget² & sofa tu jadi slide la, tempat melompat lah... Aduuhaaiii... 
 



Rak ni asalnya dah bergoyang teruk (dah banyak kali dismantle and pasang balik), tapi hubby dah pasangkan 2 bracket di bahagian belakang, pasangkan pula besi X yang memang sedia ada kemudian drill pula ke dinding.  Alang² dah buat, make sure binaan tu betul² kukuh ye.  Takdelah penat aje nanti, belum apa² dah runtuh.  Dari segi safety pun ye juga.  Almaklumlah, ada 4 budak yang masih lagi suka memanjat sana sini dalam rumah ni.
 Bila dah komputer tu beralih... Makanyaaa...
My sewing area!! Satu meja bedar gedabak tu Mama yang punya.  Suka betul Mama dapat space besar macam ni.  Macam² idea ada dalam kepala nak arrange area menjahit ni.  Tapi nanti² lah... Banyak lagi tugasan lain menanti tu oiii...


0 comments:

Post a Comment