Saya dah jarang sangat share resepi² baru. Bila masak pun asyik lupa nak snap gambar. Alaa... balik² ulang menu yang sama pun. Tapi last few weeks saya teringat kan Cream Cheese yang saya beli di Bagus. Bimbang pulak berkulat kalau tak diguna.
Salah satu sebab saya 'terajin' kali ni ialah... TIHA... Haa.. Saya kan ada Asst cilik kat dapur. Apa susah.. Saya bancuh doh pastri & biarkan dia uruskan semua.. hehehe... Tiha ni bab kerja dapur memang dia suka. Tak perlu disuruh... dia akan sibuk datang nak buat. Saya akan ajar caranya & tinggalkan dia uruskan semuanya.
Dah siap.. Hasil seni Tiha juga ni... Tak berapa smooth tapi rasanya tahap boleh terbeliak biji mata Ok. Memang puashati sangat dengan resepi ni. First time buat dah rasa terlajak sedap. |
Boleh ke blog ini untuk details ye :
Resepi : Kak Azita Zain
Bahan tart shell :
170 gm margerin
50 gm gula icing
1 telur C (Seri Kandi guna B)
1 st esen vanilla
290 gm tepung gandum
Cara-cara :
1. Pukul sekejap margerin dan gula icing dengan senduk kayu.
2. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul dengan senduk kayu hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan uli hingga jadi doh.
(Update : Cairan dalam telur yang berbeza mungkin menjadikan sukatan tepung tidak semestinya 290 gm. Masukkan tepung sedikit2 apabila ia hampir hendak menjadi doh. Berhenti letak tepung apabila doh menjadi lembut dan tidak melekat di jari dan mangkuk. Terus meletak tepung mungkin akan menyebabkan doh anda menjadi agak keras.)
4. Tekan doh pada acuan tart, jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal.
5. Cucuk-cucuk sedikit permukaan doh pada acuan dengan garfu.
6. Bakar dengan suhu 170 - 180 darjah selsius selama 25 minit.
7. Bila suam keluarkan dari acuan. (Cuma terbalikkan dan tart shell akan keluar sendiri, jangan cungkil)
Bahan Krim:
250 gm krim keju
50 gm gula kastor
1 telur B
1 st esen vanilla/ esen lemon
Cara-cara :
1. Pukul krim keju dan gula kastor menggunakan hand mixer.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan dalam piping bag.
4. Ambil sedikit adunan krim keju dan letakkan pewarna biru atau ungu.
5. Masukkan filling blueberry dalam piping bag, picitkan secukupnya ke dalam tart shell.
6. Picitkan pula adunan krim keju tadi sehingga memenuhi ruang tart shell.
7. Gunakan lidi yang bersih dan lorekkan adunan krim yang berwarna di atas krim keju bagi membuat coraknya mengikut citarasa anda.
8. Bakar dengan suhu 170 darjah selsius selama 5 - 10 minit. Sentuh sedikit permukaan krim dengan jari jika tidak melekat bermakna telah masak. Jika masih melekat, tambah masa 1 atau 2 minit lagi.
Selamat mencuba!
0 comments:
Post a Comment