ROTI NAIK PAHANG (TOK MAK)

Tuesday, December 3, 2013
Dah lama buat... sampai dah lupa.  Just nak simpan resepinya sbb mungkin nak buat lagi.  Cuma saya mungkin akan kurangkan kandungan gula nya sbb agak manis untuk lidah saya.  Roti ni lembut walaupun tanpa guna bread softener or improver... Gambar yg dah siap xde... Gelojoh sangat, makan sampai lupa snap gambar.. hehehehe..

Resepi ni saya ambik dari blog Kak Azie & saya copy paste balik kat sini ye...

Roti Naik Pahang
Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
3/4 cawan gula
2 sudu kecil ibu roti (bancuh dengan 100 ml air suam)
2 sudu besar majerin
1 sudu kecil shortening
500 gm tepung gandum
200 ml air (masukkan telur dan susu pekat manis dalam bekas, dikacau dan tuang air ke dalamnya sehingga cukup 200 ml)
1 sudu besar susu tepung


Cara cara:
Rendam yis dalam 100ml air suam dengan sedikit gula supaya ianya kembang berbuih. Biarkan sehingga berbuih.

Satukan bahan bahan kering iaitu tepung, gula dan susu tepung.

Masukkan bahan bahan cecair iaitu air bersama susu pekat manis dan telur. Kemudian masukkan yis dan digaul rata.


Akhir sekali, masukkan marjerin dan shortening. Uli sebati sehingga lembut dan elastik. Saya guna kitchen mixer untuk menguli. Biarkan seketika sehingga kembang sekali ganda. Bila telah kembang, tumbuk untuk buang udara di dalamnya.

Lap tangan dengan sedikit minyak dan bulat bulatkan doh dan timbang supaya sama besarnya. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan majerin. Tutup dan biarkan seketika sehingga doh naik 2 kali ganda.


Barulah di bakar pada suhu 180C selama 18 minit.
Nota: Saya bakar pada suhu 160C selama 40 - 45 minit.

Angkat dan lenser permukaannya dengan marjerin supaya ianya berkilat.

Masa buat ni dohnya agak terlembik (mungkin sbb saya guna telur saiz A).  Jadi susah sikit nak membentuk.  Kalau terjadi macam ni, kena bantuan minyak untuk bentukkan doh.  

*  Untuk cara mudah nak buat roti,  boleh gaulkan semua bahan kering & kemudian gaulkan bahan basah, campurkan bahan basah ke dalam bahan kering sedikit demi sedikit & ulilah sampai kenyal.  Untuk roti, uli sekurang²nya 10 minit. 

* Bagi saya tak perlu aktifkan yeast kerana instant yeast tidak perlu diaktifkan macam yeast biasa.  Saya memang omit taktik aktifkan yis dalam mana² resepi as long as saya yakin yis masih dalam keadaan elok (di belakang paket yis pun ada inform tetang ni)... 

P/s :  Saya dah belajar dari banyak pengalaman yg lepas (doh selalu terlembik), saya tak letak sepenuhnya air yg dicadangkan dalam mana² resepi roti.  Mungkin kurgkan 100 ml ke, bila doh nampak keras, baru saya tambah sesudu & gaul & tambah lagi sesudu hinggalah dapat tekstur yg kita nak (senang dibentuk).



0 comments:

Post a Comment