SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Maaf juga sebab lama sudah tak bersiaran. Saya masih belum bersara dalam bidang blogging, cuma kesuntukan masa dan banyak masalah² teknikal lain juga. Maklumlah pc, laptop semua dah lanjut usianya. Bertabahlah sikit. Entri kali ni saya share hasil jahitan Baju Raya kami ajelah ye. Resepi-resepi tertunggak tu diharap bakal muncul kat sini di kemudian hari.. InsyaAllah..
Kali ni kami jahit baju cara 'cheating' sikit. Kami nak jimat masa kann.. Maklumlah sepanjang puasa saya banyak juga memasak untuk jualan bazaar Ramadhan, memasak untuk menu berbuka lagi dan buat kuih raya. Lagipun kain-kain t-shirt/knitt cotton yang saya beli serba sedikit tu dah makin bertambah koleksinya. Alhamdulillah.. memudahkan kerja. Walaupun kebanyakannya remnants tapi pandai-pandailah berkreativiti supaya baju 4 beradik ni matching. Mama dan Baba takde pun baju baru. Baju dulu-dulu pun masih boleh dipakai, membazir pulak nak buat baru.
Mulanya nak jahit 3 pasang, tapi kami dah nak balik semula ke KL raya ke2, so jahit 2 pasang cukuplah. Anak² memang wajib dijahit baju baru. Maklumlah diorang cepat membesar, paling lama boleh pakai pun 2 tahun. Kami pun dah lebih 3 tahun tak membeli baju lagi dah. 100% Mama & Baba jahit aje..
Jahitan pertama... Raglan style... senang ya amat! |
Ini pula design kedua. Kami guna konsep single pleated aje.. senang jugak. Masa jahit baju kedua ni saya belajar dua perkara yang buat saya terasa tersangat happy! Firstly cara buat pleated dengan betul! Kali ni hasil pleated tersangat cantik terletak dan nak jahit pun senang! Harap² one day saya dapat buat tutorial yang mudah untuk semua orang ye.
Yang kedua pula, teknik jahit leher dengan kemas tanpa guna ribbing/lobon! Frankly saya lebih suka cara ni berbanding ribbing. Nampak lebih kemas dan mudah sangat nak jahit!
Di pagi Raya!!
Clan Pak Non.. Tak cukup 1 family aje. Adik kat Kulim beraya di Bagan Datoh tahun ni. |
Kids & cousins.. |
0 comments:
Post a Comment