Tempe & Bilis Pedas

Wednesday, October 5, 2011 0 comments
Tempe anyone??  Ni pun makanan yg sihat & berkhasiat jugak.  Dulu saya tak berapa pandai makan tempe.  Tapi lepas try tempe yg digoreng garing.. eehh.. sedapla!!! So sekali sekala saya ada juga goreng tempe utk diratah (tak pandai plak nak makan dgn nasi).  Tempe goreng best kalau dimakan dengan sambal kicap.

Tempe goreng pula boleh juga dicelup tepung atau digoreng terus dalam minyak (jika suka gaulkan sedikit garam). Kalau nak garing lagi tambah serbuk kunyit..   Tempe celup tepung pula boleh gunakan bancuhan tepung gandum, kunyit & garam.  Bancuhan jgn terlalu pekat & pastikan diletak kunyit supaya tepung gandum tu tak lembik. Ada juga yg guna tepung jagung... tepuk dada, tanya selera.

Tempe kosong digoreng garing bersama bilis.  
Kalau nak buat tempe pedas, saya suka goreng garing² (tanpa garam or kunyit) & kemudian goreng pula bilis.  Sambalnya /kuahnya senang aje.. Tumiskan bwng merah & putih kisar &cili kisar, masak sampai garing/pecah minyak.  Tambahkan garam gula & perasa.  Then gaulkan bilis & tempe tadi.  Kalau nak lagi senang.. gunakan baki kuah sambal tumis.. hehehe

Saya suka ada rasa manis² sikit, kilat² tu sbb gula la.  Yg ni saya gunakan baki sambal telur dalam 4 sudu camtu... senang keje.. hehehe.. 

Resepi ulangan lagi..

Monday, October 3, 2011 0 comments
Saya beli 1 loaf, potong 4 & belah (jgn sampai putus).  
Boleh letak chicken ham, beef strip, beacon..etc & susun cheese di atasnya
Toast sekejap.. jika suka
Tambah sayur (best jika ada tomato, timun jepun or butterhead salad) & sos kegemaran.  Saya suka campurkan pelbagai sos - BBQ, tomato, cili & mustard.  Kali ni saya just guna thousand island & sos cili saja.  Haa.. kalau kat subway, berbelas² ringgit harganya.. 
Tapi di Subway saya suka rotinya - Parmesan Oregano & suami pula suka honey oats. Frankly saya rasa tak berbaloi sebab sandwich ni senang nak dibuat, janji cukup bahan²nya.  Cthnya chicken ham ni baru RM2.40/100gm..



Parmesan Oregano - Subway Melt

Honey Oats - Tuna

O'briens

0 comments
Sandwich di O'briens banyak varieties & ada kelainan coz kebanyakan sandwich ni berasal dari Ireland. Kita dah biasa makan sandwich ala US or UK tu kan... masa mula² nak try sandwich kat sini, jakun juga jadinya.  Namanya pelik², bahan²nya pun tak berapa dikenali & ada 3 pilihan roti... tapi lama² fahamla...

Last year bawak anak² jalan ke KLCC & dinner di  Obriens..

Triple Toostie (white bread), Shambo (beef with horseradish) & dessert.

Roti ni dipanggil shambo.  Favourite saya ni..

Must Try!! Any kind of coffee (cappucino, Mocha, etc..) kat sini memang sedap.
Sebelum resign dulu saya ditugaskan melawat & mengambil data dari Obriens di KLIA.  Masa tu outlet ni baru je dibuka.  Seminggu at least 3 kali saya ke sana, KLIA ekspres tulah transport utama (dari office di KL Sentral).  Since outlet terletak di kawasan satellite, syarat kemasukan memang ketat.  Kena attend taklimat, ambik pass, barang² pon kena scan & perlu naik aero train utk sampai.  Sama macam naik international flight.

Minuman favourite saya kat Obriens ni pastinya fresh orange juice nya.  Memang pure & pulpnya pun ada sekali.  Utk dptkan 1 cup, at least 5 oranges digunakan.  No sugar added, Yummyy!!!

Aero Train ke satellite area


Di suatu ketika dulu...
Lastly saya decide utk resign lepas office dipindahkan ke LCCT Sepang.  Jauhla nak ulang alik dari Melawati ni.  Lagipun saya memang dah lama plan nak resign, just tunggu masa yg sesuai je.  Ye la.. kalau tak resign, sampai bila² pun Kina Cafe takkan menjadi kenyataan.  Alhamdulillah... tak sia² saya menceburi bidang F&B dari tahun 2001...

Kacang Kuda / Chickpea rebus

4 comments
Info : Kacang kuda merupakan bijirin yg membekalkan sumber zink,protein dan folat. Kacang kuda juga memang kaya dengan fiber bagi mengawal pemakanan selain membekalkan karbohidrat bagi pesakit yang bermasalah dengan sensiviti insulin/diabetes.Kacang kuda juga didapati rendah lemak dan sumber terbaik kalsium.  Kandungan kalsium kacang kuda didapati sama banyak dengan yogurt yang hampir menyamai susu. 100gm kacang kuda rebus didapati mengandungi 164 kalori,2.6gm lemak(hanya 0.27gm lemak tepu) 7.6gm serat diet dan 8.9gm protein. 


Menarik kan info ni?  Lepas ni pegi kedai, terus cari kacang kuda ye.. amalkan selalu.  Baru² ni saya teringatkan kacang kuda yg dibeli si suami yg terperap lama di almari.  Terjumpa pula resepi kacang kuda pedas.  Takpelah.. saya rebus semuanya dulu, kalau rajin saya pedaskan kemudian.. hehehe.. (last² tak buat pun).


Kacang kuda yg biasa dijual tu kering & very keras.  So kalau tak nak berjanggut & cepat perabis gas, rendamkan kacang kuda tu semalaman. Lepas tu rebuskan macam biasa.  Letak garam & serbuk kunyit & daun kari jika suka.  Baru² ni saya memandai² tambah cili kering sikit. Saya pernah makan kacang kuda dijual Aci India, kacang kuda dia jual memang harum & amat menyelerakan.  Time tu saya ternampak potongan cili kering & daun kari, tu yg beria nak try.  Tapi lepas buat saya rasa biasa je, kiranya kalau rebus kacang kuda dengan kunyit & garam pon dah ok. Mungkin ada bahan lain yg saya tak nampak kot...
Sedia dimakan.... rebus sampai betul² lembut, baru best!

Wahhh..

Saturday, October 1, 2011 0 comments
Dah masuk 3 hari tak diserang loya² yg teruk.  Hatiku berbunga riang... hehehe.. berkobar² nak start pakai uniform dapur ni.  Semalam berjaya juga masak kari telur ikan, tempe & bilis goreng pedas & ikan goreng utk dimakan dgn nasi putih.  Fuhh!! best rasa dapat makan proper food kat rumah sendiri, walaupun menu simple.  Tapi sedikit kurang enjoy sebab suami beli rempah kari ikan Adabi (blank kejap... bila plak saya pernah beli rempah ikan brand ni?).  Baunya agak mengganggu... tak sama la dgn rempah Baba's (zaman dulu² mana kenal Baba's semua nih, tapi skrg ni dah terbiasa, rasa tak best plak kari rempah lain).

Pagi ni buat American Breakfast lagi - chicken ham, mini sosej, toasted bun, sunny side up, scramble egg & baked beans.  Hhhmm.. tengah kekenyangan ni.  Hubby keluar pegi servis kete, saya dah sms order Laksam Leha Kelfood.. hehehe.. (teringin makan laksam tapi malas buat sbb suami kurg gemar).  Lunch ni tak tau lagi nak masak apa.  Semalam saya banyak shopping brg² utk sandwich aje.. tapi lepas breakfast tadi rasa macam tak best plak nak buat sandwich ala subway tu... aisehh.. Jap lagi hubby balik, kita tanya apa dia nak makan.  At least saya & anak² dah ada laksam!!!