Kacang Kuda / Chickpea rebus

Monday, October 3, 2011
Info : Kacang kuda merupakan bijirin yg membekalkan sumber zink,protein dan folat. Kacang kuda juga memang kaya dengan fiber bagi mengawal pemakanan selain membekalkan karbohidrat bagi pesakit yang bermasalah dengan sensiviti insulin/diabetes.Kacang kuda juga didapati rendah lemak dan sumber terbaik kalsium.  Kandungan kalsium kacang kuda didapati sama banyak dengan yogurt yang hampir menyamai susu. 100gm kacang kuda rebus didapati mengandungi 164 kalori,2.6gm lemak(hanya 0.27gm lemak tepu) 7.6gm serat diet dan 8.9gm protein. 


Menarik kan info ni?  Lepas ni pegi kedai, terus cari kacang kuda ye.. amalkan selalu.  Baru² ni saya teringatkan kacang kuda yg dibeli si suami yg terperap lama di almari.  Terjumpa pula resepi kacang kuda pedas.  Takpelah.. saya rebus semuanya dulu, kalau rajin saya pedaskan kemudian.. hehehe.. (last² tak buat pun).


Kacang kuda yg biasa dijual tu kering & very keras.  So kalau tak nak berjanggut & cepat perabis gas, rendamkan kacang kuda tu semalaman. Lepas tu rebuskan macam biasa.  Letak garam & serbuk kunyit & daun kari jika suka.  Baru² ni saya memandai² tambah cili kering sikit. Saya pernah makan kacang kuda dijual Aci India, kacang kuda dia jual memang harum & amat menyelerakan.  Time tu saya ternampak potongan cili kering & daun kari, tu yg beria nak try.  Tapi lepas buat saya rasa biasa je, kiranya kalau rebus kacang kuda dengan kunyit & garam pon dah ok. Mungkin ada bahan lain yg saya tak nampak kot...
Sedia dimakan.... rebus sampai betul² lembut, baru best!

4 comments:

{ Aisy Nasiha } at: October 3, 2011 at 8:25 AM said...

menarik ni...blh try, nk bagi anak makan..

{ Kina } at: October 3, 2011 at 3:52 PM said...

a'ah.. bagus ni kalau jadikan snack utk anak²...

{ cik jue tomey } at: October 5, 2011 at 8:37 PM said...

cam sedap je..suka kcg ni..tapi jarang leh jumpa owg jual..

{ Kina } at: October 6, 2011 at 9:39 AM said...

kat pasar malam ada... tapi kalau singgit tu, alahaaii.. seciput je... kdg² tak empuk. tu yg rebus sendiri..

Post a Comment