Pizza

Sunday, August 26, 2012 2 comments
Humbankan apa yg adaaaa!!!
Sukanyaaa!! Hari ni percubaan pertama buat pizza sendiri.. biasa kalau buat pizza saya cheating, guna frozen dough or roti pita je.  Tapi hari ni saya nekadkan diri buat pizza sendiri sbb sblm puasa ada 'terbeli' tepung high protein.  Lagipon upah cik abang yg bertungkus lumus tolong saya settlekan laundry room & guest room sejak khamis lepas.

Selepas mencari resepi, saya berkenan dengan 2 cara ni.  So arini saya try cara Mat Gebu DTS yg memang reliable.  Memang meletoplah Encik Mat kita ni kalau bab-bab share resepi.  Saya copy paste semula dari sini 

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional) - tak letak pun
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. 

KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal (macam dalam gambar no1). Ratakan sebahagian sos pizza tadi dan susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
Saya buat pizza sosej & cheese (mozarella, parmesan & cheddar) untuk Tiha & Ieqa.  Sosnya saya sapukan dengan tomato sos aje sbb budak-budak ni suka sgt makan sos tomato plus Mamanya malas nak masak sos pizza.. hehehe.  Untuk Mama & Babanya pula saya habiskan semua stok lama dlm peti - Tuna Mayo, onion, tomato cherry & capsicum (yg dah lebih sebulan dlm peti) plus 3 jenis cheese.  Tomato cherry tu walaupun dah agak kecut & lisut tapi still boleh guna utk memasak tau.  

Ini rupa pizza Mama & Baba (pizza budak-budak ni sedang dibakar).

Habis stok cheese saya!!! Combination 3 jenis cheese.. Yummyy!!!
Dah siap masak, memang semua org sangat enjoy dengan rasa pizza ni.  Tak nak beli doh instant/frozen lagi dah.  Rasanya macam langit dgn bumi.. really..  Istimewanya resepi ni, Mat Gebu gunakan madu dalam adunan dohnya dan memang sedap dimakan begitu saja.  

Oh ye, saya takde tempat bakar pizza, jadi saya tekan-tekan aje doh ikut ketebalan yg saya nak dlm loyang.  Loyang bulat saya semuanya saiz kecik, so bakar dlm loyang square ajelah.. unik apa, senget-benget rupanya.  Barulah homemade kan.. hehehe

Satu lagi, kalau tak nak loyang rosak atau bercalar balar time memotong, keluarkan le pizza tu dulu dr bekas & letak atas chopping board.  Bolehlah potong sesuka hati kat situ.  Saya memang tak gunakan pisau utk potong apa-apa kuih dr loyang.  Biasanya saya gunakan cutter & pisau plastik je.  

Portugese Egg Tart cara Mat Gebu

Friday, August 24, 2012 0 comments
Portugese Egg Tart.. tak sabarnya nak makannnn!!!
Saya pernah dah bgtau saya suka sangat makan egg tart style macam ni.  Saya kurang suka egg tart yg biasa tu sbb Portuguese Egg Tart ni teksurnya lebih lembut & creamy.  Alahai.. patutlah badan ku lambat kurus kali ni...

Dulu saya biasa guna resepi ni tapi kali ni saya nak try resepi dari Encik Mat Gebu pula.  Frankly hasilnya.. Voilaa!! Gebus sungguh!! Menepati citarasa saya.. ngaaaaa... suka sangat.  Saya copy paste resepinya walaupun saya tak ikut sebijik-sebijik macam diajar sbb saya terpaksa ubahsuai sikit ikut stok brg yg ada.  Saya copy paste resepi ni dari sini 




BAHAN-BAHANNYA :-)

Puff pastry jenama 'KAWAN' secukupnya (saya habiskan semuanya -10 keping)

2 kuning telur (saya guna 2 biji telur, malas nak asingkan..hehehe)

200 ml whipping cream*

50 ml air *(*mat ganti dengan susu segar 250 ml)

40 gram gula halus

15 gram cream cheese (atau 1/2 keping keju cheesedale) (saya letak sekeping)
1 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla) (stok vanilla abis, terpaksalah x letak)
1 - 2 titik pewarna kuning (tak letak jugak)

CARA MEMBUATNYA :-)


Satukan whipping cream, air (@ susu segar) dan gula, kacau rata dan masak hingga suam. Sementara itu kacau kuning telur hingga rata. Tuang 1/3 bahagian susu suam tadi dan kacau pantas hingga rata. Tuang lagi hingga habis dan kacau hingga sebati.
Masukkan kembali ke dalam periuk, dan masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga pekat. Matikan api, masukkan cheese dan esen vanilla, kacau rata hingga sebati dan sejukkan.
Puff pastry dicanai sedikit dan alas dalam acuan tat pilihan anda kemaskan. Tuang bancuhan telur hingga hampir penuh dalam setiap acuan. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 - 30 minit atau hingga permukaan tat telur kental. Sejukkan sebelum keluarkan dari acuan dan boleh hidangkan...

Saya tekan puff pastry dalam remekin & tuangkan isinya

Sedang dibakar - tak muat lak dlm turntable tu, terus saya tindan aje atas tart lain.. hehehe.. tak senonoh kan?  
Saya terpaksa tambah masa lebih sikit sbb atasnya macam tak berapa garing (maklumlah, crowded sgt oven tu).  Tapi memang amat berpuas hati dengan hasilnya.  Sebab dapat banyak sangat, ada 3 tak habis.  Saya keluarkan dari remekin & simpan dlm freezer.  Bila-bila emergency boleh jadi breakfast anak-anak.  Nasib korangla budak-budak, maknya kalau bab ngelat mmg terre.. hehehe

Ayam Goreng Ala Tandoori

0 comments
Senang aje membuatnya.. just letak plain yogurt, kunyit, serbuk cili (or cili kisar), serbuk kari, daun kari dan sedap rasa.  Banyak mana nak letak, ikut selera masing-masinglah ye..  
Dah siap gaul, diperap seketika & goreng macam biasa
Kalau u all nak tau, ayam ni teramat sedap tau terutamanya part yogurt tu.. ayam jadi lembut semacam & rasa tak cukup je makan berketul-ketul pun.  Saya suka goreng macam ni & hidang dengan nasi arab or nasi briyani.  Takyah kuah dah, makan camtu aje. Ayam setengah ekor pun tak cukup sbb terlalu asyik meratah ayam je.  Cubalah ye.. :)

Kek Oh Kek

Thursday, August 23, 2012 0 comments
Dah lama gila saya buat kek vanilla ni.. yg pastinya sebelum puasa menjengah lagi..

Berkobar-kobar semangat sbb nampak macam lazat berkrim je rupa bancuhan kek ni..  

Dah siap bakar, mak aii harum semerbak.  Makin tak sabar ni...

Dah sejuk, sapu topping pulak.. (topping ikut resepi yg sama gak, guna susu tepung)..
Tapi saya TAK NAK share resepinya SEBAB kek ni tak sedap gila.!!!. hahahaha..  Sumbernya pula.. BIARLAH RAHSIA.. hahaha.. (dah komplen tak sedap takkan nak bgtau resepi sapa plak kan..hehehe).  Lagipun manalah tau saya yg tak pandai or tersilap ikut resepi tu kan.  Jadi kesimpulannya saya kena berusaha lebih gigih untuk membuat kek.. hehehe..

Viva Home & Istana Negara

0 comments
Malunya dengan blog sendiri.. sepanjang bulan puasa langsung takde entry apa-apa.  Bukannya busy apa sangat pun, asyik marathon mengadap tv aje.  Segala mak nenek movie & tv series (pastinya download dr internet) dilayan sebab suami tak perlu ke kedai awal pagi sepanjang bulan puasa ni. Jadi memang take advantage la bercanda bedua-duaan sampai sahur.  Kalau biasa tu by 11 dia dah cari tilam & bantal.  Tinggallah saya sorang-sorang cari aktiviti di malam hari.  Masa ni lah saya berpeluang nak surfing or update blog pun.

Hari ni first day berniaga, as expected la.. memang takde manusia kat sekitar Bangsar nun.  Last-last suami balik awal, tinggallah si Yuni & Eni aje berdua-duaan jaga kedai.. hehehe.  Lagipun saya nak ke KL Sentral nak reset Internet Banking company.. kena blocked beb.. (padan muka salah masukkan security question sendiri).  Dahla cash/duit sales ada dlm akaun ni, nak makan pon kena hitung dulu duit cukup ke tak... :P.. sblm raya lagi dah kena block tapi sbb bank tutup, terpaksalah menunggu dengan nervousnya.  Nak pinjam duit org, seganlah pulak.  

Dah settle dengan urusan tu, we all 'terlajak' pula ke viva home.  Dah lama ingat nak pegi, hari ni menjadi pilihan sebab jalan lengang gila!!! Sampai kat sana, agak excited jugaklah sbb nampak environment agak ok.  At least ada 2nd option selain dari IKEA kan.. Kat bawah ni adala 2 keping gambar yg saya snap masa kat sini.  Lepas tu tak ter 'snap' dah pon.. sebabnya


 TAKDE APA YG SAYA BERKENAN KAT SINI.  Price range nya pun agak tak menepati citarasa (compare dengan apa yg di offer kat sini).  Baik saya pegi IKEA aje.. babailah Viva Home.. Viva forever lah ye.  Malas nak datang lagi dah, penatkan badan aje jalan kat sini...

Dah frust dengan Viva (we all tour sampai tingkat paling atas), saje la pusing-pusing area Bukit Bintang lak.  Pastu 'terlajak' pula ke Istana Negara. Teringin juga nak jengok apa ada kat atas tu.  Lagipun suami nak tumpang tandas, Misha pula dah melepaskan hajat dlm diapers.. hehehe.  Tapi sekali lagi frust sbb suami ckp tandas kat luar istana tu kotor & langsung tak well maintained.  Sedihnya dengar keadaan sekitar 'Istana Negara' macam tu.

Takpelah, jom kita tinjau-tinjau je lah apa yg ada.. sekali lagi. :(  mmm.. deep inside fust jugalah.  Suami sempat temuramah pekerja kat sini apa lagi boleh buat kat sini selain dari jenguk tengok istana yg nun kat sana- nampak mcm masjid biasa aje (kesian lanskap pon takde apa-apa) plus takde taman or fountain..etc.  Menurut pekerja kat sini upacara yg menarik kat Istana Negara ni ialah ketika sessi pertukaran syif setiap dua jam sekali.  Time ni akan muncullah kuda & istiadat tertentu.  Tapi boleh disaksikan sebelah siang aje from 8.00 to 6.00 mcm tu.  Next time lah saya try datang semula.. (dalam kepala dok fikir, macam mana lah pintu gerbang yg baru siap ni dah nampak kotor, cat dah peel off  & lampu-lampu kat tepi tu pun ada a few tak ditukar mentol).  Segan tengok tourist yg dtg naik bas & teksi terpinga-pinga kat luar pagar terjenguk-jenguk & wondering around because there's nothing to do or to see there (???) :( .