Viva Home & Istana Negara

Thursday, August 23, 2012
Malunya dengan blog sendiri.. sepanjang bulan puasa langsung takde entry apa-apa.  Bukannya busy apa sangat pun, asyik marathon mengadap tv aje.  Segala mak nenek movie & tv series (pastinya download dr internet) dilayan sebab suami tak perlu ke kedai awal pagi sepanjang bulan puasa ni. Jadi memang take advantage la bercanda bedua-duaan sampai sahur.  Kalau biasa tu by 11 dia dah cari tilam & bantal.  Tinggallah saya sorang-sorang cari aktiviti di malam hari.  Masa ni lah saya berpeluang nak surfing or update blog pun.

Hari ni first day berniaga, as expected la.. memang takde manusia kat sekitar Bangsar nun.  Last-last suami balik awal, tinggallah si Yuni & Eni aje berdua-duaan jaga kedai.. hehehe.  Lagipun saya nak ke KL Sentral nak reset Internet Banking company.. kena blocked beb.. (padan muka salah masukkan security question sendiri).  Dahla cash/duit sales ada dlm akaun ni, nak makan pon kena hitung dulu duit cukup ke tak... :P.. sblm raya lagi dah kena block tapi sbb bank tutup, terpaksalah menunggu dengan nervousnya.  Nak pinjam duit org, seganlah pulak.  

Dah settle dengan urusan tu, we all 'terlajak' pula ke viva home.  Dah lama ingat nak pegi, hari ni menjadi pilihan sebab jalan lengang gila!!! Sampai kat sana, agak excited jugaklah sbb nampak environment agak ok.  At least ada 2nd option selain dari IKEA kan.. Kat bawah ni adala 2 keping gambar yg saya snap masa kat sini.  Lepas tu tak ter 'snap' dah pon.. sebabnya


 TAKDE APA YG SAYA BERKENAN KAT SINI.  Price range nya pun agak tak menepati citarasa (compare dengan apa yg di offer kat sini).  Baik saya pegi IKEA aje.. babailah Viva Home.. Viva forever lah ye.  Malas nak datang lagi dah, penatkan badan aje jalan kat sini...

Dah frust dengan Viva (we all tour sampai tingkat paling atas), saje la pusing-pusing area Bukit Bintang lak.  Pastu 'terlajak' pula ke Istana Negara. Teringin juga nak jengok apa ada kat atas tu.  Lagipun suami nak tumpang tandas, Misha pula dah melepaskan hajat dlm diapers.. hehehe.  Tapi sekali lagi frust sbb suami ckp tandas kat luar istana tu kotor & langsung tak well maintained.  Sedihnya dengar keadaan sekitar 'Istana Negara' macam tu.

Takpelah, jom kita tinjau-tinjau je lah apa yg ada.. sekali lagi. :(  mmm.. deep inside fust jugalah.  Suami sempat temuramah pekerja kat sini apa lagi boleh buat kat sini selain dari jenguk tengok istana yg nun kat sana- nampak mcm masjid biasa aje (kesian lanskap pon takde apa-apa) plus takde taman or fountain..etc.  Menurut pekerja kat sini upacara yg menarik kat Istana Negara ni ialah ketika sessi pertukaran syif setiap dua jam sekali.  Time ni akan muncullah kuda & istiadat tertentu.  Tapi boleh disaksikan sebelah siang aje from 8.00 to 6.00 mcm tu.  Next time lah saya try datang semula.. (dalam kepala dok fikir, macam mana lah pintu gerbang yg baru siap ni dah nampak kotor, cat dah peel off  & lampu-lampu kat tepi tu pun ada a few tak ditukar mentol).  Segan tengok tourist yg dtg naik bas & teksi terpinga-pinga kat luar pagar terjenguk-jenguk & wondering around because there's nothing to do or to see there (???) :( .



0 comments:

Post a Comment