Sukatan Yang Perlu Diketahui

Monday, September 10, 2012 0 comments
Saya baru aje terjumpa info baru ni.  Bagus rasanya dikongsi bersama semua.  Saya CP dari FB Resepi Bonda.  Thanks kepada sumber .. 


untuk pengetahuan bersama...

TEPUNG (sukatan dr cawan ke gram)

¼ cup : 30 gm

½ cup : 60 gm

1 cup : 125 gm

6 ¾ cup : 1 kg

GULA @ MENTEGA (sukatan dr cawan ke gram)

¼ cup : 60 gm

½ cup : 125 gm

1 cup : 250 gm

CECAIR (sukatan dr cawan ke gram)

¼ cup : 50 ml

½ cup : 125 ml

¾ cup : 180 ml

1 cup : 250 ml

4 cup : 1 liter

Sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour : 125 g (4oz)

1 cup self raising : 125 g (4oz)

1 cup castor sugar : 250 g (8oz)

1 cup brown sugar : 185 G (4 oz)

1 cup icing sugar : 125 g (4oz)

1 cup coco : 125 g (4oz)

Puri

Thursday, September 6, 2012 0 comments
Puri yg sedang digoreng.. senang aje membuatnya (gunakan tepung , minyak sapi, garam & air aje).  Minyak sapi tu kalau tak nak letak pun takpe.. 

Puri ni kenalah mengelembung, baru gebu & rangup..

Intinya saya ambil idea dari rancangan Masterchef (sorry again.. gambar blurr lagi).  Inti ni dimakan bersama /cicah bukan sumbat dalam tu tau.. kang konpius plak.
Kalau balik ke Jengka, kebanyakkan masa dihabiskan menghadap tv.  Sekali sekala tu layanlah juga Masterchef.  Kalau kat rumah sendiri, mmg tak pernahnya ditonton tv tu, biasanya mmg layan movie dgn cik abang aje.. ahakss..  Kebetulan ada pula diajar masakan India, Puri namanya.  Saya pernah makan sekali dkt rumah mertua (besan mak mertua Mamak, so besannya yg hantar).  Agak sedaplah puri ni.  Rupanya senang sangat nak buat.

Frankly saya tak berapa pandai bagi sukatan tau.  Saya boleh cakap time saya buat ni saya anggar setiap 1 cawan tepung saya letak 1 sudu besar minyak sapi & sedikit garam.  Airnya just tambah sehingga tepung menjadi doh (tambah sikit aje, kang jadi cucur plak).  Bulat-bulatkan dan canai nipis. Kemudian gorengkan aje.  Kuih ni tak sensitif yg penting masa menggoreng tu make sure minyak betul-betul banyak & panas.  Time menggoreng, siram-siramkan minyak di kawasan yg tak menggelembung & terbalikkan once dah menggelembung cantik.

Batch yg mula-mula saya goreng tak menggelembung (ingatkan bancuhan saya salah) rupa-rupanya sebab saya gatal dok terbalikkan doh tu.  Selagi belum kembong, biarkan aje dulu.. sambil siram-siramkan minyak. Lepas tu, cantiklah dia.  Tak caya kalu, try le.. :)

Intinya pula saya buat macam ini (saya perhati Chef India tu demo dekat Masterchef):

2 biji kentang dipotong dadu & direbus dengan sedikit garam sampai empuk

Tumiskan bawang besar, daun kari, serbuk kunyit & serbuk cili sekejap.  Masukkan kentang & kacang peas kemudian perasakan dengan pepper & garam.

Senang ajekan?? Apa lagi.. jom buat puri!!!



Kuih Kasturi

0 comments
Ini aje gambar kuih kasturi yg ada pun.. blurr.. agaknya lens kotor la ni..
Stok kacang hijau banyak sgt kat peti beku.  Saya pun kurang gemar bubur kacang.  Suami & anak-anak apatah lagi.  Jadi saya berkreativiti sikit lah.. buat inti & jadikan kuih kasturi.  Saya tak berapa berani nak bagi sukatan, jadi saya cari resepi-resepi yg memang sama dengan cara saya buat kuih ni & saya C&P semula kat sini.  Lagipun saya ni buat main campak-campak aje, 10 kali buat, 10 rasa pun bleh jadinya.

Aikk.. banyak plak bebelnya.  Resepi ni saya cilok dari AlongRoz Homecreation.  Ni antara blog yg bagi resepi-resepi yg best.  You all bleh la try masuk blog dia untuk resepi-resepi lain.. Kulit kuih kasturi ni sebijik-sebijik rasa macam masa pernah makan time sekolah dedulu (adik saya yg buat).  Thanks sbb akhirnya saya dapat buat kuih kasturi sebijik macam saya nak (kalau beli, so far mengecewakan aje).  Intinya saya campurkan stok inti kelapa beku yg sedia ada di peti dengan kacang hijau yg dah direbus & saya adjust balik garam gulanya aje).  Oh ye, pekatkan dengan tepung supaya inti senang dibentuk..



By: AlongRoz@HomeKreation

BAHAN2 INTI:

1 cwn Kacang Merah yg telah di rebus
½ cwn Gula Pasir
2-4 sb Kelapa Parut (ikut suka nak letak byk mana, sesetengah org tak suka rasa kelapa)
3-5 tbsp Flour (agak2 byk mana cukup2 supaya campuran boleh di bulatkan. Along guna kcg merah yg telah di bekukan, so kena letak lebih tepung sbb lembik)

TEPUNG GORENG:

½ cwn Tepung Beras
1 sb Tepung Kastad
½ st Air Kapur
Air & Garam


CARA2:

1. Campur sebati kesemua bahan2 inti. Bulat2kan kecil.

2. Bancuh bahan2 tepung goreng - biar sedikit pekat supaya melekat apabila di celupkan bebola kacang tu nanti.

3. Panaskan minyak dalam untuk menggoreng.

4. Penyekkan sedikit bebola kacang, celup ke dlm tepung goreng & goreng sehingga keperangan.

Tart Nanas (Silang)

Wednesday, September 5, 2012 0 comments
Kuih ni all time favourite.  Dulu sebelum kahwin memang biskut wajib yg saya buat untuk raya.  Masa tu ada la my best friend akan dapat sebekas biskut ni, siap deliver ke KL tuh (dia suka yg silang aje, walaupun rasanya sama dgn yg gulung ke apa).  Special betul kawan saya ni ye, since kenal until 7 tahun lepas tu saya mesti buat biskut ni untuk dia.  Tak sangka pula dari kawan baik, naik pangkat jadi suami plak.  Kalau dah jodoh.. mana nak jangka.  Tapi lepas 7 tahun kahwin, baru tahun ni saya buat dekat rumah sendiri.. (ooppss).. bertuah punya membe, dah naik pangkat, jadi malas plak dia ye.. hehehe..

Tart kali ni saya try resepi dari Kak Jee.  Sedap sungguh tart ni, sampaikan dua kali saya buat (kali pertama saya gandakan adunan & kali kedua 1 adunan aje).  Itupun awal-awal lagi dah habis dikerjakan (tengah planning nak buat lagi ni).  Bertambah-tambah sedap kalau gunakan pure butter.  Saya guna Anchor aje le.. tu je butter paling murah pun.

Resepinya seperti berikut :

BAHAN2NYA:
(37 BIJI)

300 gms tepung gandum *
4 sudu besar tepung jagung *
3 sudu besar gula ising *
200 gms butter (Kjee guna Anchor - salted)
2 kuning telor

jem nenas (Kjee guna ½ kg jem nenas Bagus)

CARA:

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.

Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

Simpan kira2 dua puluh minit dalam peti ais.

Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter.


Tugas Tiha tolong tempek jem kat atas tart ni.  

Jem nenas ni saya campur butter ikut teknik Kak Jee & Tiha la tukang gentelkan jadi bola-bola kecik


Aduhaii.. meleleh air liur.. 2 pieces yg terakhir, berebut-rebut laki bini  nak makan.. hehe


Chocolate Chips Cookies

Tuesday, September 4, 2012 0 comments
Banyaklah plak adunan nih.. hehehe.. confirm cukup stok!!..

Asst. takde dlm gambar.  Buat cookies sambil pakai spende je.  Mama malu nak ltk  gambar.. 

Alahai.. hasil pembakaran pertama, saiznya pelbagai sungguh.. (dah hilang 2 biji kena kebas)

 Tiapkali raya tak sah kalau takde biskut chocolate chip.  Cuma resepinya saya akan try dari sumber-sumber yg berbeza.  Saja lah nak ubah selera.  Kali ni saya ambil resepinya dari sini . Biskut ni memang terasa sangat kerangupannya.  Agak laris jugaklah masa raya baru-baru ni.  Sayangnya rasa coklat chip nya kurang best (saya beli dekat Bagus sbb saja nak try). Saya suggest kalau sapa-sapa nak try buat, belilah chocolate chip yg ada brand & doublekan choc chipnya supaya terasa keenakkannya.. yummyy!!

Okeh.. ini resepinya

Bahan-bahannya:
180 gm butter.
90 gm gula kastor.
100 gm gula perang.
200 gm tepung naik sendiri.( Cm guna tepung biasa tapi masukkan 1 tbsp baking powder)
160 gm tepung gandum.
2 biji telur.
1/4 teh garam.
100 gm coklat chips.
80gm kacang hazel-potong kecik.
1 tsp soda bicarbonate.
1 tsp esen vanilla.
120 gm badam cincang.



Cara-caranya:
  • Ayak tepung bersama baking powder  (jika guna tepung biasa),soda bicarbonate dan garam.
  • Pukul butter dan gula hingga gebu.Kemudian masukkan esen vanilla dan telur.Pukul lagi hingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi.Kacau rata.Masukkan coklat Chips,kacang badam(panggang sekejap ya) dan kacang hazel.Gaul hingga rata.
  • Panaskan oven 180 darjah celsius.Alaskan dulang dengan baking paper.Cm jemput dengan menggunakan tangan dan aturkan atas dulang,Jarank-jarakkan sikit agar tidak melekat antara satu sama lain bila masak nanti.Adunan yang guna tepung biasa agak keras sedikit jadi boleh jemput jemput guna tangan:)
  •  Bakar hingga masak lebih kurang 20-25 minit.bergantung pada jenis oven yang anda gunakan.
  • Biarkan biskut sejuk sekejap atas dulang baru pindahkan keatas redai kuih.Siap untuk dimakan:)..simpan dalam bekas kedap udara.