Chocolate Chips Cookies

Tuesday, September 4, 2012
Banyaklah plak adunan nih.. hehehe.. confirm cukup stok!!..

Asst. takde dlm gambar.  Buat cookies sambil pakai spende je.  Mama malu nak ltk  gambar.. 

Alahai.. hasil pembakaran pertama, saiznya pelbagai sungguh.. (dah hilang 2 biji kena kebas)

 Tiapkali raya tak sah kalau takde biskut chocolate chip.  Cuma resepinya saya akan try dari sumber-sumber yg berbeza.  Saja lah nak ubah selera.  Kali ni saya ambil resepinya dari sini . Biskut ni memang terasa sangat kerangupannya.  Agak laris jugaklah masa raya baru-baru ni.  Sayangnya rasa coklat chip nya kurang best (saya beli dekat Bagus sbb saja nak try). Saya suggest kalau sapa-sapa nak try buat, belilah chocolate chip yg ada brand & doublekan choc chipnya supaya terasa keenakkannya.. yummyy!!

Okeh.. ini resepinya

Bahan-bahannya:
180 gm butter.
90 gm gula kastor.
100 gm gula perang.
200 gm tepung naik sendiri.( Cm guna tepung biasa tapi masukkan 1 tbsp baking powder)
160 gm tepung gandum.
2 biji telur.
1/4 teh garam.
100 gm coklat chips.
80gm kacang hazel-potong kecik.
1 tsp soda bicarbonate.
1 tsp esen vanilla.
120 gm badam cincang.



Cara-caranya:
  • Ayak tepung bersama baking powder  (jika guna tepung biasa),soda bicarbonate dan garam.
  • Pukul butter dan gula hingga gebu.Kemudian masukkan esen vanilla dan telur.Pukul lagi hingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi.Kacau rata.Masukkan coklat Chips,kacang badam(panggang sekejap ya) dan kacang hazel.Gaul hingga rata.
  • Panaskan oven 180 darjah celsius.Alaskan dulang dengan baking paper.Cm jemput dengan menggunakan tangan dan aturkan atas dulang,Jarank-jarakkan sikit agar tidak melekat antara satu sama lain bila masak nanti.Adunan yang guna tepung biasa agak keras sedikit jadi boleh jemput jemput guna tangan:)
  •  Bakar hingga masak lebih kurang 20-25 minit.bergantung pada jenis oven yang anda gunakan.
  • Biarkan biskut sejuk sekejap atas dulang baru pindahkan keatas redai kuih.Siap untuk dimakan:)..simpan dalam bekas kedap udara.


0 comments:

Post a Comment