Easy pizza...

Sunday, September 18, 2011 1 comments
Tengah menunggu pizza masak.  Semalam saya singgah Bagus, kedai supply barang² bakery.  Cadangnya nak beli Mozarella & cheddar cheese, ternampak pula pizza crust frozen.  Tiba² terasa teringin pula nak makan pizza.  Since saya ada beli kuah Spaghetti Prego, so tak perlu lah saya fikir fasal sauce pizza lagi.  Sapu aje Prego & taburlah semua bahan kesukaan anda.  Pastinya mesti ditaburi dengan cheese yg banyak!!!

Bahan topping tu saya just potong sosej, capsicum & pineapple utk suami.  Saya & anak² just sosej & cheese saja.  Tapi yg saya, saya letak dua² jenis cheese sekali.. kalo ada lagi byk jenis cheese, harus saya letakkan semuanya.  Kalau tak cukup saya cadang nak tambah lagi sebiji cheese pizza aje.  Malas nak letak apa² dah.. hehehe..

Haa... microwave dah berbunyi... tak sabar nak lunch ni!!!

Koleksi Raya - Day 1 (Raya ke-2)

Tuesday, September 13, 2011 0 comments
Asalnya nak bertolak awal pagi.. tapi biasalah.. nak uruskan 2 budak kecik plus nak prepare breakfast lagi.  At last by 11.00 baru keluar dari Jengka.  Dari Bandar Jengka jalan raya agak sibuk, so kami u-turn ke arah uitm & keluar melalui Desa Jaya.  Fuhh.. baru aman sket jalan raya.. 

Seterusnya kami just follow ke arah Kuala Lipis.  Ini first time saya jejak kaki ke sini.  Journey ambil masa sejam lebih juga sbb agak sukar memotong, banyak kereta.  Takpelah.. boleh nikmati pemandangan kampung sekitar Pahang ni pula.  Sampai di Kuala Lipis, perut mula berkeroncong.  Jenuh berpusing, akhirnya jumpa lah 2 gerai yg beroperasi.  So kami pilih gerai nasi ayam.  Makanannya biasa² je.. tapi terkedu bila husband bagtau time nak bayar, keadaan belakang kedai amatlah kotor.  EEeeii.. kembang tengkok ku.. apa nak buat, dah masuk perut pon.  

Kagum juga dengan bandar Lipis yg agak besar (ye la di tgh² hutan rimba yg kami tempuh tadi).  Lepas solat di Masjid Kuala Lipis, kami teruskan perjalanan ke Padang Tungku.. mula² adik yg leading.. then nampak mcm unrealiable je.. hehehe.. we all u-turn & pilih jalan sendiri.  Saya call dia, kita jumpa di Cameron nanti.  So everybody boleh travel ikut jalan pilihan masing² & menyinggah di mana² yg dikehendaki.. hehehe.. (mmg dasar takleh konvoi dgn org ni...)

Dari Padang Tungku, terus ke Felda Sg Koyan.. lama juga ye.. ingatkan dekat aje.  Then cari Pos Betau, masuk ke highway terus ke Cameron Highland.  Jalannya betul² cantik & besar.  Memang pilihan yg bijak sbb  tak banyak kereta sepanjang jalan tadi.  Agak²nya macam mana la keadaan highway LPT & ke utara hari ni ye.. hehehe.. selamatlah kami sekeluarga dari jam & boleh pula bersiar² di Cameron.

Perjalanan menyusur di kaki bukit & hutan rimba.. line telefon pon kejap² ada kejap takde.  Call adik tanya dia dah dkt mana... haaa??? baru nak patah balik ke Sg Koyan... rupanya dia sesat, dah hampir ke Gua Musang.. masak la sepanjang masa di kg nanti kena kutuk sbb sesat sampai Gua Musang.. hahahha.. nasib baik kami tak ikut dia tadi.. 

Since kami sampai 1 hour lagi awal dari adik (total journey time - 5 hours).  Saya ajak husband & anak² singgah di Bharat Tea Farm.  Agak byk kereta, tapi nampaknya mereka mulai beransur bergerak pulang.  Okaylah kot kalau pekena teh & munchy²... saya biasa minum di Boh sbb environment nya lagi menarik.  Kali ni kita try Bharat plak.   

Frust menonggeng tgk teh disaji dlm cawan kaca biasa (ala² kedai mamak).. harganya boleh tahan cekik darah.. at least served la dlm pot yg proper sikit macam kat BOH... really miss suasana BOH Tea Farm.  Saya order scone & sandwich.  Sconenya agak sedap tapi padanlah dgn harganya RM12 utk set ni (2 scones, strawberry jam, cream & butter).  

Dah mula kesejukan.. tadi refused nak pakai baju sejuk....

First time Ieqa sampai ke Cameron





Dah  lama spend masa kat Bharat.  We all gerak ke atas lah.  Nanti kalau adik sampai we all jumpa somewhere else.  Bolehlah pusing² sekitar tanah rata & a few resort kat sana.  Di Tanah Rata we all excited tgk ada Starbucks kat deretan kedai tu.  Waaahh... syok ni kalau dapat pekena coffee di malam hari kat sini.  But not today.. mesti sold out coffee Starbucks tu.  Kami naik pula ke Bala's Challet (Challet favourite).. just nak tengok keadaan Bala's dari last time we all menginap di sini.  Malangnya parking full.. Bala's ni kekurangan utamanya takde port parking.  Maklumla lokasinya betul² di lereng bukit.

Kemudian ke Challet idaman husband.. English Smokehouse, bersebelahan dengan padang golf.  Pusing² sekitar & bergambar.  Sempat juga belek rate bilik.. room yg biasa RM400.. no discount at all.  Public holiday ke.. hari biasa ke... mahalnya!!!





Elok je habis sessi bergambar.. adik call bgtau dia dah sampai di Tanah Rata.  So we all ajak dia berjumpa di area padang golf ni.... boleh ajak dia jalan² sekali.. malangnya.. dia termiss simpang la plak.. haiiyaaa... takpe la.. biar kami yg cari dia di Brinchang.  Bandar Brinchang sesak, rupanya ada pasar malam.  Kami ajak adik patah balik ke tanah rata, we all ingat nak bawak budak² ke Strawberry Park & terus ke Masjid utk solat Maghrib.  Tapi dia dah malas nak patah balik.. so we all biarkan dia & family berjalan² sekitar pasar malam sementara kami berpusing² sekitar Cameron.

Strawberry Park... tak boleh ambil gambar sgt sbb dah gelap..


Habis pusing² Strawberry Park, saya telefon semula adik.  Ingatkan dia dah on the way turun.  Rupanya masih di pasar malam.  Change of Plan, we all turun sama².  Lagipun dia tak mahir jalan di sekitar Ipoh nanti.  Jalan dalam bandar Ipoh tu memang complicated sikit... ini tempat biasa orang akan sesat pon.  So.. takpelah.. kali ni kami leading pula.

On the way turun ke Simpang Pulai, jalan memang clear. Sekali sekala aje berselisih dengan kereta or lori.  Kami ajak adik dinner dulu coz bimbang pula kedai² makan byk yg tak buka hari ni.  Saya ingatkan nak bawa dia makan di Restoran Yahya.. malangnya.. tutup.  So we all singgah Mc Donald aje lah.  Boleh tahan lousy service nya.. tapi pejam mata ajelah.  Mungkin mereka kekurangan staff & tak putus² menerima order.

Dah kenyang! Teruskan perjalanan ke Kuala Kangsar. Lagi seorang adikku sedang menunggu di rumah mertuanya.  Malam ni kami bermalam di Kuala Kangsar. Esok bolehlah explore Kuala Kangsar pula.  Walaupun dah terlalu kerap datang sini, tapi masih banyak tempat kami tak habis jelajah.  Pendek kata Kuala Kangsar memang destinasi menarik utk dikunjungi.

Raya yang dinanti...

Monday, September 12, 2011 0 comments
Satu family tak sabar menunggu raya kali ni.  Memang dah plan sempena cuti panjang ni, we all nak amek kesempatan berjalan sepuas hati. Kami bergerak dari KL pada Jumaat pada jam 1 pagi ke Jengka... Jalan agak sesak tapi takde la sampai jam.  Sampai area Genting Sempah we all decided nak singgah jap (teringin nak makan chestnut).  We all ada gerai favourite kat Genting Sempah ni.. Gerai No. 1.  Pekerjanya pakai baju kuning.  Almost tiapkali balik Jengka kami amek kesempatan beli chestnut kat sini.


Kiki yg dirindui... Tak sabar nak jumpa Kiki yg dikutip dari Kina Cafe di Bangsar & dihantar ke kampung.

Tapi frust sangat coz semua gerai² dah tutup.  Punya la lama teringin nak makan.  Nampaknya kena tunggu next trip ke Jengka la.  Since sebelum sampai ke Genting Sempah, nampak kereta makin banyak, we all decided utk lalu ikut Janda Baik aje.  Fuhh!!! Syoknya.. Sepanjang jalan dari Genting Sempah ke Bentong, we all ada potong sebiji kereta je.  Tu pon kereta peronda polis.. hehehe... memang lengang habis.  Maklumlah dah pukul 2.00 pagi, jalan sunyi macam ni org pon tak nak lalu.  Sampai di simpang Bentong nak masuk balik ke highway.. Mak Aaaiiii!!! Bznya jalan di luar sana.  Deretan kereta nak masuk ke Bandar Bentong punya lah banyak (kebanyakannya menuju ke Gua Musang), jammed sampai ke highway.  Syukur we all ikut jalan dalam tadi.  Kalau tak mesti terbabit sama.

So.. dengan senang hatinya we all masuk ke LPT dan bergerak ke Jengka.  Singgah kejap kat hentian Lanchang utk ke Tandas & membeli mknn ringan.  Dekat 4.00a.m. baru sampai ke Bandar Jengka.  Then singgah pula kat warung kat Bandar Jengka, depan Tasik Madura (ni port malam jengka).  Saya suka layan nasi lemak & roti telur kat sini.   Bungkus apa yg patut, balik rumah mak & bersahur.

Sepanjang Jumaat hingga Isnin kami berpuasa di Jengka.  Setiap hari berdebar² menunggu pengumuman raya kerana perjalanan kami bermula pada hari raya ke 2.  My sis dah confirm nak konvoi sekali.  Saya ok aje, cuma bimbang sapa² yg follow mesti naik letih tgk we all tak berhenti menyinggah sana sini nanti.  Route yg we all ambil pon biasanya jalan yg jauh dan tak dilalui org ramai.  Utk org yg tak biasa memang memenatkan.  Tapi jika suka travel & nak menikmati kawasan baru, bolehla try.  Seronokkk sangattt!!

Isnin petang my hubby diberi tugasan mengambil lemang yg ditempah di Jengka 16.  We all tempah awal² lagi.  Actually tokey lemang ni lah selalu menjadi asst kami kalau berniaga di Jengka.  Mostly time berniaga di pasar malam & ekspo² di Jengka.  Sekrg ni saya just supply barang & dia menyambung tugasan berniaga di pasar malam Jengka.  Since Ramadhan kali ni we all tak ambil tapak di ekspo, asst kami yg rajin ni buat projek lemang.
Inilah tokey lemangnya..

Dua budak yg tak sabar nak menikmati lemang
Akhirnya.. Esok Raya!!!.. Yeayy.. Yeaayyy...
Oooppss.. Mama & Baba takde baju raya.. excited sgt beli baju anak² sampai tak sempat beli baju sendiri.. 
Esok pagi akan bermulalah perjalanan kami ....

DAY 1 :  JENGKA - KUALA LIPIS -> (Medan Selera, Masjid Kuala Lipis)- SG KOYAN- POS BETAU- CAMERON HIGHLANDS -> (Bharat Tea Farm, English Smokehouse, Pasar Malam Cameron , Strawberry Park) - SIMPANG PULAI -IPOH -> (Mcdonald) - SG SIPUT - KUALA KANGSAR.

DAY 2 :  KUALA KANGSAR -> (Syamile Farm, Lata Perahu, Restoran Tasik Raban, Tasik Raban, Masjid Ubudiah) - TAIPING - PARIT BUNTAR - BANDAR BARU - SELAMA - KULIM -> (Kg Sg Limau) - BERTAM - KEPALA BATAS - TIKAM BATU - PANTAI MERDEKA -> (Kg Permatang Tengah) - PERMATANG PAUH -> (char kue teow & burger) - KULIM

DAY 3 : KULIM -> Tesco, Masjid Sg Limau - BERTAM - KEPALA BATAS - TIKAM BATU - PANTAI MERDEKA - SG PETANI - ALOR STAR -> Penjara Alor Star - Shahab Perdana - (Motel Jabatrah & Iman Char Kue Teow)

DAY 4 :  ALOR STAR ->(Penjara Alor Star, Muzium Padi / Gunung Kerian > Syam Mee Rebus) - ALOR STAR - HIGHWAY UTARA SELATAN - SG PETANI UTARA - KUALA KETIL - BALING -> (R&R) - GERIK - KUALA KANGSAR -> (Restoran Benteng) - SG SIPUT - IPOH - TAPAH - BIDOR - SLIM RIVER - TJG MALIM - BATANG KALI - RAWANG - KL

Nanti kalau berkesempatan saya akan upload sedikit gambar² perjalanan ni.  Siapa yg nak ke utara boleh try jalan² terbabit utk rasa pengalaman baru.  Jalan² ni agak jauh berbanding highway (bukan main road ni tau, saya cari alternatif since main road terlalu sesak)..  tapi.. lagi jauh.. lagi kami suka!!!

Dapur ku Tak Berasap

0 comments
Susah sikit nak update blog ku nan satu ni sekarang... dapur di rumah tu jarang sgt berasap.  Kalau masak pun, makanan yg sesimple mungkin.. telur dadar & nasi putih berkuahkan kicap antaranya.  Itupon bukan main siksa nak masak.. Harap² penyakit sensitif dgn bau & loya² ni beransur hilang lah.  Tak larat lah nak makan luar jee...

Last week berkampung di rumah mak mertua plak. Raya baru ni pon saya balik ke Jengka & sambung plak ke Kedah.  Memang tak beraya lagi rumah mertua. Kebetulan washing machine rosak, so alasan yg cukup baik untuk menumpang di rumah mertua sambil mengangkut berbakul² baju.. hehehe.. nasib baik la ada dryer, so takde la rumah mertua meriah dgn baju bergantungan.  Mau 5 round juga lah dryer tu bekerja keras.  Thanks banyak² Mak.. mesin saya dah ok, so Mak takyah bimbang la saya dtg bawak baju lagi ye.. hehehe... Asalnya nak tumpang tido semalaman aje... last² terlajak sampai 3 malam (padahal rumah dekat² je..).  Tak pe la cover balik raya baru² ni..

Hari ni pula berjaya juga saya masak whole leg dalam peti tu (saya reserved masa bulan puasa utk buat ayam percik).. malangnya sampai habis puasa, ayam masih di peti beku.  Ayam tu saya perapkan aje dgn garlic, thyme, lemon, salt & pepper & bakar sekali dgn carrot & onion & potato.  Gravy pula saya gunakan chicken dripping tu & tambah tepung gandum je & masak atas api.. alhamdulillah.. berjaya juga saya siapkan dinner hari ni. 

Tapi lepas makan everybody still macam lapar je.. (3 ketul giant whole leg, 4 biji kentang & sebtg carrot tak cukup utk semua org?). Kasihan pula tengok Ieqa & Tiha dok kunyah tulang ayam. Sejam lepas tu saya offer sugar cracker cicah air milo pula... bukan main sakan semua org makan.. legaa mama...  

Esok masih menjadi teka-teki.. adakah dapur saya akan berasap atau tidak??? 


Chocolate Chip, Oatmeal, and Pecan Cookies

Tuesday, August 23, 2011 2 comments
Sumber : Marthastewart.com

Kat kampung baru² ni adik request resepi Chocolate Chip Cookies.  Saya pun belek² resepi Martha Stewart yg saya simpan.  Saya suruh dia try satu resepi ni.. nampak macam sedap. Since kesuntukan masa, malam baru start membakar.  Tapi yg bestnya, boleh la merasa cookies tu.. Sedapp!!! Memang tak rugi la try.  Itupun bahan² main grab apa yg ada je.. if ikut betul² mesti lagi sedap.  Cthnya oats tu we all ganti dgn nestum (byk sgt stok nestum), pecan plak diganti dgn almond... okla.. saya share recipe ni kat sini. Saya copypaste je dari sini

Ingredients
  • 1 cup all-purpose flour (spooned and leveled)
  • 1 1/4 cups rolled oats (not quick-cooking)
  • 1/2 teaspoon coarse salt
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/4 teaspoon baking soda
  • 3/4 cup (1 1/2 sticks) unsalted butter, room temperature
  • 1 cup light-brown sugar
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
  • 1 large egg
  • 1 cup chopped toasted pecans
  • 1 cup semisweet chocolate chips

Directions

  1. Preheat oven to 350 degrees, with racks in upper and lower thirds. In a medium bowl, whisk together flour, oats, salt, baking powder, and baking soda. In a large bowl, using an electric mixer, beat butter and brown sugar on high until light and fluffy, about 4 minutes, scraping down bowl as needed. Add vanilla and egg and beat to combine. With mixer on low, gradually add flour mixture and beat just until combined. Fold in pecans and chocolate chips.
  2. Drop dough by tablespoonfuls, 2 inches apart, onto parchment-lined baking sheets. Bake cookies until puffed and golden around edges, about 15 minutes, rotating sheets halfway through. Transfer cookies to wire racks to cool.