Easy pizza...

Sunday, September 18, 2011
Tengah menunggu pizza masak.  Semalam saya singgah Bagus, kedai supply barang² bakery.  Cadangnya nak beli Mozarella & cheddar cheese, ternampak pula pizza crust frozen.  Tiba² terasa teringin pula nak makan pizza.  Since saya ada beli kuah Spaghetti Prego, so tak perlu lah saya fikir fasal sauce pizza lagi.  Sapu aje Prego & taburlah semua bahan kesukaan anda.  Pastinya mesti ditaburi dengan cheese yg banyak!!!

Bahan topping tu saya just potong sosej, capsicum & pineapple utk suami.  Saya & anak² just sosej & cheese saja.  Tapi yg saya, saya letak dua² jenis cheese sekali.. kalo ada lagi byk jenis cheese, harus saya letakkan semuanya.  Kalau tak cukup saya cadang nak tambah lagi sebiji cheese pizza aje.  Malas nak letak apa² dah.. hehehe..

Haa... microwave dah berbunyi... tak sabar nak lunch ni!!!

1 comments:

{ haffizmohdnoor } at: September 19, 2011 at 8:52 PM said...

wah.. macam sedap je pizza... JOm tgk resepi kt blog Apis plak :D

Post a Comment