Kacang Kuda / Chickpea rebus

Monday, October 3, 2011 4 comments
Info : Kacang kuda merupakan bijirin yg membekalkan sumber zink,protein dan folat. Kacang kuda juga memang kaya dengan fiber bagi mengawal pemakanan selain membekalkan karbohidrat bagi pesakit yang bermasalah dengan sensiviti insulin/diabetes.Kacang kuda juga didapati rendah lemak dan sumber terbaik kalsium.  Kandungan kalsium kacang kuda didapati sama banyak dengan yogurt yang hampir menyamai susu. 100gm kacang kuda rebus didapati mengandungi 164 kalori,2.6gm lemak(hanya 0.27gm lemak tepu) 7.6gm serat diet dan 8.9gm protein. 


Menarik kan info ni?  Lepas ni pegi kedai, terus cari kacang kuda ye.. amalkan selalu.  Baru² ni saya teringatkan kacang kuda yg dibeli si suami yg terperap lama di almari.  Terjumpa pula resepi kacang kuda pedas.  Takpelah.. saya rebus semuanya dulu, kalau rajin saya pedaskan kemudian.. hehehe.. (last² tak buat pun).


Kacang kuda yg biasa dijual tu kering & very keras.  So kalau tak nak berjanggut & cepat perabis gas, rendamkan kacang kuda tu semalaman. Lepas tu rebuskan macam biasa.  Letak garam & serbuk kunyit & daun kari jika suka.  Baru² ni saya memandai² tambah cili kering sikit. Saya pernah makan kacang kuda dijual Aci India, kacang kuda dia jual memang harum & amat menyelerakan.  Time tu saya ternampak potongan cili kering & daun kari, tu yg beria nak try.  Tapi lepas buat saya rasa biasa je, kiranya kalau rebus kacang kuda dengan kunyit & garam pon dah ok. Mungkin ada bahan lain yg saya tak nampak kot...
Sedia dimakan.... rebus sampai betul² lembut, baru best!

Wahhh..

Saturday, October 1, 2011 0 comments
Dah masuk 3 hari tak diserang loya² yg teruk.  Hatiku berbunga riang... hehehe.. berkobar² nak start pakai uniform dapur ni.  Semalam berjaya juga masak kari telur ikan, tempe & bilis goreng pedas & ikan goreng utk dimakan dgn nasi putih.  Fuhh!! best rasa dapat makan proper food kat rumah sendiri, walaupun menu simple.  Tapi sedikit kurang enjoy sebab suami beli rempah kari ikan Adabi (blank kejap... bila plak saya pernah beli rempah ikan brand ni?).  Baunya agak mengganggu... tak sama la dgn rempah Baba's (zaman dulu² mana kenal Baba's semua nih, tapi skrg ni dah terbiasa, rasa tak best plak kari rempah lain).

Pagi ni buat American Breakfast lagi - chicken ham, mini sosej, toasted bun, sunny side up, scramble egg & baked beans.  Hhhmm.. tengah kekenyangan ni.  Hubby keluar pegi servis kete, saya dah sms order Laksam Leha Kelfood.. hehehe.. (teringin makan laksam tapi malas buat sbb suami kurg gemar).  Lunch ni tak tau lagi nak masak apa.  Semalam saya banyak shopping brg² utk sandwich aje.. tapi lepas breakfast tadi rasa macam tak best plak nak buat sandwich ala subway tu... aisehh.. Jap lagi hubby balik, kita tanya apa dia nak makan.  At least saya & anak² dah ada laksam!!!

Weekend Lepas...

Wednesday, September 28, 2011 0 comments
Haii.. semakin lama saya menyepikan diri dari dunia blogging ni ye.  Al-maklumlah.. bz sangat kan... hehehe (ye la sangat).  Saya pun kebosanan juga nak update blog since takde resepi baru yg saya try.  Kebetulan father in law asyik ajak keluar makan, kadang² saya flat sebab mabuk² & kalau masak pun memang sebasic² makanan je.  Resepi ulangan yg senang² gitu..

Weekend baru² ni saya ke Johor sebenarnya.  Sepupu saya kahwin & saya juga dah lama tak menziarah Tok Wan di Johor (saya ada 4 kampung coz both grandparents divorced masa my parent kecik lagi).  Nenek Tiri saya di Johor ni memang friendly, jadi saya tak bermasalah sangat nak sesuaikan diri walaupun jarang² balik ke Johor.

Tak banyak gambar yg dirakam semasa di sana (lepas travel, mulalah menyesal).  Perjalanan pergi ke Johor kami memilih utk ke sana melalui Karak (kg saya berdekatan Segamat).  Seperti biasa, highway bukanlah option kami.. hehehe..

Dari pekan Karak kami terus cari simpang ke Kuala Pilah , di sebelah kanan jalan.  Jalan agak berlubang², tak rata & berselekoh.  Sampai satu ketika saya terpaksa berhenti seketika sbb dah nak termuntah.  Nasib baik anak² tak mabuk.  Memang jauh ke pedalaman nun, bimbang juga tersesat.  Tapi selagi ada signboard, apa nak bimbang kan...

Last² jumpa arah ke Bahau, seterusnya Gemas.  Dari Gemas kami mencari Batu Anam (shortcut ke Jementah).  Saya paling bimbang jika miss simpang ni.  Means kami mesti pergi ke Segamat dulu & berpatah balik.  Namun, terkejut saya, simpang ke Jementah tu dah dibesarkan & ada signboard.  Kalau dulu kena anggar melalui parit di tepi jalan & lorong yg amat kecil.

Hampir jam 10 kami sampai di Felda Seri Jaya.  Hampir 4 jam jugalah perjalanan kami.  Tok Wan tengah tidur, last sekali saya jumpa Tok Wan masih sihat walaupun mulai ada masalah pendengaran.  Sedih tengok keadaan Tok Wan, deep inside saya terfikir, beginikah keadaan saya bila tua nanti?  Ada ke org yg sudi jaga saya seperti Tok Leha menjaga Tok Wan?.. Biarlah masa yg menentukan..

Pagi esoknya kami bergerak ke Felda Bukit Kepong utk menghadiri majlis kenduri.  Mak² & bapa saudara serta sepupu-sepapat berkumpul di rumah sepupu di situ. By 2.00 kami menuju ke rumah pengantin.  Lepas makan & sebagainya, kami berpatah balik ke rumah Tok wan.  Kami sekeluarga tumpang mandi utk segarkan badan sebelum ke Melaka.

Dari Seri Jaya, kami ke Tangkak & sepanjang jalan kami hanya memerhatikan signboard ke Melaka or Bandar Hilir.  Di Tangkak banyak gerai² menjual kupang segar & buah dukung (yg berkulit tebal).  Saya beli 2 kg, sekilo RM5 aje.  Bolehlah buat menguyah di dalam kereta.

Jam 7.00 sampai di Bandar Hilir.  Seperti biasa bandar penuh sesak dgn kereta.  Beberapa kali pusing, still tak jumpa tempat makan idaman.  Last² kami decide utk keluar dr Bandar Hilir sebab jalan makin jam.  Kami sampai di pusat bandar.  Pusing ke kanan, jumpa food court, singgah makan.  Lama jugalah tunggu makanan, last² sampai juga.  Makanan ala kadar aje, tapi asam pedas di sini amat mengecewakan.  Jauh bezanya dgn Asam Pedas Hajah Mona di Bandar Hilir.

Dah dinner, kami terus ke tepi Sg Melaka.. saya lupa plak apa nama kawasan ni.  Nampak macam meriah ala² fun-fair.  Mesti suka budak² dua orang ni...


Ferris Wheel (eyes of Malacca la ni kot) - RM5 adult, RM3 for kid.


Sepanjang jalan² di sini, kami tengok banyak bot² penumpang yg melintasi. Penjaga tiket guide kami ke Jeti Hang Tuah. Dari bandar Melaka, terus aje & belok ke kanan sebelum bangunan Maybank.  Dari situ terus aje sampai nampak jeti di sebelah kanan.  Tiketnya ok, RM10 dewasa & RM5 utk kanak².  Journey kira² 9km... berbaloikan???
Sekitar Jeti Hang Tuah




Excited sungguh!!!



Puas hati dapat naik bot.  Disajikan pula dengan pemandangan bandar Melaka yg indah.  Banyak² juga bar² yg dibuka di sepanjang tebing sungai.. alangkah bagusnya kalau digantikan dengan coffe house.  Boleh kami tumpang sekaki.. hehehe..
Oklah.. dah penat. Jom bertolak ke KL.  Sebelum tu, jom singgah di Pantai Klebang dulu.
Utk keselamatan, Laieqa dicabut bajunya... maklumlah tgh mengadap buah dukung tadi..
We all bentang tikar & just lepak² di tepi pantai Klebang sambil menghabiskan stok chestnut (di beli di Genting Sempah ) & Dukung dari Tangkak.  Ada family yg bermain layang², so budak² ni boleh enjoy sekali.  Memang syok lepak di tepi pantai di malam hari (sebab tak panas) plus angin sepoi² bahasa.  Rasa macam nak tido je kat sini... hehehe..

Oklah.. journey dah tamat.  Kami menuju ke Negeri 9 berpandukan signboard yg ada.  Jalan dari Melaka ke Seremban memang cantik.  Pastinya takde kenderaan lain di waktu² lewat begini.  2.30 pagi tiba di Seremban.  Singgah di A&W Seremban utk minum coffee & makan² sikit.  Tapi.. staf cakap takde makanan, tengah cleaning katanya.  Pulakk.. tulis 24hours (nasib baik saya dah retire dari A&W, kalau tak mmg dah kena report kat HQ).

Last² terjumpa MC Donald besar yg baru di buka.  Fuuhh.. akhirnya, berjaya juga mendapatkan secangkir kopi.  Nak bungkus kat mamak or gerai Melayu tak best sebab kena guna straw.  Kalau ada Starbucks buka time ni, mau saya ajak suami pergi.. hehehe..

Dari Seremban kami ke Labu.  Suami nak lalu sekolah lamanya.  Dari sini terus tembus ke Beranang, Semenyih & Kajang & seterusnya ke Taman Melawati.. Pukul 4.30 pagi baru sampai... jom tido!!!!!!!

Koleksi Raya - Day 4 (Raya ke-5)

Thursday, September 22, 2011 1 comments
Hari keempat kami habiskan dengan menghadiri & mengikuti acara kenduri sepupu.  Seronok dapat jumpa saudara mara & sepupu yg jauh.  Bukan selalu ada peluang macam ni.  Lepas solat zohor kami berkira² utk bertolak.  Saya & fams bercadang utk ikut jalan Gerik utk elak jam.  Hari ni sabtu, kami anggar orang sudah mula bergerak pulang ke destinasi masing².  Semua orang ragu² sama ada nak ikut hughway atau ikut jalan kami.  Tapi saya dah warning awal², jangan mengadu tak larat kalau ikut kami nanti.. hehehe.. Not & family dah surrender awal², tak mau follow kami dah.

Kiman ajak kami ke Muzium padi.. last² keluarga saya & Abang Mi sekeluarga (Abg Sulong) sahaja yg ikut.  Sepanjang perjalanan deretan kereta menghala ke highway amatlah banyak.  Semakin bimbang saya memikirkan journey kami nanti.  Sebelum sampai ke Muzium Padi, kami melalui kawasan Gunung Kerian.  Saya ternampak tangga yg amat tinggi (seolah² menara) & disambung terus ke dalam gua.  Wahh!! Pasti saya akan datang semula utk teroka Gunung Kerian.  Kali ni tak bolehlah.. usia kandungan baru beberapa minggu, berisiko jika saya panjat tangga & teroka gua yg tinggi macam tu..

Sampai di Muzium Padi.. jam sudah 4.15 ptg.  Rupa²nya muzium ditutup pada pukul 5.00.  Tapi Kiman laju je beli tiket, so kami pun masuk jugaklah...


Muka seorang bakal ibu menanggung loya... 

 Apa yg bestnya dengan Muzium Padi ni?  Haa.. jawapannya pada lukisan yg dipamer di tingkat paling atas muzium ni.  Masuk aje muzium tu, terus panjat tangga ke atas, akan ada satu pelantar bulat yg amat besar beserta tempat duduk.  Pelantar ini akan bergerak perlahan & akan membuat pusingan penuh utk kita nikmati lukisan tu.  Memang cantik, kita rasa seolah² kita berdiri di atas tempat yg amat tinggi & melihat seluruh Alor Setar dari situ.
Pelantar ini sedang berputar perlahan utk pengunjung nikmati lukisan di belakang tu..




Hahhh!!!
Keluar dari Muzium Padi, saya ajak suami singgah sekejap di sebuah kedai makan.  Asyik singgah makan aje la kami ni kalau travel. 
Inilah yg menarik perhatian saya.. Mee Rebus.  Dah lama saya teringin nak makan tau.. Nampak aje  restoran jual mee rebus, terus ajak singgah.  Tiha order Mee Goreng (xde pula gambarnya, rasanya ada snap)... rasanya OKlah.. cukup utk lepaskan gian.. heheh.. 
  Dari Alor Setar ke Gerik, jalan terbaik ialah naik highway semula.  Saya yakin jalan lama dari Alor Setar ke Sg Petani akan sesak.  Sepanjang highway, kami kebosanan (maklumlah kami tak suka jalan yg terkurung macam ni).  R&R toksah cakaplah.. parking full, siap kereta terpaksa que utk masuk.  Saya memang dah sediakan stok mknn & minuman siap² in case sukar utk kami berhenti nanti.

Sebaik sahaja tiba di Sg Petani Utara kami keluar & tuju ke arah Hospital Sg Petani.  Kami teruskan perjalanan sehinggalah terjumpa signboard Baling.  Makin lama kereta makin berkurangan, tapi bagi kami, still lebih banyak dr yg dijangkakan.  Namun sebaik melepasi Kuala Ketil, jalan raya terus menjadi lengang.  Sunyi sepi dengan suasana hutan tebal & gelap.  Kami membuat pilihan yg tepat.  Perjalanan langsung tidak diganggu kenderaan lain.

Sampai di R&R (tak pasti namanya) kami singgah solat & tukar pakaian anak².  R&R di sini jauh bezanya dari R&R highway biasa.  Tiada stesen minyak, tiada tempat makan, parkingnya pun becak & bertanah merah serta airnya pun disedut direct dari sungai di belakang sana.  Macam mana saya tau..?? Haaa.. air malam tu warnanya kuning keorenan, berselut & amat sejuk.  Kami terjumpa dengan Abg Mi di sini (Abg Mi follow kami selepas tengok highway sesak).

Frankly perjalanan teramatlah jauh berbanding ikut jalan biasa (highway atau jalan lama).  Kami tiba di Kuala Kangsar jam 12.00 malam.  Kira² 4 jam perjalanan dari Sg Petani ke sini.  Jika ikut jalan lama or highway, 2 jam pun dah sampai.  Tapi kami tetap happy sebab tak perlu bersesak dgn org ramai.  Kami dinner kejap di Kuala Kangsar, Abang Mi pula terus naik highway ke KL.

Di Kuala Kangsar kami singgah makan di Restoran Benteng (tepi sungai).  Inilah pengalaman paling buruk bagi kami. Servis, air & makanan amat mengecewakan.  Kami tidak akan sekali² singgah makan di sini lagi.  Nasi goreng kampung rasa pelik, nasi goreng paprik pun sama.  Supnya.. lagilah... tulang tu kalau baling anjing, mau kojol terus.  Serik sungguh...

Lepas makan kami terus ke Sg Siput, Ipoh & Tapah.  Sepanjang jalan suami teringin nak naik ke Cameron, tapi Abang Mi dah bgtau nak tumpang bermalam.  Kempunanlah dia.. hehehe.. (tak reti penat ke??).  Kami sampai di KL sekitar 5.00 pagi. Abg Mi dah tiba & sedang menunggu.  Dia agak terkejut kerana kami tiba awal (kami singgah di KK lebih dari sejam kerana mencari tempat makan & servis yg slow).  Plus dia pula naik highway... Kami maklumkan... hanya ada 1 kereta yg bermain kejar² dengan kami sepanjang jalan tadi.  So.. perjalanan memang tersangatlah lancar.

Journey kami berakhir di sini.  Deep inside masih tak puas.  Deep inside juga, teringin nak travel ke luar dari Malaysia pula.  Sudah jenuh satu Malaysia kami jelajah.  Someday...

Koleksi Raya - Day 3 (Raya ke-4)

Wednesday, September 21, 2011 0 comments
Hari ketiga everybody agak keletihan.  Cadangnya nak pergi awal ke rumah arwah Tok di Pantai Merdeka, tapi semua ambil kesempatan nak beristirehat sikit.  Jam 10 saya ajak Not & family shopping hadiah kahwin.  Kami ke Tesco Kulim aje.  Lepas shopping lebih kurang, kami tunggu Kiman di tepi jalan untuk sama² konvoi ke kampung.  Punyalah jenuh menunggu.. alih² dah hampir Zohor.  Jadi semua org bergerak ke Masjid Sg Limau utk solat Jumaat.  Ibu² & kanak² semua menunggu di kereta.  Kebetulan Kiah & suami pun dah sampai dari Kuala Kangsar.

Sampai di kampung kenduri arwah dah pun habis.  Ralat juga kami tiba lewat.  Selepas makan tengahari & berjumpa saudara mara, kami bergerak ke Pantai Merdeka.  Pantai yg menyimpan begitu banyak memori zaman kanak².  Inilah kawasan permainan kami, curi² menaiki sampan (enjin sangkut) ke sini hinggakan hampir karam kerana kehabisan minyak & laut bergelora akibat ribut.  Kadang² dapat naik bas free (konduktor bas tu dah jadi geng kami).  Walaupun tambang dari rumah Tok 50sen aje, tapi zaman tu nak dapat 20sen pun susah.  Nakal sungguh kami masa tu...



Kenangan... setiap musim menuai, sawah & telaga² akan dikeringkan... segala jenis ikan akan muncul.. heaven utk mereka yg sukakan ikan bendang

Abang Mi sedang nayalakan sabut utk sessi membakar ikan.  Suami saya hingga kini masih terkenang keenakan ikan Haruan Bakar kampung.  Menurut ayah, ikan bendang di kawasan Kuala Muda memang terkenal kerana rasanya tidak berselut seperti kawasan lain.
Suasana di Pantai Merdeka amat meriah dengan orang ramai.  Maklumlah tak banyak pantai di kawasan Kedah ni.. Pantai Merdeka antara tumpuan utama.  Saya sempat membeli keropok lekor & rojak.  Kat sini rojak buah & laksa antara makanan yg patut dicuba.

Kiah & suami menaiki bot utk ke Tanjung Dawai.  Jika dulu tambangnya sekitar RM1 sahaja.  Tapi saya tidaklah begitu berminat nak ke sana sebab hanya ada jeti & tempat menjual ikan² kering & hasil laut.  Lagipun malas nak membasahkan baju (sometimes kena randuk air utk ke bot).

Saya & Not teruskan perjalanan ke Alor Setar utk hadiri majis perkahwinan sepupu kami di Penjara Alor Setar.  Highway agak sesak.  Tapi kami memang tidak bercadang utk ikut jalan lama ke sana kerana jalan lama ke Alor Setar sentiasa sibuk.  Jadi di musim perayaan ni mungkin trafik lebih teruk.  Lagipun kami ingin segera sampai utk Majlis akad Nikah.

Sampai di Penjara Alor Setar, terkesima sekejap tengok berek pekerjanya... klasik sungguh.  Rupa²nya penjara ni masih mengekalkan binaan asal tahun 1880an.. seram ni kalau kena tinggal sorang².. hehehe.. Yang kelakarnya.. majlis akan nikah telah pon disempurnakan selepas solat Jumaat tadi.  Laa.. semua org tertipu.. suka² je buat assumption akad nikah sebelah malam.

Mungkin sebab dehidrate & letih, suami diserang migrain.  Bimbang juga tengok keadaannya yg amat teruk.  Jadi saya cadangkan kami bermalam di hotel kerana rumah rehat disediakan penuh dengan saudara mara & kanak².  Lagipun saya bimbang juga dengan nyamuk aedes & takde port tido.  Selepas puas mencari, suami booking Jabatrah motel.  Semua hotel & homestay dah fully Booked. Motel ni tawarkan 2 bilik & 1 ruang tamu pada kadar RM150.  Jadi saya share dgn not & kion serta 2 org anak saudara tido di living room.

Motel ni letaknya betul² depan Stesen Bas Shahab Perdana.  Kami semua frust bila masuk ke bilik yg disediakan... bau karpet yg berkepam (lembab), lantai tak bersapu, cadar usang & ada yg koyak.  Bilik airnya pon... alahaii... tahlah.. serba tak kena.  Nak buat macam mana, dah bayar pun.  Masuk ajelah..

Not & family dah terus masuk bilik & tido.  Saya & lain²nya nak keluar jalan² cari makan... jam dah menunjukkan 12.30pagi.. kami nampak 2 kedai yg menjadi tumpuan & meriah.  Iaitu Tat Nasi Ayam & Iman Char Kue Teow.  Setelah ditimbang², kami pilih Iman Char Kue Teow.

Char Kue Teow dah habis! Yg ada cuma Kue teow telur & biasa sahaja... 

Hantu kue teow!!

Hanya dua tukang masak... yg berkopiah tu ownernya.. saya rasa hampir 100 table yg disediakan & full house pula tu...

Kiri-kanan, depan-belakang.. tak putus² dengan meja & penuh



Iman Kue Teow.  Bagi saya biasa² aje.. tapi still saya akan dtg lagi utk cuba coz char kue teow dah sold out.. maybe itulah specialty Iman Char Kue Teow ni..

Malam kami berakhir di sini sahaja.  Nak balik motel tido & nak cepat² keluar dari situ... uuuwwaa.. tak sanggup!!!