Sampai di kampung kenduri arwah dah pun habis. Ralat juga kami tiba lewat. Selepas makan tengahari & berjumpa saudara mara, kami bergerak ke Pantai Merdeka. Pantai yg menyimpan begitu banyak memori zaman kanak². Inilah kawasan permainan kami, curi² menaiki sampan (enjin sangkut) ke sini hinggakan hampir karam kerana kehabisan minyak & laut bergelora akibat ribut. Kadang² dapat naik bas free (konduktor bas tu dah jadi geng kami). Walaupun tambang dari rumah Tok 50sen aje, tapi zaman tu nak dapat 20sen pun susah. Nakal sungguh kami masa tu...
Kenangan... setiap musim menuai, sawah & telaga² akan dikeringkan... segala jenis ikan akan muncul.. heaven utk mereka yg sukakan ikan bendang |
Kiah & suami menaiki bot utk ke Tanjung Dawai. Jika dulu tambangnya sekitar RM1 sahaja. Tapi saya tidaklah begitu berminat nak ke sana sebab hanya ada jeti & tempat menjual ikan² kering & hasil laut. Lagipun malas nak membasahkan baju (sometimes kena randuk air utk ke bot).
Saya & Not teruskan perjalanan ke Alor Setar utk hadiri majis perkahwinan sepupu kami di Penjara Alor Setar. Highway agak sesak. Tapi kami memang tidak bercadang utk ikut jalan lama ke sana kerana jalan lama ke Alor Setar sentiasa sibuk. Jadi di musim perayaan ni mungkin trafik lebih teruk. Lagipun kami ingin segera sampai utk Majlis akad Nikah.
Sampai di Penjara Alor Setar, terkesima sekejap tengok berek pekerjanya... klasik sungguh. Rupa²nya penjara ni masih mengekalkan binaan asal tahun 1880an.. seram ni kalau kena tinggal sorang².. hehehe.. Yang kelakarnya.. majlis akan nikah telah pon disempurnakan selepas solat Jumaat tadi. Laa.. semua org tertipu.. suka² je buat assumption akad nikah sebelah malam.
Mungkin sebab dehidrate & letih, suami diserang migrain. Bimbang juga tengok keadaannya yg amat teruk. Jadi saya cadangkan kami bermalam di hotel kerana rumah rehat disediakan penuh dengan saudara mara & kanak². Lagipun saya bimbang juga dengan nyamuk aedes & takde port tido. Selepas puas mencari, suami booking Jabatrah motel. Semua hotel & homestay dah fully Booked. Motel ni tawarkan 2 bilik & 1 ruang tamu pada kadar RM150. Jadi saya share dgn not & kion serta 2 org anak saudara tido di living room.
Motel ni letaknya betul² depan Stesen Bas Shahab Perdana. Kami semua frust bila masuk ke bilik yg disediakan... bau karpet yg berkepam (lembab), lantai tak bersapu, cadar usang & ada yg koyak. Bilik airnya pon... alahaii... tahlah.. serba tak kena. Nak buat macam mana, dah bayar pun. Masuk ajelah..
Not & family dah terus masuk bilik & tido. Saya & lain²nya nak keluar jalan² cari makan... jam dah menunjukkan 12.30pagi.. kami nampak 2 kedai yg menjadi tumpuan & meriah. Iaitu Tat Nasi Ayam & Iman Char Kue Teow. Setelah ditimbang², kami pilih Iman Char Kue Teow.
Char Kue Teow dah habis! Yg ada cuma Kue teow telur & biasa sahaja... |
Hantu kue teow!! |
Hanya dua tukang masak... yg berkopiah tu ownernya.. saya rasa hampir 100 table yg disediakan & full house pula tu... |
Kiri-kanan, depan-belakang.. tak putus² dengan meja & penuh |
0 comments:
Post a Comment