Weekend baru² ni saya ke Johor sebenarnya. Sepupu saya kahwin & saya juga dah lama tak menziarah Tok Wan di Johor (saya ada 4 kampung coz both grandparents divorced masa my parent kecik lagi). Nenek Tiri saya di Johor ni memang friendly, jadi saya tak bermasalah sangat nak sesuaikan diri walaupun jarang² balik ke Johor.
Tak banyak gambar yg dirakam semasa di sana (lepas travel, mulalah menyesal). Perjalanan pergi ke Johor kami memilih utk ke sana melalui Karak (kg saya berdekatan Segamat). Seperti biasa, highway bukanlah option kami.. hehehe..
Dari pekan Karak kami terus cari simpang ke Kuala Pilah , di sebelah kanan jalan. Jalan agak berlubang², tak rata & berselekoh. Sampai satu ketika saya terpaksa berhenti seketika sbb dah nak termuntah. Nasib baik anak² tak mabuk. Memang jauh ke pedalaman nun, bimbang juga tersesat. Tapi selagi ada signboard, apa nak bimbang kan...
Last² jumpa arah ke Bahau, seterusnya Gemas. Dari Gemas kami mencari Batu Anam (shortcut ke Jementah). Saya paling bimbang jika miss simpang ni. Means kami mesti pergi ke Segamat dulu & berpatah balik. Namun, terkejut saya, simpang ke Jementah tu dah dibesarkan & ada signboard. Kalau dulu kena anggar melalui parit di tepi jalan & lorong yg amat kecil.
Hampir jam 10 kami sampai di Felda Seri Jaya. Hampir 4 jam jugalah perjalanan kami. Tok Wan tengah tidur, last sekali saya jumpa Tok Wan masih sihat walaupun mulai ada masalah pendengaran. Sedih tengok keadaan Tok Wan, deep inside saya terfikir, beginikah keadaan saya bila tua nanti? Ada ke org yg sudi jaga saya seperti Tok Leha menjaga Tok Wan?.. Biarlah masa yg menentukan..
Pagi esoknya kami bergerak ke Felda Bukit Kepong utk menghadiri majlis kenduri. Mak² & bapa saudara serta sepupu-sepapat berkumpul di rumah sepupu di situ. By 2.00 kami menuju ke rumah pengantin. Lepas makan & sebagainya, kami berpatah balik ke rumah Tok wan. Kami sekeluarga tumpang mandi utk segarkan badan sebelum ke Melaka.
Dari Seri Jaya, kami ke Tangkak & sepanjang jalan kami hanya memerhatikan signboard ke Melaka or Bandar Hilir. Di Tangkak banyak gerai² menjual kupang segar & buah dukung (yg berkulit tebal). Saya beli 2 kg, sekilo RM5 aje. Bolehlah buat menguyah di dalam kereta.
Jam 7.00 sampai di Bandar Hilir. Seperti biasa bandar penuh sesak dgn kereta. Beberapa kali pusing, still tak jumpa tempat makan idaman. Last² kami decide utk keluar dr Bandar Hilir sebab jalan makin jam. Kami sampai di pusat bandar. Pusing ke kanan, jumpa food court, singgah makan. Lama jugalah tunggu makanan, last² sampai juga. Makanan ala kadar aje, tapi asam pedas di sini amat mengecewakan. Jauh bezanya dgn Asam Pedas Hajah Mona di Bandar Hilir.
Dah dinner, kami terus ke tepi Sg Melaka.. saya lupa plak apa nama kawasan ni. Nampak macam meriah ala² fun-fair. Mesti suka budak² dua orang ni...
Ferris Wheel (eyes of Malacca la ni kot) - RM5 adult, RM3 for kid. |
Sekitar Jeti Hang Tuah |
Excited sungguh!!! |
Oklah.. dah penat. Jom bertolak ke KL. Sebelum tu, jom singgah di Pantai Klebang dulu.
Utk keselamatan, Laieqa dicabut bajunya... maklumlah tgh mengadap buah dukung tadi.. |
Oklah.. journey dah tamat. Kami menuju ke Negeri 9 berpandukan signboard yg ada. Jalan dari Melaka ke Seremban memang cantik. Pastinya takde kenderaan lain di waktu² lewat begini. 2.30 pagi tiba di Seremban. Singgah di A&W Seremban utk minum coffee & makan² sikit. Tapi.. staf cakap takde makanan, tengah cleaning katanya. Pulakk.. tulis 24hours (nasib baik saya dah retire dari A&W, kalau tak mmg dah kena report kat HQ).
Last² terjumpa MC Donald besar yg baru di buka. Fuuhh.. akhirnya, berjaya juga mendapatkan secangkir kopi. Nak bungkus kat mamak or gerai Melayu tak best sebab kena guna straw. Kalau ada Starbucks buka time ni, mau saya ajak suami pergi.. hehehe..
Dari Seremban kami ke Labu. Suami nak lalu sekolah lamanya. Dari sini terus tembus ke Beranang, Semenyih & Kajang & seterusnya ke Taman Melawati.. Pukul 4.30 pagi baru sampai... jom tido!!!!!!!
0 comments:
Post a Comment