LAGI² PIZZA

Wednesday, January 14, 2015 0 comments
Ini antara aktiviti cuti sekolah yang lepas.. buat pizza.  Asalnya nak buat masa sepupu² budak² ni datang, tapi masa tu mmg tak sempat nak plan, jadi banyak bahan takde.  So.. jadi aktiviti anak² ajelah.  Diorang memang suka makan pizza ni... Memang boleh layan pizza dari breakfast sampai dinner.. Pendek kata, banyak ni pun masih tak cukup!  Resepinya boleh refer kat sini ye..

Pizza ni saya gunakan wholewheat.  Kalau takde wholewheat, boleh aje gantikan dengan tepung roti/high protein tu.  So far saya memang suka dengan resepi ni, mudah sangat.. tak perlu beruli sakan...Semua pizza ni bersaiz 13" (Large).
Sebelum² ni kalau buat pizza, saya selalu tabur cheese last sekali tapi bila pizza masak, tak nampaklah bahannya.  Kali ni saya letak cheese di bawah... Baru nampak macam pizza beli... Kat atas ni pizza Salami dengan piza seafoods anak².  Bahan² semua disediakan oleh anak² dari proses memilih bahan, memotong & menaburnya... Pizza seafoods tu ada crabsticks, udang, cendawan & 3 jenis cheese.. Sos nya saya gunakan sos spaghetti prego yang original tu.

Yang ni pizza Mama & Baba (Chilli Tuna with mayo, olive oil & tomato)

Pepperoni Pizza

Seafoods Pizza

Tuna Mayo pizza
Kalau tengok rupa kejadian, nampaknya pizza anak² lagi nampak menyelerakan... hehehe.. Kalah pizza buatan Mama... Bolehlah Mama pencen buat pizza nanti, bagi anak² aje yang handle.. hehehe...


MACAM²...

Tuesday, January 13, 2015 0 comments
Last week semua anak² ribena seronok menghantar Uncle Stephen balik ke Australia.  Bukan main excited sampaikan pukul 7.00 pagi dah bangun & datang mintak tolong Mama bukakkan water heater!  Punyalah over.. padahal flight Uncle Stephen pukul 3.30 pm!

Tapi balik dari tu sorang demi sorang tak sihat.. Mula² Tiha.. malam sebelumnya mengadu susah nafas.  Bila a few times dia mention nak kena tarik nafas dalam² baru boleh bernafas, kami syak dia kena asma.  Ni first time dia kena Asma, maybe keadaan cuaca yang agak sejuk masa tu buatkan dia kena serangan Asma.  Bawak ke klinik, Doc just bagi dia NEB & ubat makan. 

Lepas tu dia mulalah start terbatuk² sampai sekarang.  Ieqa pula asyik tersumbat hidung... Srroott..srroott.. bunyi dia dok tarik nafas or try blow hidung yang tersumbat.  Dalam dok pantau dua Kakak ni... Tiba² Ila buat hal.  Langsung tak nak lepas dari dokongan.  Sampaikan sepanjang malam Baba terpaksa tidur dalam keadaan duduk sebab terpaksa mendokong Ila.  Mula² ingatkan dia saja buat perangai.. rupa²nya dia takleh bernafas.  Agaknya berjangkit dengan Kakak².. Tapi agak teruk jugaklah sebab dah 3 hari pun still berkahak lagi & terjaga dari tidur sebab sukar bernafas.  Mujurlah satu malam aje kena tidur berdukung, malam esoknya dia tidur berlengankan Mama.. Moga² malam ni dia boleh tidur nyenyak..

Dalam dok pantau Tiha, Ieqa & kemudiannya Ila... malam semalam nampaknya Misha pula start berhingus.  By midnight, tiba² dia terbangun... nampak macam keresahan.  Bila Baba sentuh.. Ya Allah.. panasnya.. demam la pulak!  Sebelum suhunya cecah 40, terus sumbat Voren.  Lepas sumbat Voren & tempekkan Cool Fever kat dahi... turunlah suhunya ke paras normal.  Barulah Mama bleh tidur. Malam ni pun demamnya belum kebah.. kesian betul.. sorang demi sorang rebah sebab sakit yea..

Itu belum lagi masuk cerita huru-haranya sepanjang hari ni.  First time Mama jadi driver anak² ke sekolah & Ieqa hilang dari kindergarten!!  Semuanya gara² Ieqa yang panik... Walaupun lepas tu semuanya Ok tapi sikit sebanyak... MAMA FELT VERY EXHAUSTED... Hopefully esok semua budak notti dah sihat & Ieqa dah serik dengan kes tadi.  Sampai Baba tinggalkan cafe terus ke kindergarten nak tanya fasal Ieqa (owner kindergarten call bertanyakan Ieqa ada dengan Baba ke lepas Mama datang, tapi Ieqa takde).  Dahla Mama pula tertinggal hphone kat rumah... Ieqa..Ieqa... satu sekolah mencari dia, rupanya tengah menangis celah kereta, dia ingatkan Mama tak datang ambil!  15 minit jugaklah semua orang panik dengan kehilangan seorang budak kindergarten!!  Memang huru hara habislah jadinya tadi... Aduhai anak²!!




SUNGAI...

Friday, January 9, 2015 0 comments
Sungai tepi rumah kami (view dari balkoni)... Mujurlah tak besar sangat airnya walaupun musim tengkujuh macam ni.  Airnya pun nampak elok jernihnya. Sekali sekala saya pantau juga coz sungai ni datang direct dari Empangan Klang Gate yang beberapa km aje dari sini.  Mana lah tau air empangan dilepaskan ke kan. 

Apapon semoga mereka² yang ditimpa musibah akibat banjir terus tabah & yakin dengan hikmahnya....


MASAK²

Thursday, January 8, 2015 0 comments
Antara menu kami.. Ni kira entry tertunggak sebab dah lama sangat terperam dalam draft.  Lately ni banyak makan luar sebab masih lagi ke sana-sini.  Namun syukurlah urusan penjualan kereta lama dah pun selesai.  Walaupun sedih nak berpisah dengan kereta tu... simpan banyak² kereta pun nak buat apa kan.. (sob..sobb...)..

Lasagna.. makanan favourite anak².. takat seloyang ni, memang tak cukup.  Kali ni saya tak guna brand san remo, tapi frust sikit sebab lasagna ni tak boleh dipotong cantik.. sheet nya tidak begitu menyerap cecair, maka bubur jadinya... Apapon, anak² dok puji sedap & request Mama buat lagi...

Breakfast.. yg ni untuk Baba je.. Anak² ni pelbagai citarasa sikit, sorang tak nak pepper, sorang lagi tak nak baked beans... kiranya, Mama kena tau la kehendak masing² so letak apa yg diorang makan je kat pinggan masing²...

Kangkung goreng budu!  Sedapp!!!  Saya tumiskan bawang & masukkan baki budu dari peti (budu yg dah dicampur cili & bawang potong & diperaj limau).  Pasti ku buat lagi !

Mee Udang ni memang sedap & manis sekali rasanya sebab gunakan udang segar dari fishery.  Inilah stok udang terakhir kami.. bilalah boleh restock seafoods dari sana ni ye?  Kuah ni ter'overcook' sikit... Sambil masak sambil terima panggilan dari sana sini.. macam inilah jadinya.  Mujurlah tak effect rasa sangat.  Pendek kata, berkali² lagi sedap dari yang biasa dimakan di luar... hehehe..  


MAKAN-MAKAN

Tuesday, January 6, 2015 0 comments
Gambar makan² je nak share kali ni.  Yang mana sempat saya snap.. Banyak lagi tempat makan kami dah redah kebelakangan ni, mostly Saba yang memang jadi port makan menu Arab kami.  So far tak terbuka lagi nak try restoran Arab lain.  Kami pernahle makan dekat area Putrajaya & Bukit Bintang, tapi harga & rasanya agak tak berbaloi.  Tu yang maleh nak menerai sana-sini sangat.. 

Kali ni gambar makanan di Imbiss, Ampang.. Saya snap gambarnya sebab pilihan makanan kami berbeza sikit dari selalu.  Walaupun dah afew times pergi, biasanya kami pilih benda yang hampir sama je.  Kali ni kebetulan saya & Tiha pilih menu berbeza pula...
Rosemary Chicken.. Agak sedap, cuma sosnya a bit cair.  Tapi memang lagi sedap dari di Kenny Rogers rasanya (dah berkurun daku tak makan di sana, susah sikitla nak compare)..

Ieqa masih setia dengan Fries & Sosej nya tu.. Chicken Currywurst namanya..

Tiha dengan hotdog nya..Ni macam coney dog tapi di sini dipanggil Coney Hotbocks.. Bukan main excited Tiha sampai tertepuk² tangan sebab excited.  Coney dog ni sebenarnya hotdog yang ditambah meatsauce di atasnya.  Memang sedap...

Selain pelbagai pilihan hotdog/hotbocks... Imbiss ni banyak burgernya yang pelbagai saiz.  Kalau jenis yang buruk lantak macam laki ku ini, bolehlah ambik yang XL.  Kali ni pilihannya Mushroom Wiggy.  Burger di sini dipanggil Hamburg..
Kalau nak tau details tentang menu & harga di Imbiss ni bolehlah klik dekat link atas tu ye..

Kemudian kami try pula Restoran AK47 yang berdekatan dengan Setiawangsa & Jusco AU2 ni.  Kami makan di sini bukan atas review bloger lain ke apa.. just atas dasar menyinggah sebab lokasinya di tepi jalan nak ke Jusco aje.  Sekali singgah... Wahhh.. bestla pulak.  Saya boleh letak restoran ni antara kedai nak menyajikan masakan panas yang sedap.  Hampir semua menunya tak mengecewakan, cuma makanan barat aje kami belum pernah cuba di sini.  Susah sikit nak selalu datang coz restoran ni sentiasa FULL.  Jadi kena pandai pilih time lah kalau tak nak serabut² (seating kat sini banyak gila, tapi kami memang tak suka tempat yang sesak).
Si baby tengah sibuk bercerita...

Tengah menunggu makanan... tengah lapor time ni.. dah dekat pukul 11.00pm...


Mama & Baba makan tomyam, kailan ikan masin & ayam goreng kunyit (menu biasa kami kalau nak makan nasi campur)... Makanan sini so far memang tak mengecewakan

Tiha dengan Mi Hailam nya.  Pon sedap!  Punyalah dia suka sampai tak cukup (dia kan makan mee aje, sayur² dalam tu langsung tak disentuhnya)..  
Sebelum ni dah beberapa kali kami makan kat sini.. satay kat sini pon sedap sangat.  Jadi kalau bertandang ke Setiawangsa & mengidam masakan panas & tempat yang ada pelbagai menu, AK47 ni memang sesuai.