Antara menu kami.. Ni kira entry tertunggak sebab dah lama sangat terperam dalam draft. Lately ni banyak makan luar sebab masih lagi ke sana-sini. Namun syukurlah urusan penjualan kereta lama dah pun selesai. Walaupun sedih nak berpisah dengan kereta tu... simpan banyak² kereta pun nak buat apa kan.. (sob..sobb...)..
|
Lasagna.. makanan favourite anak².. takat seloyang ni, memang tak cukup. Kali ni saya tak guna brand san remo, tapi frust sikit sebab lasagna ni tak boleh dipotong cantik.. sheet nya tidak begitu menyerap cecair, maka bubur jadinya... Apapon, anak² dok puji sedap & request Mama buat lagi... |
|
Breakfast.. yg ni untuk Baba je.. Anak² ni pelbagai citarasa sikit, sorang tak nak pepper, sorang lagi tak nak baked beans... kiranya, Mama kena tau la kehendak masing² so letak apa yg diorang makan je kat pinggan masing²... |
|
Kangkung goreng budu! Sedapp!!! Saya tumiskan bawang & masukkan baki budu dari peti (budu yg dah dicampur cili & bawang potong & diperaj limau). Pasti ku buat lagi ! |
|
Mee Udang ni memang sedap & manis sekali rasanya sebab gunakan udang segar dari fishery. Inilah stok udang terakhir kami.. bilalah boleh restock seafoods dari sana ni ye? Kuah ni ter'overcook' sikit... Sambil masak sambil terima panggilan dari sana sini.. macam inilah jadinya. Mujurlah tak effect rasa sangat. Pendek kata, berkali² lagi sedap dari yang biasa dimakan di luar... hehehe.. | | |
|
|
0 comments:
Post a Comment