Gambar makan² je nak share kali ni. Yang mana sempat saya snap.. Banyak lagi tempat makan kami dah redah kebelakangan ni, mostly Saba yang memang jadi port makan menu Arab kami. So far tak terbuka lagi nak try restoran Arab lain. Kami pernahle makan dekat area Putrajaya & Bukit Bintang, tapi harga & rasanya agak tak berbaloi. Tu yang maleh nak menerai sana-sini sangat..
Kali ni gambar makanan di
Imbiss, Ampang.. Saya snap gambarnya sebab pilihan makanan kami berbeza sikit dari selalu. Walaupun dah afew times pergi, biasanya kami pilih benda yang hampir sama je. Kali ni kebetulan saya & Tiha pilih menu berbeza pula...
|
Rosemary Chicken.. Agak sedap, cuma sosnya a bit cair. Tapi memang lagi sedap dari di Kenny Rogers rasanya (dah berkurun daku tak makan di sana, susah sikitla nak compare).. |
|
Ieqa masih setia dengan Fries & Sosej nya tu.. Chicken Currywurst namanya.. |
|
Tiha dengan hotdog nya..Ni macam coney dog tapi di sini dipanggil Coney Hotbocks.. Bukan main excited Tiha sampai tertepuk² tangan sebab excited. Coney dog ni sebenarnya hotdog yang ditambah meatsauce di atasnya. Memang sedap... |
|
Selain pelbagai pilihan hotdog/hotbocks... Imbiss ni banyak burgernya yang pelbagai saiz. Kalau jenis yang buruk lantak macam laki ku ini, bolehlah ambik yang XL. Kali ni pilihannya Mushroom Wiggy. Burger di sini dipanggil Hamburg.. |
Kalau nak tau details tentang menu & harga di Imbiss ni bolehlah klik dekat link atas tu ye..
Kemudian kami try pula
Restoran AK47 yang berdekatan dengan Setiawangsa & Jusco AU2 ni. Kami makan di sini bukan atas review bloger lain ke apa.. just atas dasar menyinggah sebab lokasinya di tepi jalan nak ke Jusco aje. Sekali singgah... Wahhh.. bestla pulak. Saya boleh letak restoran ni antara kedai nak menyajikan masakan panas yang sedap. Hampir semua menunya tak mengecewakan, cuma makanan barat aje kami belum pernah cuba di sini. Susah sikit nak selalu datang coz restoran ni sentiasa FULL. Jadi kena pandai pilih time lah kalau tak nak serabut² (seating kat sini banyak gila, tapi kami memang tak suka tempat yang sesak).
|
Si baby tengah sibuk bercerita... |
|
Tengah menunggu makanan... tengah lapor time ni.. dah dekat pukul 11.00pm... |
|
Mama & Baba makan tomyam, kailan ikan masin & ayam goreng kunyit (menu biasa kami kalau nak makan nasi campur)... Makanan sini so far memang tak mengecewakan |
|
Tiha dengan Mi Hailam nya. Pon sedap! Punyalah dia suka sampai tak cukup (dia kan makan mee aje, sayur² dalam tu langsung tak disentuhnya).. |
Sebelum ni dah beberapa kali kami makan kat sini.. satay kat sini pon sedap sangat. Jadi kalau bertandang ke Setiawangsa & mengidam masakan panas & tempat yang ada pelbagai menu, AK47 ni memang sesuai.
0 comments:
Post a Comment