SAMBAL HIJO

Friday, February 13, 2015 0 comments
Ingat malam ni nak sambung entry tentang Melaka, tapi gambar dekat dalam hp hubbyla pulak.  Jadi saya share je lah apa gambar yg ada dalam draft saya ni... Kat bawah ni breakfast yang paling tinggi permintaan kat rumah ni.  Baba & anak-anak memang layan habis fluffy pancakes ni. 
Mama dah lama ada tukang hidang amatur kat rumah ni.  Kalau dia nampak Mama masak pancakes, laju je Tiha bancuh air & set table.  Gayanya nak macam kat hotel, tapi susunan boleh tahan berterabur.. heheh..
Pancakes tower...
Bawah ni pula sambal ijo ala Kak Jee.  Dah banyak kali buat... Kali ni saya minta Suami borong cili hijau & nak buat banyak sekaligus.  Boleh simpan & sudukan atas any kind of sayur/lauk... nyumm..nyumm.. 

Saya balance kan cili hijau & bawang besar tu (sama banyak).. Saya tak tumbuk, tapi guna food processor.  Kalau guna blender jadi tak sedap tau... Mula-mula sekali tumiskan bawang tu dulu sampai masak kemudian baru tambah cili dan garam gula serta asam keping.  Saya masak sampai pecah minyak sebelum diangkat...

Dapat 2 bekas ni...

Lunch tadi saya grillkan sebiji terung..(saya renjiskan olive oil sikit)

Then sudukan aje sambal ijo tadi tu... sedappppp
Tiba-tiba rasa lapar nasik la pulak!


MELAKA - SWISS GARDEN HOTEL & RESIDENCE

Wednesday, February 11, 2015 4 comments
Kembali menyambung kisah percutian pendek ke Melaka.  Kali ni saya just share tempat penginapan kami di Bandar Hilir.  Pada awalnya saya ingat nak stay di luar kawasan bandar, tapi kebetulan pula challet yang kami pilih tu full.. (fuuhh.. nasib baik).   Lepas membelek di sana-sini.. kami berbelah bagi di antara Hotel Equtorial, Hatten atau Swiss Garden ni.  Bila banding pula keadaan bilik, kami ketepikan Equotorial kerana ruang biliknya agak kecil & kami ketepikan Hatten sebab swimming pool untuk budak teramatlah dianak tirikan.  Maka, kami pun booked bilik di Swiss Garden direct dari hotel, tak melalui Agoda pun sebab kadarnya sama aje.

Marilah kita tengok apa yang ditawarkan oleh hotel ni..
Elok aje sampai... Mak Aii.. Ramainya orang!  Inilah ruang receiptionist nya yang teramat simple..
Bilik kami belum ready rupanya.. Masa ni dah pukul 2 lebih.. Mujurlah bila disemak balik, ada 1 bilik yang baru siap.  Mungkin sebab hotel ni benarkan check out sampai pukul 3.00, bilik jaranglah available awal dari tu.
Rasa macam terlalu simple sangatla plak kan.. Tak syok kalau nak melepak kat lobby
Dapat je kunci bilik (Tingkat 18).. Laju je saya naik.. Suami & Anak-anak masih di parking lot.  Sementara tunggu diorang naik, sempatlah saya snap gambar...


Itu le lebih kurang rupa biliknya... Agak besar jugaklah. Pemandangan luar bilik pula...



Kawasan yang berbumbung merah ni ialah Kampung Morten.. Cantik sangat kalau di sebelah malam...

Lepas letak barang dalam bilik, saja je kami bawak anak-anak ke kawasan swimming pool hotel ni.  Inilah antara sebab utama Baba & Mama pilih hotel ni pun.. hehehe... Nak kasi surprise sikit kat diorang.
Turun aje kat Tingkat 9.. angin kuat menerpa... Uiisshh.. kuatnya.. rasa macam nak melayang pun ada. 
Mak Su pun boleh terbang kalau kuat macam ni anginnya..

Kat atas swimming pool tu ialah gym



Ni kawasan adult (infinity swimming pool).. Lagilah kuat anginnya...bbbrr..bbbrrr.. sejukkk..
Kami tak bagi diorang main air lagi coz nak keluar lunch & pusing-pusing dulu sebelum hantar Mak Su balik ke kampus.

Ni gambar sebelah malam pula... View sebelah malam sangatlah cantik dengan lampu-lampunya, nampak bot lalu lalang serta tiupan angin yang sejuk ala-ala aircond.  Agaknya hawa tengkujuh masih belum berakhir kot, tu yang sejuk..



Inilah Kampung Morten tu... Kalau naik bot menyelusuri Sungai Melaka bolehlah saksikan keindahan Bandar Melaka dengan lebih jelas..

Hall menuju ke bilik

Ruang menunggu lif
Ini gambar sekitar lobby...


Ok.. kita tengok pula gambar sarapan di sini.  Saya segan nak snap banyak gambar kalau ada ramai orang ni.. Ambik gambar pun curi-curi.. hehehe.. That's why jarang ada gambar makanan hotel dalam blog ni.. hehehe..
Kawasan dessert/appetizer- ada donut, muffin serta pelbagai roti

Excited nak ambil cheese.. Chesse ni dimakan dengan berries (strawbery, blueberry & cranberry)..
Saja Mama letak gambar Tiha yang dengan gelojohnya melahap roti.. hehhe.. Walau apa menunya, roti jugak pilihan dia.  Mama pilih Nasik Lemak (sambalnya tak kaw).. Mee gorengnya pun nampak very dry & undercooked, Suami pula ambik omelette, salad & toast...

Agak-agak si suka benda manis ni makan apa?? Of course lah donut, muffin & yogurt!  Tapi Mama pun bijak juga.. sebelum dia sentuh makanan tu, wajib makan nasi lemak sikit.. hehehe.. Kat belakang tu kelihatan tempat untuk order half boiled eggs ke, scramble eggs, omelette, roti canai etc.. Dorang akan masak depan kita (Memang kebiasaan hotel la buat macam ni kan)..

Lepas nasi lemak, Mama sambung layan salad pula..

Section salad / cereal / yogurt etc... Section makanan tempatan/berat takde plak saya snap..
Memang teramat banyak pilihan yang ada... So berbaloilah (tapi dari segi rasa... gitu-gitu aje).

Lepas breakfast, seperti yang dijanjikan & amat ditunggu anak-anak... Jom main airr!!!  Sepanjang petang semalam jenuh nak jawab soalan diorang pasal bila boleh main air kat hotel!  Haiisshhh!!
Air pancut semua ni dah terpasang.. Air ni tak dipasang sepanjang masa, ada dinyatakan masanya kat swimming pool ni...

Jacuzi

Apsal ni???

Adiknya yang riang
Kalau perasan, takde pun gambar budak-budak ni main air kan??  Haaa... kalau nak tau, elok aje Baba heret dua-beradik ni masuk air.. dua-dua MELALAK!!! Apedaaa.. semalam kemain beria sangat nak main air.  Ini gara-gara air sejuukkk yang amat ditambah dengan tiupan angin yang amat kencang.  Saya yang kat tepi tu tak larat nak ngelak tempias. 
Dua-dua tak nak main air!  Menggigil-gigil sambil berselimut towel lagi tu.  Tiha dengan Baba aje masih bertahan dalam tu.  Swimming pool pun dah mula lengang... Semua budak menggigil non stop!.. hehehehe.. Patutla dari semalam tak meriah pun swimming pool ni.  Serious memang kencang betul anginnya...

Si Adik yang teramat girang... seronok coz asyik terkena percikan air.. heheheh
Okaylah.. banyak kan gambar-gambar sekitar hotel ni... Inilah serba sedikit review tentang Swiss Garden ni.. Overall.. saya amat puashati, cuma bab air swimming pool yang sejuk tu maybe pihak hotel kena buat sesuatu (buat glass wall ke utk blok angin kencang, kolam ni boleh dikawal suhu airnya ke... sekadar cadangan aje..).

Satu pesanan dari saya, jika stay di sini, pastikan keluar bersiar-siar di sebelah malam dengan berjalan kaki dari hotel ni.  Nanti korang tau macam mana bestnya berjalan di tebing sungai Melaka dengan hiasan lampu... Nanti saya share sikit gambar suasana waktu malam depan hotel ni yang memang betul-betul tepi tebing sungai.
Time check out, sementara menunggu hubby di lobby.. dapat complimentary drink... Wajib ambik gambar ni, coz inile first time saya dapat complimentary drink dari hotel tau!

MELAKA - PANTAI-PANTAI

Monday, February 9, 2015 0 comments
Kali ni saya nak share gambar 3 pantai utama di Melaka - Pantai Klebang, Pantai Puteri & Pantai Tanjung Bidara.  Tak banyak mana pun gambarnya coz kami just berhenti sekejap & ambil angin sahaja.  Lagipun untuk bermain pantai, Melaka bukanlah tempatnya.  Kami pun sekadar menjenguk & melihat sendiri pantai-pantai tumpuan di Melaka ni.  

Selepas berpusing sekitar Kuala Linggi, kami berpatah balik ke Bandar Melaka.  Kami dahpun booked hotel di bandar Hilir.  Eloklah kami beransur ke sana kerana jalan-jalan yang menuju ke bandar Melaka memang sibuk,,, Oh No!!  Part ni memangle saya lemah sikit.  Jem di bandar Melaka yang tiada kesudahannya.  Inipun mujur kami bukan datang time peak season.. kalau takk... 

Jadi on the way tu, sempatlah menyinggah di Pantai Klebang.  Mulanya nak lunch dulu, tapi tak jadi pula... Sorrylah.. sikit sangat gambarnya...
Ehh.. mana airnya??

Haa.. inilah rupa pantainya... Nampak ala-ala padang pasir pula kan? 

Masa tertinjau-tinjau ni nampak ada pesawat tentera yang terbang rendah.. makin lama makin rendah... siap berasap-asap lagi!  Masa ni bimbang je terjadi sesuatu.. In fact bimbang je pesawat ni jatuh atas kami!  Bila Suami cuba rakam, pesawat semakin jauh & hilang di celah-celah bangunan.  Semoga tiada kejadian buruk berlaku...

Ternampak pula deretan bas... Oh Bustel rupanya (hostel di dalam bas)... Tapi sunyi sepi aje..

Receiptionist Bustel

Sepanjang ni ialah cafe-cafe yang dibina dari bas.. Tapi kebanyakannya tak beroperasi..
 Since cuaca panas & kami perlu segera ke hotel kerana perut pun dah minta diisi, saya snap aje a few gambar dari dalam kereta..


 Selepas check in hotel, kami pun keluar mencari makanan.  Entri hotel & makan-makan saya sambuang lain kali lah ye.  Ini gambar Pantai Puteri, kami lunch kali kedua di sini.. (luch kali pertama tak valid, kerana.... nantilah saya story ok).  Gambar makan-makan di pantai puteri kami tak letak.  Kurang happy dengan layanan kedai.. makanan pun biasa-biasa aje.  Gara-gara Suami mintak sudu, terus je dia tanya "Nak buat apa? Nak makan ke?".. sambil tertinjau-tinjau ke meja kami.  Alahaii... nampak tak kami bawa baby, takkan nak order tomyam untuk baby kot?  So bila makanan sampai, kami telan ajelah sekadar isi perut.  Kalau dah tak happy, tekak pun kurang selera sekali...

Bawah ni Pantai Puteri.  Kalau saya, Pantai Puteri nampak lagi best untuk datang bersantai.  Kalau lihat di Wazw, kami sebenarnya di dalam laut.. so.. kawasan ni pun dah ditambak agaknyalah... Enjoy dengan pemandangan petang di Pantai Puteri...





Ok.. last sekali ialah Pantai Tanjung Bidara.. Oh.. yang ni awal-awal lagi saya nak pesan... Rasanya tak sesuai dikunjungi.  Jalan masuknya melalui kampung & melalui lorong yang amat sempit.  Pantainya pula teramat kecil & hanya ada batuan sahaja.  Tiada pasir yang terdampar, hanyalah semak samun...




Itu ajelah 3 pantai yang dah kami teroka semasa di Melaka.  Pantai TAnjung Bidara ni kami singgah semasa kami dah dalam perjalanan pulang ke KL pun.

Okaylah.. takde banyak masa nak membebel kat sini.  Banyak blog-blog yang saya belum khatam tu.. hehehe.. Mujurlah Ila & Misha dah sihat walaupun tompokan merah masih memnuhi muka & badan.  Demamnya dah kebah, cuma Ila masih lagi cirit sikit-sikit.  Balik aje dari Melaka hari tu, Misha start demam.. lepas 2 hari.. Ila pula start panas.  Mujurlah Suami ada kat rumah sepanjang Ila demam tu.  Agak perangai dia kali ni.  Biasa kalau sakit, dia tak menangis jika diteman.  Tapi kali ni dia agak kegelisahan & merengek.  Ahad lepas barulah tahu apa puncanya... demam campak rupanya (measles).. mungkin terasa miang & gatal.  Yang paling saya susah hati, dia start cirit & tak nak minum.  Si Misha, walaupun demam yang sama, tapi nampak ok je.. boleh melompat sakan lagi tu..

Cian baby Mama demam.. Susut dah badan dia sebab cirit & tak nak minum. Untuk elak dehidrate, kami paksa juga dia minum pakai syringe..
Hari ni nampaknya dua-dua dah kebah.  Lega sikit hati Mama... Ila baru je lega dari batuk & cirit (2 minggu jugakle dia batuk/selsema teruk..).. Tup..tup.. demam campak pula.  Harap-harap dia kuat menyusu & makan semula... biar bam bam semula... :(