Kali ni saya nak share gambar 3 pantai utama di Melaka - Pantai Klebang, Pantai Puteri & Pantai Tanjung Bidara. Tak banyak mana pun gambarnya coz kami just berhenti sekejap & ambil angin sahaja. Lagipun untuk bermain pantai, Melaka bukanlah tempatnya. Kami pun sekadar menjenguk & melihat sendiri pantai-pantai tumpuan di Melaka ni.
Selepas berpusing sekitar Kuala Linggi, kami berpatah balik ke Bandar Melaka. Kami dahpun booked hotel di bandar Hilir. Eloklah kami beransur ke sana kerana jalan-jalan yang menuju ke bandar Melaka memang sibuk,,, Oh No!! Part ni memangle saya lemah sikit. Jem di bandar Melaka yang tiada kesudahannya. Inipun mujur kami bukan datang time peak season.. kalau takk...
Jadi on the way tu, sempatlah menyinggah di Pantai Klebang. Mulanya nak lunch dulu, tapi tak jadi pula... Sorrylah.. sikit sangat gambarnya...
Ehh.. mana airnya?? |
Haa.. inilah rupa pantainya... Nampak ala-ala padang pasir pula kan? |
Ternampak pula deretan bas... Oh Bustel rupanya (hostel di dalam bas)... Tapi sunyi sepi aje.. |
Receiptionist Bustel |
Sepanjang ni ialah cafe-cafe yang dibina dari bas.. Tapi kebanyakannya tak beroperasi.. |
Selepas check in hotel, kami pun keluar mencari makanan. Entri hotel & makan-makan saya sambuang lain kali lah ye. Ini gambar Pantai Puteri, kami lunch kali kedua di sini.. (luch kali pertama tak valid, kerana.... nantilah saya story ok). Gambar makan-makan di pantai puteri kami tak letak. Kurang happy dengan layanan kedai.. makanan pun biasa-biasa aje. Gara-gara Suami mintak sudu, terus je dia tanya "Nak buat apa? Nak makan ke?".. sambil tertinjau-tinjau ke meja kami. Alahaii... nampak tak kami bawa baby, takkan nak order tomyam untuk baby kot? So bila makanan sampai, kami telan ajelah sekadar isi perut. Kalau dah tak happy, tekak pun kurang selera sekali...
Bawah ni Pantai Puteri. Kalau saya, Pantai Puteri nampak lagi best untuk datang bersantai. Kalau lihat di Wazw, kami sebenarnya di dalam laut.. so.. kawasan ni pun dah ditambak agaknyalah... Enjoy dengan pemandangan petang di Pantai Puteri...
Ok.. last sekali ialah Pantai Tanjung Bidara.. Oh.. yang ni awal-awal lagi saya nak pesan... Rasanya tak sesuai dikunjungi. Jalan masuknya melalui kampung & melalui lorong yang amat sempit. Pantainya pula teramat kecil & hanya ada batuan sahaja. Tiada pasir yang terdampar, hanyalah semak samun...
Itu ajelah 3 pantai yang dah kami teroka semasa di Melaka. Pantai TAnjung Bidara ni kami singgah semasa kami dah dalam perjalanan pulang ke KL pun.
Okaylah.. takde banyak masa nak membebel kat sini. Banyak blog-blog yang saya belum khatam tu.. hehehe.. Mujurlah Ila & Misha dah sihat walaupun tompokan merah masih memnuhi muka & badan. Demamnya dah kebah, cuma Ila masih lagi cirit sikit-sikit. Balik aje dari Melaka hari tu, Misha start demam.. lepas 2 hari.. Ila pula start panas. Mujurlah Suami ada kat rumah sepanjang Ila demam tu. Agak perangai dia kali ni. Biasa kalau sakit, dia tak menangis jika diteman. Tapi kali ni dia agak kegelisahan & merengek. Ahad lepas barulah tahu apa puncanya... demam campak rupanya (measles).. mungkin terasa miang & gatal. Yang paling saya susah hati, dia start cirit & tak nak minum. Si Misha, walaupun demam yang sama, tapi nampak ok je.. boleh melompat sakan lagi tu..
Cian baby Mama demam.. Susut dah badan dia sebab cirit & tak nak minum. Untuk elak dehidrate, kami paksa juga dia minum pakai syringe.. |
0 comments:
Post a Comment