ATKINS - GRILL CHICKEN WITH CREAMY SAUCE

Friday, November 10, 2017 2 comments
Muak asyik makan ayam tanpa gravy atau bersos nandos.  Kali ni saya masak pasta ala carbonara untuk anak-anak dan bolehlah kami berdua menempel juga.  Sedap.. Seketul ayam bahagian whole leg tu pun tak cukup.  Tapi saya selalu pesan my hubby, berpada-padalah dengan protein.  Tau lah tak ambik karbo, tapi jangan lampiaskan nafsu makan tu dengan protin.  Makan sayur hijau banyak-banyak.  Barulah diet yang sihat..

Oh ye.. saya sudah declare bebas dari induction.  Saya dah pun start ambik carbo dari weekend lepas.  Berat terakhir sebelum saya tamatkan fasa induksi ialah 53.8kg.  So far berat masih menurun walaupun saya dah makan menu-menu biasa.  Hari ni berat saya mencecah 53.2kg!  Mungkin baru habis induksi, pemakanan saya masih di skala sihat.  Air manis pun tak minum walaupun saya makan nasi briyani at 10pm last nite.. hehehe.. saya breakfast dengan pulut sambal dll.. So far so good.  Tapi lama kelamaan pasti berat akan naik juga kalau tabiat ni tak boleh dibuang kan.  Masa tu baru terhegeh-hegeh nak induksi balik.. :P


Sangat sedap dan terlajak creamy.. hehehe.  uht cream kalau nak makan, bersukat ye..

Yang ni pasta anak-anak.. saya jarang beli pasta spaghetti sebab susah anak-anak nak makan.  Kalau jenis panjang-panjang pon saya biasa blikan diorang vermicelli.  
Ini cara saya grill ayam.  MAcam biasalah.. nak letak apa pun spicenya tu.. ikut apa bahan yang ada di dapur dan tekak masing-masing lah ye.  So far selain dari cajun, saya suka perap macam ni aje..
Saya mintak suami belikan bahagian chicken chop (debone wholeleg) untuk dapatkan bahagian ayam yang juicy dan garing.  4 ketul sebab untuk lunch and dinner.  2 saya masak tengahari, malam tu nak makan baru saya grill lagi.  Saya tak suka makan makanan yang sejuk! Ayam ni saya letak garam, blackpepper, paprika dan garlic powder.  Paprika tu letak lebih sikit.. Suka sangat dgn bau smokey pada paprika tu.. 

Saya suka rnjis sikit olive oil masa memasak.  BAru ada crispy sikit dan tak dry. Ayam jangan dimasak lama.. grill atas api besar, bila tengok separuh bahagian ayam dah memutih, boleh terbalikkan.  Bila nampak ayam dah keluarkan minyak dan air pun berkurang.  Angkat terus ye... Bila grill ayam, daging, udang dll tu, saya pastu grill sayur juga.  Jadi bolehlah sayur tu tumpang sisa-sisa grill dan rempah tadi.  Kalau nak lg umpph.. renjis lagilah blackpepper dan salt dalam sayur tu.. Yummehh!!  
Masak grill ni takle limited kepada ayam aje.  Saya biasa juga buat dengan udang, daging atau sotong.  Kalau ada salmon pon sedap kan.. (tapi saya tak buat sebab saya tak makan salmon..hehehe).  Menu ni kalau tak buat atkins pon boleh aje.

ehh.. lupa pulak creamy sauce tu macam mana nak buat :

1 labu bawang besar
3 ulas bwang putih
*Tumis dalam butter dan sedikit minyak (saya guna olive oil).  Kita campur supaya butter tu tak burnt ye. 

Fresh button mushroom (potong nipis)
*masuk dalam bawang tadi.. masak sampai cendawan bertukar warna kehitaman dan kering airnya (sautee)

Tuang 1 kotak (atau lebih) uht cream

Perasakan dengan parmesan cheese atau apa-apa cheese, stok ayam (jika suka), blackpepper dan salt.  Kalau letak stok ayam/cheese mungkin dah tak perlukan garam

* boleh tambah sosej atau isi ayam juga kalau suka.  Resepi ni sama aje dgn resepi cream of mushroom dan inti chicken pie.  Original carbonara kita gunakan kuning telur.  Tapi resepi ni saya tak letak.


STOK MEMASAK

Wednesday, November 8, 2017 0 comments
Kalau siapa yang tahu cara saya, pasti ingat yang saya amat sinonim dengan projek beku membeku.  Habis semua stok makanan saya bekukan.  Kerja jadi mudah, freshness terjaga.  Simpan setahun pun masih ok kan..

Ni antara stok daun pandan (dilipat), daun kunyit (dicarik), daun bawang (dihiris), daun sup (dihiris), halia (dihiris), lengkuas (dihiris), cili padi dan bawang putih yang dah dikopek. Stok ni sentiasa ada supaya senang kerha-kerja memasak.  Banyak lagi stok-stok yang boleh dibekukan seperti serai, daun limau purut, daun kari dllnya tu.
Saya tak rendam dalam air sebab lebih mudah untuk kita ambil.  Semua daun-daun ni dah dibasuh dan diasingdari tangkai siap-siap.  As usual semua ni tugas asst chef saya, Tiha.  Bila nak memasak, saya ambil aje banyak mana nak pakai.  Tak perlu nak defroze bagai... boleh tarik-tarik aje dr bekas tu.  Sebenarnya kita tak boleh pun cairkan dan bekukan semula apa-apa bahan dari peti beku.  The best way kita pack siap-siap sekali penggunaan.  Macam daun-daun ni semua, saya ambil berapa nak pakai then letak balik dalam freezer.

Ok.. diharap perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan yang bimbang bahan-bahan macam ni rosak kalau dibeli.  Maklumlah kalau masak, bukan pakai banyak pun kan.  Simpan macam ni grenti tak rosak.. :)


ZOMBIE DI TAMAN LAYANG-LAYANG

0 comments
Adik bgtau ada Larian Zombie di Taman Layang-layang.  Acara start awal pagi, tapi we all sampai dah jam 11.30am.  Zombie-zombie semua dah susut.. heheh.. Dahlah masa ni cuaca panas, jadi silau sangat sampaikan saya tak perasan banyak gambar yang saya snap takde.  Rupa-rupanya saya tertekan Record!  Aduhaii.. 

Jumpa selonggok Zombie.. Ieqa cuak habis.  Ila langsung taknak bergambar.. hehehe..


Since acarapun dah habis.  Kami bawak anak-anak berjalan sekitar taman layang-layang and bagilah peluang diorang main buih sabun ni.. :).  Happy habis semua orang.. :)


Dahh.. tu je nak cite...

P/s : TAman Layang-layang ni memang pot bermain layang-layang.  Petang-petang kalau tak hujan, datanglah ke sini tengok betapa meriahnya suasana orang bermain layang-layang kat sini.  Kalau nak bawak anak-anak try main layang-layang pon ok dan banyak penjual layang-layang pun di sini.  Angin memang kencang.. takyah nak lari-lari keliling padang macam zaman kanak-kanak dulu.. hehehehe.  Taman ni pun cantik sangat.. Ada playground dan tasik tau!


ATKINS - CHICKEN HASSLEBACK

Tuesday, November 7, 2017 1 comments
Dah lama juga saya masak ayam ni.  Ingat-ingat lupa dah apa lagi bahan yang saya dah letak.  Macam biasalah, style saya mudah aje, tak perlu nak resepi bagai.  Ini hanyalah idea untuk kita pelbagaikan menu ayam semasa ber Atkins.  Kalau untu menu harian pun boleh.  Srve aje dengan chips, whipped potato atau lain-lainnya tu.. 

Dada ayam ni saya dah perasakan dengan cajun spice.  Saya kelar-kelar dan susun sayur pilihan.  Antaranya onion, tomato dan camsicum.  Kemudian, tabur cheese.. ready dibakar

Saya set oven 180c dan bakar selama 20minit rasanya... siap.. 

Hidangkan aje dengan salad... yummy!!!


TIPS GORENG TELUR MATA

Monday, November 6, 2017 0 comments
Hari tu saya ada mention pasal nak dapatkan telur mata yang cantik pun ada caranya kan... Kat bawah ni tutorial simple nya.  

Minyak harus banyak.  Api jangan kuat tau.. 

Pecahkan telur dalam bekas
Lagi slow api, lagi licinlah telur yang terhasil.. 


Boleh siram2 bahagian atas telur dengan minyak supaya tak mudah pecah jika ditindih-tindih

Siap! Macam saya kata, kalau api slow, lagi licin hasilnya.  
Cumanya kekurangan kaedah ni, telur tu akan menakung minyak.  Jadi sejat dahulu minyak tu dalam tapisan.  Kemudian baru disusun dalam pinggan lawa-lawa ye.

P/s : ini taktik nak impress atau nak menghidang telur mata yang cantik.  Kalau nak makan sendiri, gorng aje macam mana pun.  Sy biasanya goreng pakai minyak sikit aje untuk anak-anak dah terbalikkan sekejap.