Atasi Nasi Mentah

Wednesday, February 2, 2011
Just to share tip yg berguna time memasak.  Selalunya setakat memasak utk mkn 1 family xde la nasi jadi mentahkan?  But sometimes bila kita nak mencuba resepi baru or memasak dlm kuantiti byk or BLACKOUT!!! Bab² blackout ni dah jadi rutin time saya awal² berniaga dulu.  Paling tension bila tgh tanak nasi.. habis mentah!!.. xkan nak buang lak kan? Rugi woo.. bukannya sikit, seperiuk besar tu.. Alhamdulillah lepas guna teknik ni, nasi masak tanpa ada kesan mentah.

Ok.. caranya sng je.. bila nasi dah masak then nampak tanda² mentah, ambik anything yg boleh cover seluruh bhgn nasi tu, tutup tudung periuk & tekan cooking semula.  Tunggu sampai nasi tu siap cooking or kalau guna dapur gas, tunggu la 5-10 mins ke.. then cek semula.  If still x masak, biar je nasi tu bertutup lama sikit.  Tujuannya utk wapkan bahagian atas nasi tu..

Bhn² yg biasa diguna pakai utk tutup atas nasi - nasi lemak wrapper (yg ada wax tu), daun pisang or plastik sampah (yg belum guna tau).  Bhn² yg digunakan tu mestilah x telap air & make sure boleh tutup keseluruhan mulut periuk tu then tutup mcm biasa.

JANGAN gaul nasi yg mentah.  Bahagian atas sahaja biasanya terjejas.  That's y wapkan bhgn atas nasi.  Jika digaul, kesemua nasi akan terasa mentah.  If nasi yg mentah tu puncanya sbb terkurg air, tambah air panas  & kemudian ikut petua di atas. Jgn terlebih byk tambah, agak² 1-2 cawan or bgantung kepada kuantiti nasi yg ditanak.

0 comments:

Post a Comment