Di Pagi yang Hening...

Friday, March 25, 2011 0 comments
Celik je mata, terus mintak makanan!! Mama kena sentiasa bersedia  spy sng nak bg Ieqa duduk diam.. hehehe

Sarapan favourite Ieqa, pancakes, butter & honey
 Rasa hening je pagi ni.. ye la.. sblm ni ada Kak Tiha & Baba time breakfast camni.  Skg ni Baba kena keluar awal sgt & Tiha dah start kindergarten.  Still x get used lagi dgn ketiadaan mereka² ini.  Pagi² Ieqa la peneman Mama breakfast.  Nasib baik la anakku yg seorg ini bukan pemilih, apa yg dibagi, semua masuk mulut.. hehehe...

Sblm ni Ieqa x berapa favour pancakes, hari ni almost 3 biji pancakes dihabiskan.  Maybe combination butter & honey tu buatkan dia enjoy makan kot.  Seronok Mama tgk dia makan penuh selera...

Okla.. dah makan kenyang² dok diam² kat depan ye.. Mama nak start masuk office ni.. uniform dapur pon dah ready tu...

Cek Mek Molek

0 comments
Cek mek molek ni tunggu masa je nak masuk kuali ku...
Kuih ni sama je dgn kuih keria.  Cuma bezanya gulanya di bhgn dalam kuih.  So utk dptkan adunan kuih ni, klik kat sini

Bila adunan dah siap, bulat²kan adunan tu & leperkan.  Letakkan 1 sudu kecil gula di tengah² & tutup semula.   Kena tutup betul² tau, nanti kebocoran pula.  Bagi saya kuih ni lagi senang nak buat berbanding keria.  Cumanya kena hati² bab gulanya yg mudah bocor semasa digoreng.  Setakat ni, teori saya ialah, goreng cepat² sblm gula tu cair kat dlm & meleleh... hehehe.. x tau la kalau teori saya ni x betul.

Teori ni pon ikut pengalaman saya yg lepas², if saya buat & simpan dulu sblm goreng, biasanya mmg gulanya akan meleleh sblm masuk kuali.  Since that, saya terus buat & goreng pada masa yg sama.  Kalau ada sapa² yg tau cara nak elak cek mek molek bocor boleh la share rahsianya ye!!!

Kuih Keria

0 comments
Keria yg sedia disadur gula
Ni antara kuih yg sng, x payah sukat menyukat.  Cuma part utk sadur gula je mungkin x menjadi kalo gula x cukup pekat.  Tapi rasanya still sedap, cuma gulanya tu agak basah² instead of jadi berketul² bhgn tepi keria.

Bahan² ni anggaran sahaja.  Jgn bimbang, kuih ni x cerewet.. utk elak dari kuih jadi keras, kurgkan tepungnya.   Biasanya saya suka letak tepung cukup² utk adunan boleh dibentuk.  Jika keledek 2 cawan, pastikan tepungnya x melebihi 2 cawan.  If letak 1 cawan adunan dah boleh dibentuk, proceed je la ye.. lagi byk keledek, lagi manis & lembut.

Cara buat :

Rebus 3 biji keledek (potong²) bersama sedikit garam & tapis airnya
(air x perlu byk, asalkan menutupi keledek)
Lenyek keledek & tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Pastikan keledek sudah sejuk semasa diuli dgn tepung kerana keledek panas akan sbbkan adunan jadi lembik.

Sapu sedikit minyak di tangan utk elak tepung melekat dan start la bentukkan keria - bulat²kan, leperkan & cucuk jari telunjuk di bhgn tengah utk dilubangkan.

Kemudian goreng dlm minyak yg byk (deep fry).  Kadang² saya makan je keria yg belum diletak gula, sbb rasanya dah ada lemak manis.  Mostly if guna ubi keledek merah.

Utk saduran gula :

Tunggu lagi sampai berbuih & memekat.. 

Masukkan 1/4 cwn air & 10 sudu gula.. biarkan air gula ni berbuih dgn byk & pekat.  Masukkan semua keria yg telah digoreng tadi dan gaulkan sehingga gula kering & melekat pada keria.

Sukatan ni bergantung pada tahap kemanisan, if x suka manis, krgkan gula.  Cuma pastikan air gula berbuih & pekat sblm digaul dengan keria... selamat mencuba!!!

Masak Lemak Cili Padi Rebung

0 comments

Lauk favourite my husband ni.. tapi dia lagi suka guna rebung fresh.  Since kat KL ni mmg susah nak jumpa rebung fresh, rebung masam tu pun rembat je la.  Rasanya x sama la sbb rebung fresh mmg lemak² manis, rebung masam tu plak baunya agak kuat & rasanya dah betukar masam semasa proses penyimpanan tu..

Biasanya rebung ni saya suka match kan dgn udang, utk naikkan rasa manis.  If rebung masam tu, saya bilas utk kurgkan rasa masam & kurgkan baunya.  Biasanya lepas beli terus saya bilas & simpan dlm peti beku utk simpan.  Kalau rebung fresh, kena sagat & rebus sekejap utk buang rasa kelatnya sblm di masak.

Okla.. cara masaknya sama je macam masak lemak cili padi lain :

 Bawang merah  4 ulas
 Bawang putih    2 biji
 Cili padi            10 tangkai
 Kunyit (serbuk / fresh)
- dikisar

 Udang            
 Rebung      
 Santan              sekotak (biasanya sy x habiskan sekotak, tapi kuah akan cair sedikit)
 Daun kunyit (jika ada)

Tumis / rebuskan bahan kisar (jika suka cara tumis, guna sedikit je minyak). Masukkan udang, rebung & santan & daun kunyit yg dipotong.  Tambah air jika nak kan kuah lebih.  Perasakan dgn garam & aji jika suka.  Dah siap!!

Ada sesetengah org suka tambah serai yg diketuk dlm masakan ni.  Saya kurg suka rasa serai dlm masak lemak, kecuali masak lemak cili padi ayam.  So terserah la pada selera masing².  In fact ada juga org yg x gunakan bwg & bwg putih, pon sedap juga.  Mak mertua saya pula letak sedikit halia. Mmg byk sgt cara utk masak satu² jenis makanan.  Kalau rajin, cuba la satu², pilih la yg mana sesuai dgn selera keluarga.