Potato Wedges

Saturday, December 31, 2011 0 comments
Saya ada banyak simpan resepi dari blog lain untuk buat wedges, tapi still tak berkesempatan nak try.  Ni cara mudah saya.  Dulu suka jugak beli wedges yg frozen tu, tapi sekarang ni selalu ada banyak lebihan kentang kat rumah, wedges ni antara masakan mudah & sedap disajikan bila tengah kelaparan.

Saya rebus kentang yg dipotong 4@6 dengan sedikit garam. Cucuk dgn garfu utk cek kentang dah empuk ke belum.  Jangan terlalu lama, nanti hancur.. Kentang saya guna ni jenis Idaho (lagi sesuai dibuat baked potato sbb kurg berkanji)... 
Kentang yg dah disejukkan tadi saya celupkan dlm telur (yg dipukul) & tepung goreng ayam Adabi (jika nak buat sendiri boleh guna tepung jagung digaul dgn rempah kari, serbuk cili, pepper & garam).
Kemudian goreng aje macam biasa.. sedap dimakan panas² dicicah sos cili & mayonis... 

Pavillion KL

Tuesday, December 27, 2011 2 comments
Makin lama makin berkarat, makin lama makin lesu jadinya.  Ini merujuk kepada otak & minda saya kebelakangan ni.  Nak bukak pc belek resepi pun rasa M semacam je.. apa nak jadi ni?  Tapi kebelakangan ni memang rasa kesuntukan masa yg teramat.  Pelik juga, memasak tak setara mana pun, tapi kerja rumah tak habis².  Makin saya pelik, pregnancy kali ni kecenderungan saya lebih kepada mengemas dari memasak.  Asal nampak habuk, sibuk nak sapu, nampak baju kotor, sumbat mesin, asal baju kering terus angkat lipat & susun.  Kagum juga dengan kerajinan saya kali ni.  Tapi mood memasak teramatlah kurang.  Menu kat rumah ni asyik resepi ulangan aje, so xyahla nak tepek kat sini kan.  Buat semak blog aje...

Malam ni (eehh.. pagi dah), tiba² teringin nak lawat & update blog sendiri.  Ni gara² tak boleh tido le.  Tadi kami sekeluarga ke Bukit Bintang.  My husband ajak kami keluar dinner dengan family rakannya yg ke Malaysia sempena krismas.  Ini kali kedua kami berjumpa dengan Stephen, Inez & Tyrone.  Mujurlah they all selalu turun Malaysia, nak tunggu kami ke Australia entahla bila agaknya.

Walaupun yg ingin dijumpai ni kawan husband, tapi we all sekeluarga tak rasa kekok sbb keramahan Inez, Stephen & Tyrone yg makin petah ni.  Saya dah pesan kat Tiha, Tyrone ni tak faham bahasa Malaysia, boleh english je.  Tengok ok je dia berkawan dengan Tyrone & yg paling kelakar bila si Laieqa sibuk nak menyembang & mengajuk percakapan orang.. Tahun ni tak fasal² Tiha & Ieqa dapat Christmas Present (Barbie Mermaid) pink & purple.  Dua² tak sabar nak bawak Mermaid tu mandi sama² esok.  Aman sikit Mama coz boleh bagi diorg main air berjam²... hehehehe..

Isshh.. panjangnya intro.. sebenarnya nak cerita kemeriahan sekitar Bukit Bintang ni.  Kami memang jarang ke sana, last sekali kami ke sana time jumpa Stephen & fams juga.  Mereka memang akan stay area sini everytime di Malaysia. At that time kami makan di Tarbush.  This time Stephen ajak kami ke Food Court Pavilion.  Mula² skeptikal juga.. FoodCourt?  Deep inside bimbang juga dia serba salah nak ajak ke tempat lain bimbang kami tak boleh nak makan, so dia ajak ke food court aje.  Tapi takpelah, since bapa Stephen & kawannya dari Russia pun ikut sekali, so Food Court paling sesuai la sebab everybody boleh pilih makanan masing².

Sepanjang berjalan dari Kondo penginapan Stephen & fams ke Pavilion mmg ramai sungguh org berlegar² sekitar Bukit Bintang. Pavilion juga penuh sesak dengan orang ramai.  Memang meriah sungguh Pavilion sekarang ni (last time saya datang sepi habis).  Saya amat tertarik dengan susunan Bear² yg berhias cantik dan dilabel mengikut negara di depan Fountain Pavilion.  Saya agak hampir 100 replika bear (lebih besar dari saiz orang dewasa) tersusun dengan warna yang pelbagai.Tapi sayangnya tak berpeluang nak ambil gambar sbb mengejar masa.    Bertambah kagum setibanya di Food Court, suasananya jauh dari yang saya bayangkan.

Deretan kedai makan yang amat banyak dan makanan yang disediakan juga pelbagai.  Kesemua menu makanan sama ada tempatan, Indonesia, Western, Japanese, Arab, Kopitiam & sebagainya.  The whole floor memang dipenuhi dengan pelbagai jenis kedai makan.  Lama juga lah kami termenung utk decide nak makan apa.  Last² saya dah nampak apa yg dicari.. Rojak Penang Style (Rojak Gurney) for RM7 as appetizer & BBQ Beef Rib (RM34.90), suami makan Grilled Lamb & Tiha Tempura.  Frankly.. the foods are marvelous.  Food presentation pun ok sangat² (tak macam food court biasa).  Saya tengok Inez lepas geram  ambil masakan Padang, Stephen dengan Kue teow.. and all the foods really incredible.  Untuk minuman saya ambil Ice Kacang biasa (RM4+), sugarcane (RM3.20) & Pure apple juice (RM5.90).  Rasa minuman ok, tapi servis agak slow. Ice Kacang kat sini ada pelbagai pilihan - mango, durian, sour soup, etc.  Maybe saya akan datang lagi some other time.  Ada ratusan makanan yg boleh dipilih kat sini.  In fact Tarbush pun ada dibuka di sini (at first nak makan makanan arab, tapi table kami terlalu jauh - keluasan food court ni hampir merangkumi seluruh tingkat)....

So sapa² yg tersesat atau merewang² area Bukit Bintang tapi tak tau nak makan kat mana.  Try datang ke Pavilion, cari food court (rasanya level LG kot) & pilihlah mana² makanan (janji yg halal)... hehehe..

Chicken Noodle Soup

Friday, December 9, 2011 0 comments
Selama dua minggu saya sekeluarga bertarung dengan demam, batuk & selsema yg tak berkesudahan.  Seorang demi seorang diserang & yg paling tension, bila dah recover, demam tu datang balik.  Maybe dua jenis virus yg berbeza kot.. Laieqa still lagi tak habis berair² hidungnya.  Alhamdulillah kali ni nampaknya dah 2 hari dia tak diserang demam.

Sepanjang tempoh serangan batuk yg teruk, saya betul² phobia nak sentuh anything yg sejuk/berais serta makanan berminyak.  Tiapkali mengandung, memang saya sangat alah dengan batuk.  Sekali terkena, berminggu² batuk teruk.  Sakitnya tiapkali batuk.. mak aiii..

Di antara menu yg sudah lama terlintas dalam kepala saya ialah Chicken soup.  Dari dulu saya teringin nak rasa chicken soup ala mat salleh ni.  Kebetulan bila saya Google makanan yg sesuai utk mereka² yg tak sihat macam kami ni, semuanya sepakat suruh buat Chicken soup.  Jadi saya pun teruslah mencuba.  Resepinya nampak complicated, tapi senang aje.  Cuma seeloknya ayam & spices tadi direneh dalam tempoh yg lama jadi stok ayam tu betul² terasa.  Frankly rasanya tidak mengecewakan & anak² serta suami turut menggemari.

Saya copy paste balik recipe dari sini 


Ingredients

  • 2 tablespoons extra-virgin olive oil
  • 1 medium onion, chopped
  • garlic cloves, minced
  • 2 medium carrots, cut diagonally into 1/2-inch-thick slices
  • celery ribs, halved lengthwise, and cut into 1/2-inch-thick slices
  • 4 fresh thyme sprigs
  • bay leaf
  • 2 quarts chicken stock, recipe follows (refer kat bwh ni)
  • 8 ounces dried wide egg noodles (saya ganti dengan macaroni)
  • 1 1/2 cups shredded cooked chicken
  • Kosher salt and freshly ground black pepper
  • 1 handful fresh flat-leaf parsley, finely chopped

Directions

Place a soup pot over medium heat and coat with the oil. Add the onion, garlic, carrots, celery, thyme and bay leaf. Cook and stir for about 6 minutes, until the vegetables are softened but not browned. Pour in the chicken stock and bring the liquid to a boil. Add the noodles and simmer for 5 minutes until tender. Fold in the chicken, and continue to simmer for another couple of minutes to heat through; season with salt and pepper. Sprinkle with chopped parsley before serving.

Chicken Stock:

  • 1 whole free-range chicken (about 3 1/2 pounds), rinsed, giblets discarded (saya gunakan 4 ketul ayam bhgn thigh yg besar)
  • carrots, cut in large chunks
  • 3 celery stalks, cut in large chunks
  • 2 large white onions, quartered
  • 1 head of garlic, halved
  • turnip, halved (tak letak)
  • 1/4 bunch fresh thyme (saya gunakan dried)
  • bay leaves (saya gunakan yg dried)
  • 1 teaspoon whole black peppercorns (lada hitam biji)
Place the chicken and vegetables in a large stockpot over medium heat. Pour in only enough cold water to cover (about 3 quarts); too much will make the broth taste weak. Toss in the thyme, bay leaves, andpeppercorns, and allow it to slowly come to a boil. Lower the heat to medium-low and gently simmer for 1 to 1 1/2 hours, partially covered, until the chicken is done. As it cooks, skim any impurities that rise to the surface; add a little more water if necessary to keep the chicken covered while simmering.
Carefully remove the chicken to a cutting board. When its cool enough to handle, discard the skin and bones; hand-shred the meat into a storage container.
Carefully strain the stock through a fine sieve into another pot to remove the vegetable solids. Use the stock immediately or if you plan on storing it, place the pot in a sink full of ice water and stir to cool down the stock. Cover and refrigerate for up to one week or freeze.

Saya ringkaskan.. 
1. Renehkan ayam bersama - bay leave, onion, garlic, thyme, carrot & batang celery (potong besar²) sehingga ayam betul² empuk (up to 2 hours).  Sukatan air ikut kehendak masing², tapi jgn terlalu banyak supaya stok ayam betul² terasa.  Saya anggar dalam 4 mangkuk..  

2. Dah masak, tapiskan semua bahan & simpan stoknya.  Ayam tadi dibuang kulit & tulang, isinya dikoyak².  Ketepikan.

3. Kemudian, panaskan minyak & tumiskan onion & garlic.  Masukkan carrot & celery yg dipotong kecil, tambah stok ayam tadi.  Masukkan bay leave, thyme, blackpepper, garam & didihkan (boleh tambah lagi kiub ayam jika suka).  Tambahkan isi ayam tadi & sedia dihidang.  Jika gunakan makaroni sebagai 'noodles', rebuskan makaroni seperti biasa & tuangkan sahaja chicken soup ni tadi ketika dihidang.  Mmmm.. Yummy!!!
Gambar makanan saya tak pasti ada ke tak dalam hp suami (time ni saya tak larat & tak bother nak ambil apa² gambar pun). Jika ada nanti saya uploadkan kemudian ye... 


alahaiii.. ini aje gambar yg ada..

Bergedil

2 comments
Bergedil.. sedap diratah, dimakan bersama nasi, soto dsbgnya..
Bergedil ni antara benda² baru yg tak pernah saya dengar dulunya (sebelum tinggal di KL).  Ye la kebanyakan menu yg saya tau menghala ke utara atau pantai timur.  Sekarang ni, bergedil dah jadi salah satu menu di cafe.  Senang aje nak buatnya.  Tak perlu bersukat².. bahan² yg perlu ada

Kentang (digoreng hingga empuk)
Isi ayam / daging (boleh juga guna daging segar yg dikisar)
Daun sup / daun bawang (saya ganti dengan bawang goreng)
Lada sulah
Garam
Telur (utk menggoreng)

Senang ajekan bahan²nya. Kesemua bahan² tadi kecuali telur dilenyek bersama & gumpal²kan menjadi ketulan.  Isi ayam/daging tu jika tak nak isi pun takpe.  Kalau nak letak lebih pun boleh.  Dah siap dibentuk. pukulkan telur & celup bergedil tadi sebelum digoreng di dalam minyak panas.  Siap!!

Kalau malas lenyek, saya sumbat dlm chopper or food processor aje.  Ni saya guna kentang rebus (tapi mudah hancur jika digoreng)

Isi ayam pun saya masukkan dlm food processor.  Kadang² saya buat dalam kuantiti yg banyak  & bekukan.  Saya akan goreng bila² terasa nak makan.. 

Kampung Baru

Tuesday, December 6, 2011 0 comments

Nak makan steak / western food dengan harga yg berpatutan di sinilah tempatnya.  Lagi best pergi sebelah malam.  In fact restoran ni di buka lewat petang.  So jagan salah timing pula kalau nak dtg sini ye...

Tiha dengan Beef Steaknya...

Lamb Chop

Black Pepper Steak (semuanya dihidang dengan cara yg sama).  Kalau nak extra hot, requestla sizzling style...

Kaunter pembayaran & juga dapur restoran yg diubahsuai dari sebuah bot.  Tiha panggil kedai ada Big Fish sbb kat sini ada ikan keli yg sangat besar (kat tepi bot ni) & juga terdapat beberapa akuarium di bhgn belakang restoran.
Ni gambar² kat restoran chop & steak kat Kg Baru.  Restoran ni dekat sangat dengan Masjid Kampung Baru.  Bagi saya harganya berpatutan & makanan pun ok.  Bertambah syok dengan environment kedai yg amat luas dan bersih.

Busy.. busy & very busy..

Thursday, December 1, 2011 0 comments
Haii apa yg busy tak habis² tu?  Sebenarnya bz sbb one by one fams member including ME kena demam yg teruk.  Yess.. amat teruk.. Since thursday lepas (at Putrajaya) we both having sore throat.. balik Putrajaya my hubby dah ada tanda² nak demam.  Bimbang la gak coz dia ada problem tonsillitis.  Boleh demam berminggu² walau makan antibiotik, ubat..etc.  Memang patut kena buang aje tonsil dia tu, tapi memikirkan kos yg mahal & dia pun tak selalu kena.. so biarkan aje dulu lah.

Friday dia tak ke cafe.. saya yg turun padang utk byr gaji staf.  Lepas bayar gaji, settle stok.. bkejar balik umah.  As predicted, hubby start demam teruk spjg 3 days tu.. alahaii.. habis impian cuti² Malaysiaku!!! Saya sendiri tak ok sgt, batuk² & sore throat & badan agak weak just tak rasa officially demam aje.  On Saturday Laieqa start rasa panas, since tak teruk sgt, saya tak bagi ubat pon.  Just pantau aje la.  Spjg cuti tu mmg tugas saya sepenuhnya la.. shopping.. memasak (or keluar beli mknn).. membasuh.. menyidai.. melipat..mememememem..... byk sgt meee nyaa... Tatau la sbb kudrat saya yg kurg or sbb saya pun sbnrnya tak berapa sihat.. tak bermaya sungguh saya jadinya.  Masak pon sekadar megi, sup sawi dgn nasi putih, bubur nasi... sbb semua org takde selera & takut nak makan oily sbb semua batuk.

Sunday si kakak plak start demam.  Saya sumbatkan ubat punggong aje (sentiasa ada stok dlm peti) Utk kakak saya pakai 25mg suppository.  Saya suka guna ubat ni sbb boleh sumbat anytime, takyah gerak² dorg time tido.  Kesannya pun cepat.  Anak² saya ni jenis susah makan ubat, risiko utk muntah tu tinggi.  That's y saya tak pernah bagi ubat demam makan.  Kang muntah.. haa.. satu hal plak!!!

Aktiviti ni berlarutan sampai selasa.  Suami pegi pasar then  hantar barang ke cafe & balik semula sbb still pening² lalat.  Mujurlah staff² baru bleh handle cafe (biasanya sebelah pagi kedai mmg huru hara sket mostly 1st day of the week sbb byk benda nak kena prepare).  Ptg Selasa saya plak start demam. Esoknya saya weak sgt dah, by 11 saya request suami balik, saya dah menggigil semacam.. ambil ubat demam & ubat batuk, trus baring.  Jarang saya demam sampai tahap kena ambik ubat.  Selagi bleh tahan, saya mmg takkan makan ubat (anak² susah makan ubat tu dtgnya dari siapa??..hehehe)..

Alhamdulillah.. skrg baru rasa ok walaupun kepala still rasa heavy. Kesiannya Laieqa plak baru start demam (baru je recover dr batuk yg teruk).  Saya baru je sumbat 12.5mg vapron (suppository), nyaman je dia tido.  Mmg dasyat angkara virus kali ni.. sorg pun tak terlepas.

 Esok nak ke Toyota Service Centre amik kereta lak.. dah 3 minggu beb!! Apa benda la si toyota tu buat kat keta aku lama² sgt.  Mau riban² nak kena caj ni.. tu pon kalau sempat siapla esok.  Kalau tak siap lagi?  Haiii.. cane nak g wedding org ni.  Tak sanggup plak nak naik keta pasar tu.. rasa mcm tak safe je naik kete tu nak travel jauh².

Minggu depan nak ambik pasport staf kat Kedutaan Indonesia, then proceed dgn Biometrik di Putrajaya.. then nak settlekan calling visa staf yg sorg lagi lak.. then nak cari staff lagi sorg nak ganti staf yg nak kena balik Indon sbb age dah lebih limit tu plak.........  Bila nak start testing resepi baru ni??.

Weekend baru² ni saya dah shopping barang² utk buat CHICKEN PIE (nak try resepi Jamie Oliver), APPLE PIE (dah lama teringin nak buat), NASI AFGHAN & satu jenis pasta baru yg saya terjumpa... nampak gayanya tersadai dulu la kat freezer tu.

Sementara ni saya update je la blog ni dgn mende² lain dulu ye.. cthnya membebel tak tentu hala macam ni ke.. maybe saya akan bagi info pasal proses pendaftaran Biometrik utk pekerja asing, proses utk buat Calling Visa termasuk kosnya sekali.  Saya rasa ramai yg bermasalah nak uruskan semua ni, last² go trough agent & kena caj bukan².

P/s : Levi utk pekerja sektor perkhidmatan (restoran) hanya RM1850 (agen akan caj sekitar RM3000) & pembantu rumah plak RM1000 je (agen akan caj sekitar RM3000) gak.  Prosesnya tak sesukar mana kalau tau caranya.