Pavillion KL

Tuesday, December 27, 2011
Makin lama makin berkarat, makin lama makin lesu jadinya.  Ini merujuk kepada otak & minda saya kebelakangan ni.  Nak bukak pc belek resepi pun rasa M semacam je.. apa nak jadi ni?  Tapi kebelakangan ni memang rasa kesuntukan masa yg teramat.  Pelik juga, memasak tak setara mana pun, tapi kerja rumah tak habis².  Makin saya pelik, pregnancy kali ni kecenderungan saya lebih kepada mengemas dari memasak.  Asal nampak habuk, sibuk nak sapu, nampak baju kotor, sumbat mesin, asal baju kering terus angkat lipat & susun.  Kagum juga dengan kerajinan saya kali ni.  Tapi mood memasak teramatlah kurang.  Menu kat rumah ni asyik resepi ulangan aje, so xyahla nak tepek kat sini kan.  Buat semak blog aje...

Malam ni (eehh.. pagi dah), tiba² teringin nak lawat & update blog sendiri.  Ni gara² tak boleh tido le.  Tadi kami sekeluarga ke Bukit Bintang.  My husband ajak kami keluar dinner dengan family rakannya yg ke Malaysia sempena krismas.  Ini kali kedua kami berjumpa dengan Stephen, Inez & Tyrone.  Mujurlah they all selalu turun Malaysia, nak tunggu kami ke Australia entahla bila agaknya.

Walaupun yg ingin dijumpai ni kawan husband, tapi we all sekeluarga tak rasa kekok sbb keramahan Inez, Stephen & Tyrone yg makin petah ni.  Saya dah pesan kat Tiha, Tyrone ni tak faham bahasa Malaysia, boleh english je.  Tengok ok je dia berkawan dengan Tyrone & yg paling kelakar bila si Laieqa sibuk nak menyembang & mengajuk percakapan orang.. Tahun ni tak fasal² Tiha & Ieqa dapat Christmas Present (Barbie Mermaid) pink & purple.  Dua² tak sabar nak bawak Mermaid tu mandi sama² esok.  Aman sikit Mama coz boleh bagi diorg main air berjam²... hehehehe..

Isshh.. panjangnya intro.. sebenarnya nak cerita kemeriahan sekitar Bukit Bintang ni.  Kami memang jarang ke sana, last sekali kami ke sana time jumpa Stephen & fams juga.  Mereka memang akan stay area sini everytime di Malaysia. At that time kami makan di Tarbush.  This time Stephen ajak kami ke Food Court Pavilion.  Mula² skeptikal juga.. FoodCourt?  Deep inside bimbang juga dia serba salah nak ajak ke tempat lain bimbang kami tak boleh nak makan, so dia ajak ke food court aje.  Tapi takpelah, since bapa Stephen & kawannya dari Russia pun ikut sekali, so Food Court paling sesuai la sebab everybody boleh pilih makanan masing².

Sepanjang berjalan dari Kondo penginapan Stephen & fams ke Pavilion mmg ramai sungguh org berlegar² sekitar Bukit Bintang. Pavilion juga penuh sesak dengan orang ramai.  Memang meriah sungguh Pavilion sekarang ni (last time saya datang sepi habis).  Saya amat tertarik dengan susunan Bear² yg berhias cantik dan dilabel mengikut negara di depan Fountain Pavilion.  Saya agak hampir 100 replika bear (lebih besar dari saiz orang dewasa) tersusun dengan warna yang pelbagai.Tapi sayangnya tak berpeluang nak ambil gambar sbb mengejar masa.    Bertambah kagum setibanya di Food Court, suasananya jauh dari yang saya bayangkan.

Deretan kedai makan yang amat banyak dan makanan yang disediakan juga pelbagai.  Kesemua menu makanan sama ada tempatan, Indonesia, Western, Japanese, Arab, Kopitiam & sebagainya.  The whole floor memang dipenuhi dengan pelbagai jenis kedai makan.  Lama juga lah kami termenung utk decide nak makan apa.  Last² saya dah nampak apa yg dicari.. Rojak Penang Style (Rojak Gurney) for RM7 as appetizer & BBQ Beef Rib (RM34.90), suami makan Grilled Lamb & Tiha Tempura.  Frankly.. the foods are marvelous.  Food presentation pun ok sangat² (tak macam food court biasa).  Saya tengok Inez lepas geram  ambil masakan Padang, Stephen dengan Kue teow.. and all the foods really incredible.  Untuk minuman saya ambil Ice Kacang biasa (RM4+), sugarcane (RM3.20) & Pure apple juice (RM5.90).  Rasa minuman ok, tapi servis agak slow. Ice Kacang kat sini ada pelbagai pilihan - mango, durian, sour soup, etc.  Maybe saya akan datang lagi some other time.  Ada ratusan makanan yg boleh dipilih kat sini.  In fact Tarbush pun ada dibuka di sini (at first nak makan makanan arab, tapi table kami terlalu jauh - keluasan food court ni hampir merangkumi seluruh tingkat)....

So sapa² yg tersesat atau merewang² area Bukit Bintang tapi tak tau nak makan kat mana.  Try datang ke Pavilion, cari food court (rasanya level LG kot) & pilihlah mana² makanan (janji yg halal)... hehehe..

2 comments:

{ Pink Mama } at: December 29, 2011 at 11:03 AM said...

Hi, first time here. Cuba try Food Republic One Utama, lebih kurang macam Pavillion punya tapi smaller scale =)

{ Kina } at: December 31, 2011 at 6:08 PM said...

Hi.. Thanks for visiting.. Oohh.. One Utama ye.. nanti lah bila² ke sana saya try... :)

Post a Comment