Busy.. busy & very busy..

Thursday, December 1, 2011
Haii apa yg busy tak habis² tu?  Sebenarnya bz sbb one by one fams member including ME kena demam yg teruk.  Yess.. amat teruk.. Since thursday lepas (at Putrajaya) we both having sore throat.. balik Putrajaya my hubby dah ada tanda² nak demam.  Bimbang la gak coz dia ada problem tonsillitis.  Boleh demam berminggu² walau makan antibiotik, ubat..etc.  Memang patut kena buang aje tonsil dia tu, tapi memikirkan kos yg mahal & dia pun tak selalu kena.. so biarkan aje dulu lah.

Friday dia tak ke cafe.. saya yg turun padang utk byr gaji staf.  Lepas bayar gaji, settle stok.. bkejar balik umah.  As predicted, hubby start demam teruk spjg 3 days tu.. alahaii.. habis impian cuti² Malaysiaku!!! Saya sendiri tak ok sgt, batuk² & sore throat & badan agak weak just tak rasa officially demam aje.  On Saturday Laieqa start rasa panas, since tak teruk sgt, saya tak bagi ubat pon.  Just pantau aje la.  Spjg cuti tu mmg tugas saya sepenuhnya la.. shopping.. memasak (or keluar beli mknn).. membasuh.. menyidai.. melipat..mememememem..... byk sgt meee nyaa... Tatau la sbb kudrat saya yg kurg or sbb saya pun sbnrnya tak berapa sihat.. tak bermaya sungguh saya jadinya.  Masak pon sekadar megi, sup sawi dgn nasi putih, bubur nasi... sbb semua org takde selera & takut nak makan oily sbb semua batuk.

Sunday si kakak plak start demam.  Saya sumbatkan ubat punggong aje (sentiasa ada stok dlm peti) Utk kakak saya pakai 25mg suppository.  Saya suka guna ubat ni sbb boleh sumbat anytime, takyah gerak² dorg time tido.  Kesannya pun cepat.  Anak² saya ni jenis susah makan ubat, risiko utk muntah tu tinggi.  That's y saya tak pernah bagi ubat demam makan.  Kang muntah.. haa.. satu hal plak!!!

Aktiviti ni berlarutan sampai selasa.  Suami pegi pasar then  hantar barang ke cafe & balik semula sbb still pening² lalat.  Mujurlah staff² baru bleh handle cafe (biasanya sebelah pagi kedai mmg huru hara sket mostly 1st day of the week sbb byk benda nak kena prepare).  Ptg Selasa saya plak start demam. Esoknya saya weak sgt dah, by 11 saya request suami balik, saya dah menggigil semacam.. ambil ubat demam & ubat batuk, trus baring.  Jarang saya demam sampai tahap kena ambik ubat.  Selagi bleh tahan, saya mmg takkan makan ubat (anak² susah makan ubat tu dtgnya dari siapa??..hehehe)..

Alhamdulillah.. skrg baru rasa ok walaupun kepala still rasa heavy. Kesiannya Laieqa plak baru start demam (baru je recover dr batuk yg teruk).  Saya baru je sumbat 12.5mg vapron (suppository), nyaman je dia tido.  Mmg dasyat angkara virus kali ni.. sorg pun tak terlepas.

 Esok nak ke Toyota Service Centre amik kereta lak.. dah 3 minggu beb!! Apa benda la si toyota tu buat kat keta aku lama² sgt.  Mau riban² nak kena caj ni.. tu pon kalau sempat siapla esok.  Kalau tak siap lagi?  Haiii.. cane nak g wedding org ni.  Tak sanggup plak nak naik keta pasar tu.. rasa mcm tak safe je naik kete tu nak travel jauh².

Minggu depan nak ambik pasport staf kat Kedutaan Indonesia, then proceed dgn Biometrik di Putrajaya.. then nak settlekan calling visa staf yg sorg lagi lak.. then nak cari staff lagi sorg nak ganti staf yg nak kena balik Indon sbb age dah lebih limit tu plak.........  Bila nak start testing resepi baru ni??.

Weekend baru² ni saya dah shopping barang² utk buat CHICKEN PIE (nak try resepi Jamie Oliver), APPLE PIE (dah lama teringin nak buat), NASI AFGHAN & satu jenis pasta baru yg saya terjumpa... nampak gayanya tersadai dulu la kat freezer tu.

Sementara ni saya update je la blog ni dgn mende² lain dulu ye.. cthnya membebel tak tentu hala macam ni ke.. maybe saya akan bagi info pasal proses pendaftaran Biometrik utk pekerja asing, proses utk buat Calling Visa termasuk kosnya sekali.  Saya rasa ramai yg bermasalah nak uruskan semua ni, last² go trough agent & kena caj bukan².

P/s : Levi utk pekerja sektor perkhidmatan (restoran) hanya RM1850 (agen akan caj sekitar RM3000) & pembantu rumah plak RM1000 je (agen akan caj sekitar RM3000) gak.  Prosesnya tak sesukar mana kalau tau caranya.

0 comments:

Post a Comment