Ehh.. bila masa la Blogger berubah wajah ni? Adoii la.. terkial-kial saya nak cari new post utk blog sendiri. Saya semakin slow & buta IT!!! Sekarang ni saya banyak spend masa as housewife dari mengadap pc. Mujurla saya still handle hal-hal admin business sendiri & any financial commitment we all sekeluarga. At least boleh la saya applykan skill Accounting & komputer saya. Blog ni saya buka pun sbb nak paksa diri menulis sekali-sekala & trust me, susah gila nak menulis kalau dah lama tak mengarang nih.
Saya dah kembali ke rumah sendiri selepas seminggu berpantang di rumah mertua & seminggu di rumah mak. Dua minggu rest kira cukuplah kan.. saya pon segan gak kalau lama-lama sangat nak bergantung dengan orang ni. Lagipun mmg dr dulu saya tidak strict sangat dalam soal penjagaan lepas bersalin ni & saya lebih mengamalkan pemakanan yg sihat so that bleh cepat restore tenaga. Utk kecutkan rahim pula, cukup sekadar menyusukan baby sekerap mungkin. Biasanya selepas 2 minggu saya sudah rasa sihat & boleh beraktiviti seperti biasa. Just saya tidak la keluar ke sana sini sangat, kecuali ada hal yang penting coz tak nak expose baby dengan asap rokok, org sakit / demam / batuk etc.. ye la.. newborn ni weak lagi.
Tapi apapun masa mmg amat limited. Saya banyak spend masa entertain Misha yg kerap menyusu & membuang pula selepas itu.. Belum lagi tertekan dengan suara kakaknya yg amatlah kuat. Tersiksa jiwa raga sbb anak saya yg seorang ni teramat ramah-tamah dan suka bertanya dengan volume yg kuat (tapi depan org, dialah manusia paling diam). Hari ini berjaya saya lalui dengan agak berjaya (tapi sorry ye.. lunch & dinner saya order pizza je). Manakan nak memasak, nak mengemas rumah pon saya kena curi-curi masa.
Esok bagaimana pula la agaknya kan?? Dah lama sgt saya teringin makan cream puff buatan sendiri, tapi terpaksa lah saya bersabar hingga masa betul-betul mengizinkan (bila agaknya tu ye??).
0 comments:
Post a Comment