Makin nervous... Friday ni check up utk week 39. Saya dah siap pack barang² dalam bonet.. dah ready utk berkampung di UKMSC jika perlu. UKMSC mmg rumah ke 2 tiapkali pregnant. Kedua² anak saya dilahirkan di sini. So far saya berpuashati dgn servis dan kadar yg dikenakan kat sini. Tu yang saya datang lagi dan lagi tuu..
Masa Tiha dulu saya really lucky sbb dapat Gyno yg teramat ceria, friendly & informative. Thanks Prof Seri Suniza.. sbb membantu saya pada kelahiran pertama. Walaupun byk pengalaman ngeri masa dlm labour room tu... tapi dengan sifat calm Prof Seri, kami berdua berjaya harunginya. Paling kami bersyukur anak kami dilahirkan dengan sempurna dan selamat walaupun saya terpaksa dibedah selepas go through sakit bersalin berjam², fail vacuum & heartbeat baby 0!!!
Laieqa pula disambut oleh Dr Ani Amelia. Dr Amelia pon ok juga & sekali lagi kami suami isteri mengharungi pengalaman getir... baby tak boleh keluar hingga saya sudah kehabisan tenaga. Lastly vacuum juga!!! Cuma syukurlah.. kali ni vacuum berjaya. Kepala Laieqa cuma luka kecil. Kesnya sama.. terbelit tali pusat!! Bezanya belitan Laieqa hanya 2, si Tiha siap bersimpul²..
Mujurlah kedua² pakar yg menyambut mereka amat profesional. In fact saya langsung tidak merasa luka jahitan selepas bersalin. Jadi proses penyembuhan anak ke 2 mmg pantas. Tapi paling saya panik & jantung terberhenti seketika bila lihat baby yg keluar nampak amat pucat, kaku, mata terpejam & tak bergerak. Sebaik Dr Amelia letakkan baby di atas dada, terus nurse memasukkan tiub & keluarkan liquid di dadanya, barulah kedengaran sedikit suara.. itupun sekadar "eekk..eekk..." Terus saya usap & tersenyum!!! Dua² anak Mama langsung tak menangis time lahir & sepanjang beberapa jam diletakkan di katil sebelah. Hanya terkebil² tgk sekeliling & langsung tak tidur hinggalah saya ditolak masuk ke bilik (lepas tu saya tak taulah dorg tido tahap gaban ke apa..hehehe).
Cuma Tiha tidak lama bersama saya kerana terpaksa dihantar ke NICU utk dipantau. Seingat saya dia hanya terkebil² & hanya menangis sedikit ketika kepalanya disentuh Dr utk pemeriksaan (terdapat benjolan & cecair di kepalanya akibat vacuum). Ieqa pula hanya menangis keesokan paginya ketika dimandikan. Saya agak kerana pedih terkena air di bhgn luka di kepalanya.
Saya juga pernah kehilangan kandungan akibat keguguran. Janin hanya bertahan 10 minggu & saya tidak sedar bila sebetulnya janin tersebut keluar. Time scan, hanya tinggal karungnya sahaja.. saya just D&C utk bersihkan rahim. Walaupun janin masih kecil, keguguran tu memberikan kesan yg amat kepada saya. Sehinggakan saya amat emosional jika terkenangkan keguguran pertama saya. Sepanjang beberapa bulan saya akan menangis jika terkenangkan keguguran tu. Semasa mengandungkan Laieqa saya amat berhati² & phobia. Saya betul² bimbang jika gugur lagi.. syukurlah, anak Mama kini dah pun mencecah 2 tahun. Dah nak dapat adik baru pun!!!
Apa yang pasti semua pengalaman ni amat tidak ternilai. Saya kini faham bagaimana perasaan sayangnya seorang ibu terhadap anak yg dikandung. Walau sukar & sakit yang teramat, keselamatan anak lebih diutamakan. Ibu sanggup menanggung semuanya demi kelahiran anaknya!!!
Saya happy sangat kerana pengalaman melahirkan ini juga turut dikongsi bersama suami tersayang. Jika suami tiada di sisi, mungkin saya tidak mampu mengharunginya. Sepanjang di wad, bilik bersalin, dewan pembedahan, suami sentiasa bersama saya, memegang tangan, mengusap, mengucup dahi & tanpa berhenti memberi semangat. Melihat wajah cemas & paniknya, saya tahu dia juga resah & gelisah menanti. Saat² beginilah yang megeratkan lagi kasih sayang kami suami isteri dan amat menghargai each other. Terima Kasih Abang!! As I Always Said.. U're Perfect!! Just Perfect for Me!! We complete each other. U will always be my best friend, my love & my husband.. Insyaallah..
Doakan saya menyambut kelahiran ke 3 ini dengan selamat!!!
4 comments:
kalau bersalin normal less than RM3000.00 (ni termasuk epidural & wad)..
eerr.. sorry to whoever yg tanya soalan ni.. saya terdelete komen anda!! sorry sesangat yee..
Kalau ceaser brape tottal...+ bby kalu ada problem???
masa tiha consider special case, so Prof Seri caj RM3,600.00 je (vacuum, epidural & caesar).. Tiha di NICU 3 hari RM700.00. to be safe, letak la budget around RM5k ke..
Post a Comment