Jumaat tu adalah hari checkup utk saya & Gyno akan terus induce since dah weeks 39. Before that pakar arahkan buat CTG dulu.. since reading CTG tak ok, so pakar minta redo dlm wad. Saya request bilik Deluxe (not sharing) coz just nak spend this moment dgn husband & anak-anak. Kat dalam wad, 2 kali nurse repeat CTG.. yg first Nurse cakap reading salah, then try lagi.. tapi still tak ok. So dah 4 kali saya buat CTG. Kali ni pakar dtg & pantau CTG saya.. after CTG pakar ckp dia kurg happy with my CTG reading.
Pakar request utk pecahkan ketuban coz nak pastikan baby dah berak atau sebab lain reading CTG jadi camtu. Malangnya pakar tak boleh pecahkan ketuban coz kepala baby still jauh & saya akan kesakitan yg amat kalau diteruskan. So pakar minta saya terus ke labour room utk setup Epidural. Jika ketuban bermasalah & CTG tak ok, kena ready utk bedah. Saya dan suami mulai resah.. terbayang pengalaman kelahiran pertama & kedua yg buatkan jantung kami seakan terhenti.
Selepas Epidural, saya mula di 'induce' menggunakan liquid. Selepas berjaya mengambil sampel ketuban, Dr ckp boleh cuba bersalin normal since ketuban nampak ok. Walaupun dah start contraction, tapi saya masih dlm keadaan rileks coz on Epidural. Gyno ckp mungkin lambat lagi sbb bukaan baru 2 cm, dia akan dtg semula by 12.00pm nanti.
Sepanjang menunggu Nurse tak henti-henti keluar masuk pantau heartbeat baby. Contraction saya pun semakin kuat.. menjelang 10 mlm, saya semakin kesakitan & minta nurse naikkan Epidural. Saya dan suami semakin gelisah kerana heartbeat baby semakin low setiapkali contraction. Kami juga semakin yakin kemungkinan baby kami terbelit tali pusat lagi. Saya hanya berserah.. sambil menahan kesakitan yg amat.
Bila contraction mulai kuat & memaksa utk meneran, saya terus minta suami panggilkan Dr. Nurse terpaksa menahan kepala bayi dengan jari kerana saya tak sepatutnya meneran memandangkan kepala baby masih jauh & bimbang terkoyak. Once Dr masuk, dia suruh saya mengiring & teran utk turunkan kepala baby. Dr maklumkan sepatutnya saya tidak boleh melahirkan lagi, tapi memandangkan heartbeat baby makin low, kami terpaksa mencuba.
Namun semua terletak di tanganNya. Walaupun kepala baby jauh di atas, dengan sekali teran, kepalanya dah keluar, kali ke2 Dr minta stop untuk alihkan bahu baby.. kali ke3.. terus baby meluncur keluar!!! Ini kelahiran yg paling mudah bagi saya.
Sebaik keluar, nampak jelas tali pusat membelit leher & badan bayi. Sepantas kilat Dr terus membuka belitan & memotong tali pusat. Bayi yg tadi kebiruan mulai normal & menangis sedikit. Haa.. menangis pun anak Mama yg ni, walaupun sedikit.. Inilah saat-saat paling indah..menatap kelahiran bayi yg ditunggu & paling bersyukur, dilahirkan dengan selamat & sempurna.
Baru dilahirkan..Busyuk lagi baby ni.. belum mandi tau!! |
Hampir jam 1.00pagi baru kakak-kakak berjaya menatap baby. Baby pula tak henti-henti menyusu, lgsung tak hirau sekeliling.. |
Camping Site.. Dua beradik tidur beralaskan sleeping bag & keletihan menunggu baby keluar. |
Unofficial name - MYESHA (Happy for entire Life) |
Hari ke 5, tidur dgn aman... |
2 comments:
tahniah dengan kelahiran bayi baru ni...semoga gembira selalu n keluarga brtambah ceria.
Thx Aisy.. Alhamdulillah semoga kekal selamanya..
Post a Comment