Puding karamel ni amat mudah utk dibuat. Kredit kepada pemberi resepinya dari blog ni . Rupa pudingnya pun amat menggoda sanubari. Yg penting puding karamel ni disukai suami. Asyik dok sebut-sebut teringin nak makan. Saya ni kalau masak sesuatu benda tak suka ulang byk² kali, nanti muak pula. Lagipun kalau dapat makan sekali sekala baru rasa makanan tu special sikit.. hehehe.. padahal nak membuatnya sekejap yg amat.
Ni saya copy paste balik resepi dari blog tadi tu ye..
Bahan-bahan
- 5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
- satu tin susu cair (400ml)
- 150ml air biasa
- 4 sudu besar gula
- 1sk esen vanilla
- 5 sb gula
- 2 sb air
- Sediakan karamel@gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
- Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan. dan tuang ke dalam loyang karamel.
- Kukus selama 45min atau sehingga masak. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie (letak air di dalam loyang) Tutup loyang puding dgn aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.
- Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.
Senang je.. pukul kesemua bahan & tapis dalam loyang yg dah disapu karamel |
Saya masak gula terus dlm loyang.. tapi.. uuwwaaa.. abis gelembung² loyang saya jadinya.. agaknya kualiti loyang kurang bagus. Frust tak terkata la loyang saya dah tak rata lagi dah.. iisskk..isskk.. |
Dah siap masak, nampak cantik kan? Tapi lepas terbalik rupanya buruklah!!! Tak tau kat mana silapnya. Saya tengok si Hana tu buat cantik gila.. kena praktis lagi nih.. |
0 comments:
Post a Comment