Biskut Arab Susu

Wednesday, August 29, 2012
Dah habis Ramadhan & dah lebih seminggu raya baru nak masukkan entry kuih raya.  Biasalah, bab-bab ketinggalan keretapi ni serahlah dkt saya.  Sebenarnya sejak kahwin, ni lah first time saya buat biskut kat rumah sendiri.  Sebelum ni kalau buat pon, kat Jengka (malas nak kecahkan rumah.. hehehe).  Kalau balik kampung ramai assistant.  Tapi tahun ni mood nak buat cookies tu adalah sikit-sikit.

Dulu masa bujang saya pernah makan sejenis biskut ni, tak pastilah biskut apa, tapi rasanya bersusu & gebus gitu.  Sayangnya saya dah tak contact budak-budak serumah saya tu (hai Saturia & Kak Nora!!!).. ingat lagi tak housemate korang masa kat Putracourt Condo dulu?? hehehe..

Jadi saya trylah cari mana-mana biskut yg agak-agak menghasilkan rasa macam tu.  Saya ambil resepi Biskut Arab Susu ni dari blog Kak Yati 

Bahan-Bahan
  • 2 cwn Susu tepung ( biasa guna susu nespray)
  • 2 cwn minyk sapi-(tak perlu di cairkan dulu)
  • sedikit garam
  • 7 cwn tepung gandum(di ayak)
  • ceri merah secukupnya-potong kecil2
** Gula aising ( utk gaul biskut bila dah masak sahaja)

Cara-Cara

  1. Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
  3. Bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.
  4. Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising..siap!
Saya agak bengang sbb ghee/minyak sapi yg saya beli tu bukan pure rupanya... langsung takde bau sapinya... (brand Windmill).  Dahla saya ambik satu tin besar.. Gggrrr!!!

Biskut ni patutnya putih melepak, tapi saya guna susu tepung Tiha dulu² yg berperisa coklat (dia tak nak minum).  Lama juga tersimpan dalam peti tu, saya akan gunakan dlm mana-mana masakan yg letak susu tepung.. hehehe.  Oh ye, ni belum disadur gula icing lagi

Ini juga antara sebab saya bersemangat nak buat kuih raya kali ni.  Sian Tiha nak sgt tolong saya memasak.  Memang dia sorg aje yg uruskan kuih ni.. Dia paling excited bab ceri tu.  Sblm ni asyik mintak biskut letak ceri, dah buat makan sebiji dua je pon.. (abaikan latar belakang tu - ada org tgh struggling turunkan berat badan).
Tapi kalau you all perasan, bancuhan biskut saya ni agak berderai/kering.  Agaknya saya dah miss-counted bilangan tepung.  Nasib baiklah rasanya still ok, cuma a bit rangup instead of gebu.  Nyaris saya letak jawatan dari nak buat next kuih raya. Nasib baik saya ni bukan jenis mudah berputus asa orangnya.. hehehe.. 

2 comments:

Anonymous at: July 22, 2014 at 4:32 PM said...

minyak sapi tu xyah cairkan ka? terus gaul mcm tu? gilula xyah letak?

{ Kina } at: July 22, 2014 at 4:35 PM said...

X perlu, ramas2 aje... Gula pun x perlu, nanti disadur masa dah masak.. :)

Post a Comment